Monday, April 25, 2011

Menjerit 4





Salam,

Hari nih cuti lagi, buang duit lagi,buang masa lagi aku. Pe lagi tgk wayang lol...cerita pe?


SCREAM 4


Best!!!

Enjoyz gak, ala-ala macam tgk cerita-cerita seram bunuh owg pute masa time-time remaja dulu, i mean 90an dulu. Macam biasa pembunuhan mmg cruel giler smpai terpaksa di cut cut lembaga penapisan kat sini.

Suspen tu menjadi, sesekali aku terkezut dek kelibat yg tak dijangka. Well, perasaan nih yg aku mungkin tak jangka atau takde pada mana-mana cerita seram Melayu kiter.

Actually aku tak nengok pun sequel SCREAM nih dari 1-3, but macam paham sbb aku penah nengok SCARY Movie yg lawak tu. Walau watak kali ni serius tetapi sesekali aku terimbau masa layan Scary Movie, ha..ha...ingat macam scene buat-buat plak.

Dari awal akhir sampai abih cerita kita mmg susah nak agak sape pembunuh, hingga last sekali ko tak sangka watak tu upenyer. Btw pengarah tu mmg pandai main watak hingga sesekali aku tersalah teka siapa pembunuh. Cerita Melayu mampu ke wat macam nih?!

Korang gi la tgk kat panggung, kang aku cerita detail tak surprise lak.

BTW cerita nih mcm come back utk Sidney(watak utama) ke town dia, bila dia pulang aje siries pembunuhan dulu-dulu tu berulang balik, mostly watak-watak yg ditonjol mati. Tragis ok mereka mati. Tikam belakang depan suma ada!

Macam biasa team Gale ngn suami dia serta Sidney sendiri cuba ungkaikan pembunuhan, tp susah, watak pembunuh tetap ada.

Actually motif utama kenapa berlaku pembunuhan adalah sbb jelez dan nak femes je. Korang gi ekk tgk, nih aku cerita nih dah buat macam kurang ummph korang plak nak ke panggung.

2 comment(s):

delarocha said...

dah tgk jugakkk...

achik ezam said...

citer melayu pon mampu okeh.






tak caya tengoklah RATU THE MOVIE di astro 1st :))