Friday, December 31, 2010
2011
Episode 3 [ ENTRY KHAS 2010 in memories ]
Bercakap pasal keje, 2010 mengajar aku erti ketabahan, berada d'dept baru kadang-kadang buat aku bosan. Tapi lama kelamaan aku boleh adapt dgn surrounding sbb ramai yang memberi kerjasama.Asalnya aku tak berapa suka berada disupporting department sbb aku rasa tak bole nak perform sgt namun lama-lama bila fikir, yg penting hati,semangat dan perasaan aku sendiri utk terus berjuang utk kerja.
Niat tu penting, kalau kita bekerja dengan ikhlas maka hasilnya pasti ikhlas, seriusly aku cakap aku syg keje aku skrg. Walau ramai cakap even mak ayah atau kwn2 aku sendiri spt membangkang dan memandang rendah namun aku tetap tak berputus asa. Aku buktikan pada mereka aku bekerja utk kepuasan dan bukan kebendaan yg dikejar. Lagi pun gaji aku ok dan alhamdullilah boleh tampung kehidupan aku.
Aku paham aku keje shift, keje time pelik dari diaowg tambah-tambah kerja yg melibatkan customer. Mungkin kadang-kadang aku terasa dengan kawan-kawan sebab aku tak semegah mereka, tp aku tak giv up ok! Sbb aku percaya masing-masing punyai nasib dan rezeki masing-masing la.
Hu..hu..maka sehingga ke hari ini aku masih lagi bertahan walau aku tahu kawan-kawan aku dah bertukar-tukar mcm2 field dan mcm2 keje.
Motto aku adalah bekerja untuk kepuasan bukan kebendaan semata-mata walau aku tau pada zaman sekarang duit tu penting.
2010 juga melihatkan aku terpaksa menghadapi a few dugaan di tempat keje, mungkin kadang-kadang aku tak sebernasib baik spt rakan-rakan sekerja yg lain namun jauh d'sudut hati aku pasang azam utk menjadi lagi baik dari mereka. Hidup umpama roda kerna kadang-kadang juga kita berada d'bawah dan bukan selalunya bernasib baik.
Tapi apa-apa hal pun aku tetap bersyukur dengan apa yg aku ada pada hari ini.
Sekian...salam 2011. Malam ni celebrate kat mana geng?!
Episode 2 [ ENTRY KHAS 2010 in memories ]
Thursday, December 30, 2010
The Time Traveler's Wife
Episode 1 [ ENTRY KHAS 2010 in memories ]
Congrats bebeh!!
Ceritera passport
5 jam ko tau! Cam hampeh aje,lama giler menunggu! Puas dah main game kat h,set, puas dah tidur-tidur ayam dan puas dah mata aku mencuci dirinya, pelbagai tatapan manusia aku dah tatap, dari yg kanak-kanak,remaja,bergetah sehinggala ke tua-tua.
Planning nyer ujung bulan satu tahun depan, cuti pun dah ambik. Berehat sakanla aku ngn team trainer (member2 tempat keje) walau ramai tak ikut sbb komitment lain tp misi kami tetap d’teruskan. Melonjak-lonjak nih aku nk gi tau,maklumla bukan senang dapat peluang nih,tambah-tambah packagenyer berpatutan. Oh berbalik pada hal wat passport td, punyerla lama tunggu, yala…nak bising complain bukan leh wat apa-apa pun dah memang ramai owg, since kul 10am aku dtg td pun dah ramai tau. Nak-nak pulak d’jadikan cerita bila system kat sini wat hal. Pasrah lagi menunggu kelambatan yg ada.Dari yang katanya after bayar daftar passport boleh disiapkan dalam tempoh 1 jam aje namun menjadi berjam-jam lamanya.Mendidihlah kemarahan terpendam aku tau!
Macam-macam ragam owg dah aku tgk, mereka pun terseksa mcm aku. Tapi nak wat can ana dah procedure mcm ini. Mana-mana cawangan pun mungkin sama apatah lagi aku wat kat Sri Rampai je yang menjadi tumpuan penduduk Wangsa Maju dan Ampang. Dan paling menariknya sampai skrg nih tergiang-giang agi kat telinga aku suara pompuan machine duk sebut nombor-nombor cue para pelanggan. ‘1295’ lah menjadi nombor peneman aku sehinggalah settle suma 3 step tadi.
Malas mau cakap byk dah cuma tak sabar aje menantikan kemunculan utk ke trip percutian ini.Singapore owg kata walau dekat tapi salah satu trip holiday yang aku excited sangat nak gi.
*Psst! ada sape-sape nk share link blog korang ngn saya, jgn segan-segan tau merayap kat page atas tu [ tukar-tukar link(s) ]. Nnti saya singgah ...salam berkenalan...
Wednesday, December 29, 2010
Indon marah !
Result dah tau pun! Yess!!! Walau kalah 2-1 kat sana tp tetap menang gak. Bg chance sejukkan c,kit hati owg Indon nih, tau nak rusuh je keje korang ya…
BTW, malas nk ulas akan hal perlawanan nih,sbb aku tau bloger-bloger lain ramai yg dah ulas kan? Cuma nak pertonton kat korang tanda bertapa bencinya rakyat Indon kat kita.
Kan tak bagi keje kan? Hantar je balik Negara dia tuh!
.
.
V
*Psst! ada sape-sape nk share link blog korang ngn saya, jgn segan-segan tau merayap kat page atas tu [ tukar-tukar link(s) ]. Nnti saya singgah ...salam berkenalan...
Baju?
Tuesday, December 28, 2010
Kucing samseng
Samseng la sgt
Tapi tak padan ngn kecik, dua lawan satu lak tu
Ada bran korang?
.
Bersin + DVD
Ni ceritanya, housemate aku nih nak masak, so mcm biasala bila start nak wat nasi goreng tu mulala dia menumis, masukkan bawang,cili boh,perencah dan sebelum tu minyak la ya...maka...
Tahniah!!!
lagi dua
*Picture xde kaitan pun...tak ke sengsara bdk nih?
Monday, December 27, 2010
Wayang aku
Alop...
Penat baru balik dari kuar,gi tgk wyg ngn my fren…cerita?GULLIVER TRAVEL,serius aku cakap ko BESTTTTT!!…lagi best dari hantu kak limah ko tu,kih…kih…cerita yg mengisahkan Gulliver yg lama jatuh Cinta ngn sowang pompuan, then sbb Gulliver bgtau dia pandai menulis hal pengembaraan maka dia meminta Gulliver pergi ke Segitiga Bermuda sehinggala Gulliver sesat jatuh ke dunia manusia kecil.Di situ dia diterima baik dan mereka cerita bahawa dia hebat di dunia dia tp sebaliknya.Ada seorang manusia kecil jelez akan kelebihan Gulliver maka macam-macam cara dicarinya untuk menghalau Gulliver balik.
Malas aku nak cerita lagi,kang xde seri lak,baik korang gi tgk sendiri.Serius best!
Enjoy aje mengisi masa lapang cuti aku,hobi terisi katanya. Serta menambah koleksi wayang yang aku pernah layan…tak caya? Tgk nih…nih baru sebahagian aku pamer…ada owg kata buang duit aje, tp tidak bagi aku.As long aku ok,suka & happy…ia berbaloi…
*My koleksi wayang
Saya situ sana sini
Salam,
Hari ni adalah upacara membayar itu ini,gaji dah masuk maka mulala hutang mahu d'jelaskan.Yala aku lahir as owg bukannyer kaya sgt so satu dua tu adala yang berhutang.
Kadang syok je bila tiba hujung bulan gaji dah masuk, tapi after tolak tolak berapa sgt tinggal untuk perbelanjaan diri.Tapi itu aku tak kisah sangat lagipun semua ini adalah untuk kemudahan diri sendiri juga.Kan?
Selain membayar semua itu,seperti biasa juga time cuti akan dipenuhi dengan hobi-hobi aku,layan wyg,layan karoaks dan lain-lain la mana yg sempat.
Owg kata hidup takkan bermakna kalau kita tak melakukan apa yg kita suka.Tak gitu ya?
Lagi satu FYI(for your info) ubat untuk keremajaan berterusan adalah HAPPY.Baru awet muda beb, sbb tu aku mahu hari aku dipenuhi dengan bait-bait Happy, aku malas cari masalah dan sentiasa jua bersyukur pada segala rahmat pemberiyan NYA.
Beberapa hari lagi juga tahun baru 2011 bakal menjelma,berdebar juga untuk melangkah ke satu angka lagi. BTW sedih juga 2010 bakal pergi,seribu satu kenangan d'situ.
Apapun yg berlaku kena Happy,bersyukur dan terus berjalan ke depan tanpa menoleh lagi.
Salam…
Pertandingan Blog Paling Superb !
Saturday, December 25, 2010
Santa at Au2 dan aku yg penat
*Anak owg pute nih beria-ia nk main loceng! lempangkan!
aku,dia,mereka dan selamat hari natal
Friday, December 24, 2010
Tukar-tukar link(s)
'saya nak duduk dalam bloglist cik lulu'
SENARAI BLOGLIST EFAAEOFA (FEELING TO TYPE) 2011
Salam wei..
Aku nak cuba nilah...JOM!
Berikan sebab kenapa korang nak ada dalam senarai bloglist aku ? (Efa Tanya)
Aku jawab: Actually aku xkenal sape si chumil Efa nih, tapi aku kenal beliau melalui blog Apez Slamber, maka saje je aku nak menampakkan diri aku dlm blog Efa nih, mana tau leh glamer kan diri ke?(Ngade tul aku),sebenarnya nk tumpang glamer Efa je...he..he...xpe kan Efa kan? Btw...boleh rr aku eratkan silaturrahim,kenal mengenal blogger lain dsb nyer lah. Plus lepas nih leh aku follow Efa lak, blog dia mcm best je.
Bagi pendapat tentang blog aku (efa suruh)...
Maka aku jawab: Chumil! itu je!...memang chumil pun ,penuh ngn katun2..mesti muda giler jiwa pemilik blog nih.Chegitanya bleh tahan...leh enjoy menjoy...
Ok ka Efa?
Tak ok?
Hurrmmm...he..he..
Thursday, December 23, 2010
Mini i-City
semakin hampir
Wednesday, December 22, 2010
merapu `
Tuesday, December 21, 2010
Blog + Traffik + follower = Mantap
Me kasihla Kak Qaseh sbb bg info nih kat saya...
Asalnya aku malas gilaks nk buat menda2 mcm nih, tp sbb tetiba semangat tu muncul (entah dari mana) maka aku cubala.
Yala owg kata kalau kita ada blog pun tapi kalau xde follower mahupun kureng traffik(kurang owg dtg) kat blog kita maka serinya tu xde gak ye.
Kita post entry pun nk suruh owg baca kan?komen pun kan? selain dapat luahkan isi hati,share2 info dan dapat kepuasan.
So meh tgk cara nih...
Cara nya begini:
Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.
Uolss hanya cuma perlu meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang korang nak tulis dalam blog or web korang.
1) mizz shinzu
2) Myself V3 Me &
3) Blog Hanz
4) BiMies’s WoRLd
5) Farah Shafiqah
6) Qila Razak
7) Cekla
8) Miss Yaty
9) Magrib Menjelma
10) Bila Luma berkata-kata
11) Putera30 Photograper
12) Internet tutorial
13) A Diary of Sorts
14) cahaya citra jiwa
15) BukanKosong
PERATURAN!!!
1. Sebelum korang meletakkan Link URL ke posting blog or web uolss, sila hapuskan link nombor 1.
2. Selepas itu pindahkan Link No.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.
3. Setelah itu masukkan link korang di urutan bawah (No.15)
***So urutannya jadi mcm nie…
1) Myself V3 Me &
2) Blog Hanz
3) BiMies’s WoRLd
4) Farah Shafiqah
5) Qila Razak
6) Cekla
7) Miss Yaty
8) Magrib Menjelma
9) Bila Luma berkata-kata
10) Putera30 Photograper
11) Internet tutorial
12) A Diary of Sorts
13) cahaya citra jiwa
14) BukanKosong
Ingat!!!
Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:
Bila posisi korang pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625
Kita sama-sama cuba ok :) Selamat mencuba!!!
REMINDER :
Ingat, jangan menipu. Tolong menolong sesama rakan blogger untuk mendapat trafic yang banyak. Pastu jgn lupa promote link entry ni. Kat member korang coz lagi byk lagi bagus. Kalau sehari promote kat 100 blog mungkin yg buat 10% jer maknanya dalam 10 org yg buat. Iingat lagi byk backlink kita, lagi tinggi rating kita kat GOOGLE :)
Read more on: Bukankosong
Kecewa ngn owg giler yg bernama mak Limah
Video ~ Pengharapan tak kesampaian,seekor kucing
Monday, December 20, 2010
Pinggan Untuk Ayah…
SEORANG lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anaknya,Arwan dan menantu perempuannya, Rina, serta anak pasangan itu, Viva yang baru berusia enam tahun.Keadaan lelaki tua itu agak uzur, jari jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari semakin kabur.Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam bersama.Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan.Dia merasa amat canggung menggunakan sudu dan garpu. Selama ini dia gemar bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan. Cukup sukar dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa malu berkeadaan begitu di depan anak menantu, tetapi dia gagal menahannya.
Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya patah. Dan tatkala dia mencapai gelas minuman, pegangannya terlucut.
Prannnnngggggg … !!
Bertaburan kaca di lantai.Lelaki tua serba salah. Dia bangun, cuba mengutip serpihan gelas itu, tapi Arwan melarangnya. Rina masam mencuka. Viva pula kesian melihat
datuknya, tapi dia hanya melihat, kemudian makan semula.
“Esok ayah tak boleh makan bersama kita,” Viva mendengar ibunya berkata pada ayah, sebaik datuk menghilangkan diri ke dalam bilik. Arwan hanya membisu. Namun sempat anak kecil itu merenung tajam ke dalam mata Arwan.
Sebagai memenuhi tuntutan Rina, Arwan membeli sebuah meja kecil yang rendah, lalu diletakkan di suatu sudut bilik makan. Di situlah ayahnya menikmati hidangan bersendirian, sambil anak menantu makan di meja berhampiran. Viva pula dihalang apabila dia merengek mahu makan bersama datuknya.
Air mata lelaki tua meleleh mengenang nasibnya diperlakukan begitu. Ketika itu dia teringat kampung halaman yang ditinggalkan. Dia terkenang arwah isterinya. Lalu perlahan-lahan dia berbisik: “Miah… buruk benar layanan anak kita pada abang.”
Sejak itu, lelaki tua merasa tidak selesa tinggal di situ. Hari-hari dia diherdik kerana menumpahkan sisa makanan. Dia diperlakukan seperti hamba. Pernah dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi mengenangkan cucunya, dia menahan diri. Dia tidak mahu melukakan hati cucunya. Biarlah dia menahan diri dikelar dan dicalar anak menantu.
Suatu malam, Viva terperanjat melihat datuknya makan menggunakan pinggan kayu, begitu juga gelas minuman yang diperbuat daripada buluh. Dia cuba mengingat-ingat, di manakah dia pernah melihat pinggan seperti itu. “Oh! Ya…” bisiknya. Viva teringat, semasa berkunjung ke rumah sahabat papanya dia melihat tuan rumah itu memberi makan kucing-kucing mereka menggunakan pinggan yang sama.
“Taklah pecah lagi, kalau tak, nanti habis pinggan mangkuk mama,” kata Rina apabila anaknya bertanya.
Masa terus berlalu. Walaupun makanan berselerak setiap kali waktu makan, tiada lagi pinggan atau gelas yang pecah. Apabila Viva merenung datuknya yang sedang menyuap makanan, kedua-duanya hanya berbalas senyum.
Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja, Arwan dan Rina terperanjat melihat anak mereka sedang bermain dengan kepingan-kepingan kayu. Viva seperti sedang membuat sesuatu. Ada penukul, gergaji dan pisau di sisi nya. “Eh, apa sayang buat ni? Berbahaya main benda-benda ni,” kata Arwan menegur manja anaknya. Dia sedikit hairan bagaimana anaknya dapat mengeluarkan peralatan itu, sedang ia disimpan di dalam stor.
“Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan emak. Bila Viva besar nanti, taklah susah cari. Kesian ayah, terpaksa ke bandar beli pinggan atuk,” kata Viva.
Gamam mendengar jawapan anaknya, Arwan terkedu. Perasaan Rina terusik. Kelopak mata kedua-duanya bergenang. Jawapan Viva menusuk, seluruh tangkai jantung dirasa seperti dihiris sembilu. Mereka benar-benar rasa bersalah!
Malam itu Arwan memimpin tangan ayahnya ke meja makan. Rina menyenduk nasi dan menuang minuman ke dalam gelas. Nasi yang tumpah tidak dihiraukan. Viva beberapa kali memandang ibunya, kemudian ayah dan akhir sekali wajah datuknya. Dia tidak bertanya, cuma tersenyum selalu bagi menyatakan rasa seronok duduk bersebelahan datuknya di meja makan.
Lelaki tua itu juga tidak tahu kenapa anak menantunya tiba-tiba berubah.
“Esok Viva buang pinggan kayu tu, nak buat apa?” kata Viva pada ayahnya selepas makan. Arwan hanya mengangguk, tetapi dadanya terus sebak.
MORAL OF THE STORY: Hargailah kasih sayang kedua orang tua
kita…..Ibubapa kita hanya satu, perginya tidak akan ada
pengganti…jadi, berbaktilah kepada mereka selagi hayat dikandung badan…
Sunday, December 19, 2010
bos oi bos
Coretan malam
Serius...malam nih byk gilaks dugaan, dengan line tenet yg TERAMAT LEMBAB, ngn karoake kahwin kat bawah bising dan hidung aku yg rasa xbest c,kit-c,kit.
Saturday, December 18, 2010
Congrats
Sape follower ke 40?
Geram!
Aku nak cerita sesuatu yg mungkin lama gak aku simpan, tiba-tiba aku teringat akan hal ini bila terlihat sesuatu td.Hu..hu...ya teringat akan perihal perangai dia...
Aku tak berminat untuk jadi hipokrit tapi kadang2 sbb nk jaga hati ko aku redha aje. Tak tau rr nak kata apa.Cuba la ko experiment sikit diri ko tu...ok ka?Tak ok ka? Then bila owg condemn or blame ko,ko mcm marah kat dia,sometimes pikir lol...betul ke apa yg dikata kawan ko tu...yala kalau xde angin masakan pokok bergoyang lak kan.
Pasal sikat menunjuk dia itu aku pasrah aje kadang2, tak berminat pun utk aku dengki sbb rezeki yg aku ada sgt2 aku syukuri..tp kadang2 aneh ngn dia nih sbb spt dia tak bersyukur ngn apa yg dia ada dan masih nak bandingkan diri dia ngn owg lain.
Don't blame2 others...dan jgn pandang rendah...beringat dulu sebelum mengata....
Just bersyukur wei! Reti tak!
Aduiyaiii!!!
Friday, December 17, 2010
B.O.S.A.N
Rasa nak fresh air je,perut pun lapar.Nak makan sesuatu...snack ke? Buah ke? kek ke? Jab agi rr turun gi beli.
So rini cuti agak terisi, bolela...aku xde rr kuar duit pn,lagipun xtau nak gi mana.Member2 plak keje so takde sape nk teman.
FB dan blog seharian rini dibuka tp xde pe yang menarik pun.
Hu..hu..kadang2 aku rasa bosan lak kalau suasana cuti selalu mcm nih,may be aku perlukan kelainan.Apa2 kelainan lah...tp kelainan apa aku sendiri pun xtau.
Duk rumah baru nih rasa cam kera sumbang lak...sunyi...yala, time housemate aku keje aku cuti dan time diaowg cuti aku lak keje.Sbb tu masa byk d'habiskan kat dalam bilik aje.Aku tak bergaul sgt ngn diaowg...kadang2 rasa nk pindah je.Tp xtau ke mana.Ada sape2 nak ajak aku jadi housemate dia tak?Ha..ha...hope that miracle.Lagipun aku perlu cari rumah yang dekat ngn tempat keje aku.Hurrmmm...
Abaikan hal itu...kdg2 je terpikir.Mungkin aku bosan kot.Yup ! Sometimes...
Ok rr...nak gerak cari sst yg boleh dikuyah sebelum tidur.Yang penting esok plak kena bangun awal...malasnyer.....kenapa? Kene keje rr wei!!