Tuesday, October 16, 2012

soal flush & basuh



btw aku kadang menggunakan tandas awam

biasala bila tiba time cuti, selain lepak kat umah, aku gak berkunjung ke shopping mall untuk cuci mata, jalan-jalan dan supin mana perlu



ofkos la nak kencing rite? atau lagi bala nak berak

dan lagi durjana bila masuk toilet ada ' shit ' seketul yg entah jin mana empunyer

durjana sungguh mereka kerana tidak mampu flush atau basuh

kadang aku tidak paham, adakah kerana terlupa?



kalau terlupa pun, takkan sepanjang membuang saham ko tu, ko boleh tahan bau yg kuar

oh, aku tidak boleh wei!



penat empunyer mall itu tampal peringatan

tapi seperti tidak diendah

kalau buang air kecil, kadang aku paham la gak, maklumla nak cepat, terus terlupa segala

tak mau aku sentuh bab basuh ( milik sulit ) engkau itu kan, itu mmg soal engkau engkau



tapi bagi aku la, bab bab ini kenala paham

bukan engkau sahaja mau pakai, ramai lagi

kalau flush rosak pun, pakai je air, lainla bingai pakai toilet takde air

atau bala lepas melepas baru sedar takde air



senang aje, kerja flush dan basuh ini

mcm kat rumah ko la, kalau ko bawak habit tu ke tempat luar

aku tak rasa public toilet itu akan ada bau cam haram mcm sekarang ni!

lainla nature ko kat mana-mana pun mmg macam tu

jenis tak flush & jenis tak basuh

reject jadi laki atau bini wei


22 comment(s):

farhana said...

Sangat anti dengan spesies yang begitu. Tak ada kesedaran sivik! *emo*

the malay male said...

Kesedaran sivik rakyat Malaysia masih sedikit.

hazwan hairy said...

hahaha...kesedran tu msih kurang lagi...slalu juga terkena..haha

Rapunzeel Cikilolo said...

entah. agaknye mcm mane tandas rumah dia...

Amin A. R said...

X payah kat public toilet. Kat tempat keje pun sama. Sabau jer la, terencat hajat bila nampak "seketul" terapung2 @ tertenggek kat toilet bowl tuh.......

leakedknowledge said...

mungkin si pelaku itu merasakan sgt 'kool' apabila lepas melabur trus pergi tanpa flush? mungkin..

khaifaiz said...

cuci mata... haha my feberet tu

Qayyum Abdul Razak said...

ironik, sekolah rendah 6 tahun, sekolah menengah 5 tahun.

sambung belajar di pengajian tinggi 6 tahun.

tapi masih sukar bagi mereka tuk flush toilet.

crescent said...

sivik xde...haha...

inche hlovate said...

yes stuju..reject org cm ni.. untuk lebih selesa get ready je wash hand yg kecil kat dlm beg..boleh guna kalo p tndas awam untuk keselesaan kita sendri..

hazfee said...

haha. sejak dari sekolah sampai ke sekarang aku masih tengok dan jumpa kejadian yang gini di tadas awam. pelik pun ya. xkan boleh lupa nak flush lepas membuang? =="

bukankosong said...

@farhana biasala mereka yg tak mau belajar kot

bukankosong said...

@the malay male kan...masih lagi sangat sangat

bukankosong said...

@hazwan hairy busuk sial! tulah...mintak jauh kalau termasuk toilet macam nih

bukankosong said...

@Rapunzeel Cikilolo umahnya ada owg gaji kot

bukankosong said...

@Amin A. R oh, ini sgt hina...sanggup pakai toilet yg jauh berbatu jauhnya

bukankosong said...

@leakedknowledge agaknya, tapi bagi aku, dia menempah makian free utk dia

bukankosong said...

@khaifaiz kat mall...ofkos!

bukankosong said...

@Qayyum Abdul Razak tepat kata anda...tapi mmgla..skrg nih, makin bijak tapi makin miserable

bukankosong said...

@crescentwell...

bukankosong said...

@inche hlovate good idea!

bukankosong said...

@hazfee ngokngek mereka kan?