Monday, April 18, 2011

Hujan rahmat kot...

*tgh tak keruan nih baik makan aiskrim ekk...

Hari ni aku seperti tak bernasib baik lagi, ada sesuatu yang menyedihkan aku dan buat aku rasa diri aku seperti diabaikan. Namun aku tau itu hanya perasaan je.

Then keputusan yg berterusan menyedihkan yang membuatkan aku give up sgt-sgt dan tertipu, namun aku sabar lagi sbb aku rasa ini merupakan ujian utk aku.

Lepas tu plak bos aku salah paham dan kecik hati dengan aku. Apa lagi merajukla dia plus marah kat aku.

Sekarang, aku rasa aku macam nak gila je. Masalah bertimpa-timpa, sedih sangat-sangat dengan keadaan yang tak menyebelahi diri.

Ubatnya, aku balik umah cepat-cepat lepas abih keje then tidur pepuas. Lepas tu bangun sembahyang Asar dan berdoa minta ampun dengan Nya. Mungkin ada sesuatu yg pernah aku buat kot yang menyebabkan tuhan marah kat aku atau Dia sengaja nak menguji aku supaya aku jadi lebih tabah. Itu tanda sayang dari Allah SWT.

Jalan yang terbaik adalah yang lepas biarlah lepas, bukan setiap hari, hari itu cerah kadang bumi yang damai ini juga ditimpa hujan. Seperti hari ni pagi-pagi dah hujan turun lebat, rasa malas je nak gi keje pagi tadi.


Syukur padaNya...




*Gambate Kudasai!!!!


2 comment(s):

NAZRUL AZAT said...

kenapa ni? meh cite kt uncle meh

bukankosong said...

tu dh crita...ngh tension jab, tp ok dh kot lepas luah kat sini...