Friday, October 5, 2012

pemandu teksi





tu dia! Malaysia taxi pun on list 

buat malu je, nak je aku tunjuk pada pemandu pemandu teksi Malaysia yg tak berhemah tu



btw selalu di jalan raya, bukan bermakna anda juga ' raja ' di jalan raya

isu overcharge nih telah menjadi buah mulut lama dah, apatah lagi yg tak reti reti guna meter

ramai dah dengar pelancong pelancong ke sini complain sbb mereka seringkali ditipu

even depan mata aku sendiri, seorang pelancong itu menjerit-jerit memarahi pemandu teksi yg overcharge beliau walhal perjalanan ke suatu tempat tu apalah sangat jauhnya



pernah juga terdengar seorang pemandu teksi mengenakan RM600 pada seorang pelancong asing hanya dari KLIA ke KLCC, giler wei!

kalau aku mau memberontak, mungkin sbb mereka 'foreign' kat sini, kita sesenang hati nak take advantage la

pemandu pemandu teksi yg tak berhemah ni plak sering dikait juga yg suka ' hon ' di perjalanan, walhal pemandu kat depan hanya lambat satu saat je, bengong!

lagi satu mereka suka buat jalan macam mak bapak mereka yg punya, gara-gara mau cepat, tempat yg tak sepatutnya jadi tempat ' U turn ' pun boleh jadi tempat mereka buat pusingan

kalau kemalangan terjadi tu baru padan muka mereka kot



even bukan semua pemandu teksi begini

ada juga yg baik, menyedekahkan aje tambangnya, kerana pengguna tiada duit kecil

tetapi hanya kerana nila setitik habis rosak susu sebelangga teksi yg baik baik itu


21 comment(s):

Rapunzeel Cikilolo said...

menjadi hero di jalan raya...

FAMI said...

aiyo...bahaye nie

CintaZulaikha said...

mmg btol ponnn...

Amin A. R said...

Pernah nampak depan mata driver taxi tipu pelancong asing. Dari kotaraya komplex ke kl sentral dia nak caj RM30...kalau mat saleh tu naik putra kat pasar seni ke kl sentral baru la RM1.20...over kan?

skulluv said...

sebab tu aku boleh kira berapa kali je aku naik teksi tahun ni..

tak pernah..

Jna marcello said...

yup yup kita pernah kena paw gak taxi dari pj ke kl dye minx 200 .. klau xbayar nty kena marah plak so bayar jelaa tp dlm hati da maki hamun sbb sakit hati -_-"

the malay male said...

rezeki tak berkat kalau macam tu...sanggup diorg guna duit tu bagi makan anak n bini yea

Liyaa Mf said...

Aku paling bengang bila driver taxi yg suka men pancung je kat jalan raya. Gengster betul! Err yg case overcharge tu, kalau over camtu skali, rasa cam taknak halalkan je -__-"

Syazwan Che Deraman said...

aku pernah kena tipu.
area KB.
aku terlepas bas.
so, terpaksa naik teksi balik hostel..

selepas nego, drebar teksi tu setuju dengan bayaran rm10 ke hostel..awal awalnya Rm15.

pastu, masa sampai hostel.
aku keluarkan skeping seratus.
takda duit kecik.

pastu dia bagi baki rm85.
kiranya rm15 lah tambang aku tadi.
sebelum tu setuju tambang rm10.
lepas bagi baki, keluarkan beg aku dari bonet, dia terus masuk kereta..
demn.

sakit hati ditipu.
salah aku jugak sebab tak sediakan duit kecik.

Dinas Aldi said...

Tak berkat bagi keluarga makan dengan hasil penipuan sebegitu, masyaallah..

bukankosong said...

@Rapunzeel Cikilolo oh tidak sesuai weiii

bukankosong said...

@FAMI sgt bahaya weh, utk yg tak reti bahasa nih

bukankosong said...

@CintaZulaikha :)

bukankosong said...

@Amin A. R sbb tu pelancong skrg dah pandai guna public transport dr taxi tamak tuhh

bukankosong said...

@skulluv naik public transport atau kete sendiri dah

bukankosong said...

@Jna marcello jahat giler weh dia pow ko byk tuhhh

bukankosong said...

@the malay male tau xpe

bukankosong said...

@Liyaa Mf geramkannn

bukankosong said...

@Syazwan Che Deraman mmg diaowg nih ada niat yg tak baik

sabor jelaa

bukankosong said...

@Dinas Aldi mmg tak berkat

Fel said...

Ada sesuatu yang perlu diperbaiki di situ.