Saturday, July 16, 2011

Pengemis,peminta dan sedekah



Pengemis atau peminta sedekah...selalu gak bertembung ngn mereka.Mereka juga di mana-mana.Kekadang kesian ngn mereka,kekadang geram ngn mereka juga bila tau mereka tu menipu.Mencari wang cara mudah dengan mengumpan kononnya meminta derma utk bantuan bina masjid atau bg mangsa yg susah.


Tak taula...bg aku, menipu atau tidak mereka.Mereka sendiri yg tanggung.Kita yg derma nih perlulah ikhlas,jgn kedekut atau berkira.Andai mereka menipu pun anggaplah wang yg diberi itu adalah sedekah/sumbangan ikhlas buat mereka yg mencari menggunakan jln senang.


Namun kesian...serius kesian,mereka selalu berada di khayalak atau tempat awam, spt kat kedai mkn,jambatan,kaki lima tempat lalu lalang, pasar malam,pasar besar...nasib baik xde kat KLCC atau JUSCO je ye. Hu..hu..


Then bila terpandang mereka, kesian plak.Ada yg umur muda sgt pun dah mintak sedekah, apetah lagi yg tua yg susah bergerak atau cacat.Kesian sesangat.


Teringat kat adik,mak ayah kat kg.Tak mungkin ku biar mereka jadi mcm tu. Tak mungkin!


Ada gak makcik atau nenek yg jual kerepek kat kedai makan, tiga RM10 katanya, kesian...jalan dari satu meja ke satu meja.Tak sempat habis ayat dah dicakap tak mau.Kalau ada yg mencaci tu mmg kurang ajar.


Yg dah tua dan susah nak jalan tu sgt kesian...patutnya umur baya nih mereka kena berehat kat umah aje, anak2 jaga.Namun nasib mereka lain terpaksa mencari rezeki dengan cara begitu.Jika mereka ada anak2, patutnya anak malu, ibu atau nenek dipaksa dan dibiarkan begitu.Kekadang sgt kejam.


Kehidupan yg macam2 cerita nih...bole buat kita insaf, berusahalah untuk menjadi yg terbaik, tak perlulah kaya sgt, bersederhana aje...apa yg ada tetap disyukuri...jgn tamak tau.Kat luar sana ramai yg kurang bernasib baik.


Untuk yg mampu tu...bersedekahlah, bglah sumbangan...sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran utk orang yg berbuat baik tu.Amin....


3 comment(s):

delarocha said...

kat depan tempat keje ada org minta derma nak buat surau, dah dekat 2 tahun duk ctu, tak cukup modal lagi kot nak bina surau... ntah laa

amry said...

kadang terfikir gak aku bro macam yang ko fikir.betul ker diorang ni minta sedekah untuk anak2 yatim atau masjid...sebab banyak sangat...kalau betul tak plah...tapi kalau tak betul tu..lantak diorang lah...itu urusan diorang..kita ikhlaskan jer lah...

kat penang ramai gak budak2 yang minta sedekah ni..kebanyakannya india muslim..aku tengok dah macam sendiket dah...aduhaii

Asrul "iLham" Sany said...

kalau ada bg saja... betul atau tidak itu urusan mereka dengan Tuhan

;D