Wednesday, October 31, 2012

Pelanduk 2 serupa

6 comment(s)

Lately aku asyik jmpa pelanduk 2 serupa

Klau kenalan atau kwn takpe



Ni smlm kt kenduri kahwin

Aku jmpa seorg kakak muka mcm julia roberts ( serius sejibik! )

Then hari ni kt tmpat kerja plak aku jmpa seorang mamat muka mcm mediang Heath leadger

Oh mai!




Monday, October 29, 2012

Seronok plak

12 comment(s)

Seronok bila berada di kelantan dan dapat dengar cina mahupun india guna loghat kelantan biler bertutur


Weird tp chumil giler
Rasa bangga dengan loghat sendiri tetiba



Adik aku kahwin
Tapi ramai tak bertanya perihal abg nya yg belum kahwin
Sbb muka abgnya nmpak muda berbanding adiknya


Hehe
Serius tak tipu!
Kecuali kantoi bila mak ayah bgtau
Demn!

Sunday, October 28, 2012

Tidak suka

5 comment(s)

Busan weh untuk redha menda yg kita tidak suka

Benci

Telan dengan redha

Saturday, October 27, 2012

Biar

3 comment(s)

Biar gagap English. Jangan gagap Mengaji.

Biar broken English. Jangan broken Al-Quran.

Biar Oh My English. Jangan Oh My Islam

Friday, October 26, 2012

Rindu

5 comment(s)

Rindu pd blog

Rindulah wei... A few days tak dtg ke sini rasa bagai bertahun lamanya

Internet aku kt umah probs

Itu yg boleh dibgtau



Entah bila akan selesai

Tapi nk bagitau aku happy je walau kdg aku was was dan takut dengan keadaan

Lumrah hidup gamaknya



Btw buat masa ini update pakai iphone je

Miss sgt sgt untuk BW blog kengkawan ok!

Tuesday, October 23, 2012

Nyamuk aedes

6 comment(s)

Nyamuk aedes hanya memerlukan air

bertakung bersaiz penutup botol mineral sahaja

Untuk menjadi'kondomewah'pembiakannya



Info tweet by @infosihat2u


Monday, October 22, 2012

hamster untuk dijual

3 comment(s)





harga serendah RM6-RM10

type: syrian

umur: baru aje lepas susuan ibunya ( remaja sudah )

anyone yg berminat boleh PM me kat FB atau bagitau je kat blog komen



thnks


Sunday, October 21, 2012

ATM

12 comment(s)



esok puak kelate tak leh ambik pitis dekat atm

takut kena marah



tunggu hari Isnin ambik dekat bank

kah kah kah




* btw banggo owg kito berjaya gomo askar 3-2


Saturday, October 20, 2012

Kelantan

13 comment(s)

Orang Kelantan ada satu perangai

secara genetik dan DNA tak mungkin

boleh diubah. Bila ramai ramai, paling

bising! Bila sorang, terus bisu!



Ya ka?

Hoho

dua peragut mati disembelih

14 comment(s)



ish, macam macam sekarang ni

dua peragut mati disembelih



Pontian - 26/10/12, begitulah nasib malang kepada dua peragut yang telah berjaya 

ditangkap oleh penduduk kampung kayu ara pasong, menurut saksi,hj manan jalil 48, salah 

seorang penduduk tempatan yang berang dengan kedua-dua peragut ini telah membawa 

keluar parang tajam yang berkilat lalu mahu menetak leher peragut itu tapi sempat 

dihalang oleh jirannya...



namun ketika peragut itu ditangkap, pihak saksi mengatakan tidak ada apa2 barang yang 

berharga yang didapati pada peragut itu.



Salah seorang penduduk tempatan juga ketua kampung disitu pula yang berang pada peragut 

itu telah memerintah anak buahnya menyembelih kedua-dua peragut ini




kaki-kaki peragut itu diikat...dengar takbir yang bergema...dia telah sembelih peragut 

tanpa rasa belas kasihan...darah menyembur keluar,orang tidak berani menghalang 

perbuatan ketua kampung itu,kerana yang disembelih itu ialah seeokor kambing dan 

sesekor lembu yang meragut rumput dan disembelih untuk hari raya korban...




Friday, October 19, 2012

Cerita rumah tangga

11 comment(s)

Kadang seronok dengar kawan-kawan bercerita pasal rumah tangga diaowg

Yg baik baik aje ye

Ada suami yg perangai mcm nih, isteri yg mcm tuh

Haha, aply ever after sgt



Nak nak ada anak yg chumil

bukan jenis

16 comment(s)



untuk beberapa hari ni aku mcm mula sedar

tak de modal sangat untuk mencoretkan sesuatu kat sini

sedar tak sedar kadang seketul je aku post entry

atau selang sehari dua baru ada satu



tapi itu bukan berita buruk, sbb i know this blog memang peneman aku saban hari

even kalau tertidur laptop terpasang pun, tetap juga blog terbukak tanpa tutup

aku memang mcm ini, balik rumah lepas keje atau hari cuti memang on blog atau FB

dah jadi hobi dan dah memang habit



FB memang aku tak update status, tapi aku just mau dari situ, just meneliti apa perkembangan kawan-kawan aku yg aku kenal rapat, baru kenal atau entah dari mana dia add aku

actually aku main approve je skrg nih, aku bukan jenis nak tapis-tapis

untungnya aku, aku takdela update FB 24 jam

maka sia-sialah mereka kalau mereka cuba mengitip perkembangan hidup aku

thnk god jugak, i m not fofular like CT, Anuar Zain, Beyonce, Britney atau pelakon Holloywood lain



so takde sangat mereka kesah aku update, mencoret atau berjalan-jalan di mana-mana

twitter?

haprak, just mengikuti perkembangan semasa aje

even Instagram pun dari hari ni aku post tak lebih dari 10 gambar

loser rite?



Wednesday, October 17, 2012

erti belajar

18 comment(s)


kadang kalau yg susah tu tak datang

kita takkan belajar banyak menda

cthnya kalau tayar kereta bengkak, mcm nak pecah

kalau menda nih tak berlaku, kita takkan boleh tahu regenya berapa kalau nak tukar tayar baru? kena tukar dua tayar ke atau satu tayar walhal satu je yg rosak? jenis tayar tu ciplak ke ( cina mari ) atau ori?



susah senang hidup memang begitu

manusia takkan mencari ilmu ilmu yg susah dan sukar hendak digapai

mau yg senang-senang aje, bergolek depan mata

sebab tu kalau cikgu atau lecturer mengajar kat depan, dia tidur kat belakang

sbb senang nak dapat ilmu katanya



btw dah dapat bonus nih

mcm mcm berlaku, tapi tak pe, aku belajar dan aku redha

tapi tetap tidak lupa untuk menyimpan

syukur


Tuesday, October 16, 2012

soal flush & basuh

22 comment(s)


btw aku kadang menggunakan tandas awam

biasala bila tiba time cuti, selain lepak kat umah, aku gak berkunjung ke shopping mall untuk cuci mata, jalan-jalan dan supin mana perlu



ofkos la nak kencing rite? atau lagi bala nak berak

dan lagi durjana bila masuk toilet ada ' shit ' seketul yg entah jin mana empunyer

durjana sungguh mereka kerana tidak mampu flush atau basuh

kadang aku tidak paham, adakah kerana terlupa?



kalau terlupa pun, takkan sepanjang membuang saham ko tu, ko boleh tahan bau yg kuar

oh, aku tidak boleh wei!



penat empunyer mall itu tampal peringatan

tapi seperti tidak diendah

kalau buang air kecil, kadang aku paham la gak, maklumla nak cepat, terus terlupa segala

tak mau aku sentuh bab basuh ( milik sulit ) engkau itu kan, itu mmg soal engkau engkau



tapi bagi aku la, bab bab ini kenala paham

bukan engkau sahaja mau pakai, ramai lagi

kalau flush rosak pun, pakai je air, lainla bingai pakai toilet takde air

atau bala lepas melepas baru sedar takde air



senang aje, kerja flush dan basuh ini

mcm kat rumah ko la, kalau ko bawak habit tu ke tempat luar

aku tak rasa public toilet itu akan ada bau cam haram mcm sekarang ni!

lainla nature ko kat mana-mana pun mmg macam tu

jenis tak flush & jenis tak basuh

reject jadi laki atau bini wei


house in the end of the street

21 comment(s)




movie ini takdela membosankan

walau aku tau, aku hanya akan tengok sekali sahaja

melainkan The Lord of the Rings,Avatar,Kabhi Kushi Kabhi Ngam & X-Men



kesimpulan dari menonton cerita ini

'anda telah tertipu'

bertapa bijaknya director menyembunyikan dan mengeksploitasi keadaan

unpredictable story yg ko sendiri tak jangka ' oooo... mcm tu '



well, skill ini belum ada lagi kat most of the director filem kat Malaysia

mati mati aku ingat cerita seram, rupanya thrill nyer cerita

setiap bait perjalanan cerita adalah key untuk segala jawapan yg ada nanti

berbaloi atau tidak untuk ditonton, up to u all

aku dah tgk dah, dan aku rasa berbaloi gakla RM10 tuh



btw aku bagi hint

' mak dan ayah watak Hero dalam cerita ini, sememangnya layak dibunuh '

why?

aku just kata deserved je


Monday, October 15, 2012

bila Wonder Girls pakai baju kurung

14 comment(s)





bila Wonder Girls pakai baju kurung, chumil belaka

kini aku tengah bayangkan Britney Spears, Beyonce & Mariah Carey plak pakai baju kebangsaan kita nih



apatah lagi bila Justin Bieber pakai baju Melayu

auwww!


Saturday, October 13, 2012

Berat

22 comment(s)

Kenderaan berat kt jalan raya biasa aku cuak dengar

Tapi highway boleh rr terima lagi

Mmg perit kalau terpaksa lalu sebelah lori besar dgn muatan berat

Ada muatan tu besi tajam panjang, pasir berkeput & tong gas besar

Nak menangis klau nak cilok diaowg tambah-tambah time bwk moto



Kadang ada terbayang "filem final destination"

Oh mai! Mintak dijauhkan

Kepada yg berkenaan harap diambik perhatian serius

Karang ada peristiwa tragis berlaku, jln raya tu ramai org, siap ada anak kecik dlm kenderaan



Time part lori nih ada, aku selalu hati-hati

Terutama kt fly over bila mau memotong kena lalu antara penghadang jalan dan lori besar td

marah dengan bijak

16 comment(s)


kalau kita marah, biar kita tunjuk kita marah dengan bijak 

supaya individu itu paham bahawa kita marah kerana mereka telah melakukan kesilapan

kesilapan yg sama berulang adalah disebabkan individu itu menganggap amarah kita adalah marah biasa tanpa apa apa makna



kalau perempuan senjatanya meleter

korang rasa si lelaki akan mengulangi perkara yg sama tak atas apa amarah leteran perempuan itu?



dan macam mana untuk marah dengan bijak?

menjerit marah kah?

memukul?

tarik muka dan tak tegur selama sebulan?

atau?


terapi

23 comment(s)




terapi terbaru saya

selain 4 ekor anak-anak yg nakal ( panjat dan mengelupur dalam rumah )

dan berbelas ketul hamster



cam meriah aje hidup gua time bujang nih


Thursday, October 11, 2012

menempuhnya

3 comment(s)


ada certain certain menda aku menempuhnya dengan tersangat sangatlah immune nya ( dugaan tempat keje )

tersangat sangatlah fake nya ( dengan kawan kawan sekerjaya yg tak reti bahasa )

tersangat sangatlah segannya ( watak watak hebat )

dan tersangat sangatlah tegasnya ( dengan anak buah )



oh, ini dugaan perjalanan hidup aku

redha




kerana ikan asyik mati

16 comment(s)


aku dah banyak kali beli ikan nak pelihara, tapi asyik mati je

entah berapa ekor dah aku lupa, sek baik sekor sekor tu nilainya murah je

mmg nice la rumah aku, selain ada 4 ekor kucing, berbelas ekor hamster dan aku mau juga ada ikan sbg peneman



kalau sorang sorang kat umah, takdela takut sangat

sbb ada geng

lagipun aku tinggal berdua je



btw dah belajar tips tips jaga ikan supaya tak mati, basic ye, at least


1.) bekas ikan perlu diisi air dan dibiar semalaman, jgn terus letak ikan lagi

2.) diletak garam kasar atau anti-clorin di dalamnya, pastikan sukatan yg betul spt yg diarahkan

3.) kena ada alat pemberi O2 ( oxygen ) pada air ikan ( mesti ) kecuali ikan laga

4.) alat O2 ada dua jenis, yg murah just bubble O2 dan satu lagi siap ada filter air sekali

5.) alat O2, mesti sentiasa terpasang ( mcm peti ais )

6.) kalau nak tukar air, jangan direct terus guna air baru sbb air baru tiada O2 terlarut sgt

7.) so kalau nak bersih bekas ikan, kena half air lama dan half air baru



ni actually untuk ikan ikan bandar saje, ikan ikan kampung gasaklah air macam mana pun asal cukup makan mereka memang bole hidup

ada yg lain nak tambah tips?


miliki

6 comment(s)


rasa syukur & happy dengan pencapaian aku sekarang

ada certain part aku rasa sangat bersyukur dengan apa yg aku ada

aku tak harap semua menda ' gah ' pun, cukup sekadar apa yg pernah dicitakan atau diangankan kini aku mampu capai



mungkin takde la direct aku share kat sini semuanya apa pencapaian itu

cuma just nak bagitau, azam yg pernah dibuat awal tahun ini atau yg belum tertunai beberapa tahun sebelumnya telah terlaksana kini



tiada apa sangat untuk dikesalkan

aku tak maula tamak sangat mau segalanya perfect, mau memiliki 100% yg dicitakan

wasatiah sudah ( bersederhana ), at least aku miliki apa yg mungkin segelintir kita tak mampu capai

tak mau semakkan otak sbb tak sesempurna dapat spt yg diingini



syukur....amin

Wednesday, October 10, 2012

fesyen besar

13 comment(s)



semalam tertengok HMI bersama Ct Nurhaliza kat TV1 tu

nostalgia weh, rasanya baru tahun 1998



then kelakar tgk fashion ct & penonton masa tu

baju besar, kalau pakai blazer pun, bukannya fit tapi melebir besar

mungkin itu fesyen yg terbaik zaman itu



kalau pompuan, gincu merah menyala, sikit sikit merah yg dipakai

jarang tgk warna lain


Tuesday, October 9, 2012

Sblm kahwin

16 comment(s)

Hari tu masa jalan-jalan untuk masuk keje balik

Kami berdua terlihat kelibat pasangan yg berpegang tgn dan peluk sakan boleh tahan

Aku ngn member aku berpandangan sesama sendiri, mungkin terkejut kot



Then kami selamba menjawab each other " conpirm tak kahwin lagi nih "

Sbb yakinlah, org sekarang mmg malu nak buat macam tuh kalau dah kahwin

Betul kan?

Thrill kot klau buat mcm tuh sblm kahwin sbb belum sah

Feel lebih katanya,ceh!



Dasat wei bunyinya

Monday, October 8, 2012

mood berterabur

14 comment(s)


mood aku memang berterabur hari ni

gara-gara org tua itu

ramai yg kata baik menjauhi, atau buat bodoh aje atau lantak pi lah

janji hati kita makin tak sakit

makin dilayan, aku juga berterabur sorang-sorang



masalahnya, aku nih bukan jenis garang-garang dengan org sangat

tp once meletup, paedah gak kena kat aku, faedah baik takpe tapi faedah yg buruk nanya weiii



aku tau at least sekali dua dalam hidup atau sama juga macam org lain

aku kena lalui situasi macam nih

kadang dalam hidup takde cabaran, tak matang jugak kita

at least berlaku mcm nih, aku lebih positif & hati-hati



biarlah mereka dah tua tu

bagi peluang untuk mereka rasai otai mereka itu

busuk-busuk pun, biarlah kita kelihatan bijak dari mereka

sekian, full stop kisah hati yg pedih hari ini!

syukur aku takde period pain, kalau tak 'mampus' org tu aku kerjakan!



Org tua

12 comment(s)

Kadang-kadang penat & frust dengan org tua yg berkira nih

Tak de sifat keibuan langsung

Menda yg boleh negotiate pun nk besar-besarkan



Kadang senang dengan org muda plak

Sekepala & tak emo emo

Patutla ada yg muda dah tak reti hormat senior berumur

Cis!

Kita hanya pengikut

18 comment(s)

Mmg benar kita hanya pengikut

Aku akui, org kita memang obses dengan org luar & cerita luar

Tgkla senang senang kita terima artis luar, lagu dari luar, filem dari luar & culture dari luar

Ada yg tak tapis, main hambik je



Bagusnya, kita boleh jd serba boleh tapi tak bestnya kita sekadar pengikut tanpa identiti sendiri

Tgk realiti tv tu, berlambak genre copycat luar

Album dari indon rancak dimain tp diaowg sekat sana sini bila kita nk masuk pasaran sana

Skrg, ganggam stail plak, femes siot...dari anak kecik sampai atuk nenek tau

So?

Sunday, October 7, 2012

kan senang

11 comment(s)


''kan senang kalau duk rumah

sedar sedar duit dah masuk akaun''



pemikiran di kala rungsing dan tension dengan keadaan hidup dan juga kerja

tapi kena ingat duk rumah saje saje busan gak

sampai rasa nak start kerja balik



hakikat hidup manusia memang begini, tak pernah rasa cukup puas dan senangnya







Saturday, October 6, 2012

nama lain

31 comment(s)


selain mengepost status status yg 'entah apa apa entah' dekat FB ko

ada satu trend yg aku sendiri tak berapa nak paham

cuma bernasib baik aje, FB ko milik ko, kalau tak,tak taula apa yg akan aku buat



nama dah elok elok mak ayah bagi tapi ditukarnya menjadi Mr Ironman, Bauk Religious, En semut,En Ulat atau apa-apalah yg mana mereka aje yg paham kenapa nama itu dipilih

bukan apa, ada sesetengah kawan tu mungkin boleh kenal, tapi ada yg tidak

nnti tak pasal pasal kalau add as member tak diapprovenya

sentap karang



motif menukar nama itu mungkin berunsurkan populariti, mengada-ngada,trademark atau kurang sihat agaknya

hoho 

tengok aku skema giler letak nama, sebatu owg dah tau itu adalah aku

gitulah berlagak

oh ya, ini tak masuk lagi menggunakan gambar org lain sebagai profail picture, gambar artis ke, kartun ke atau tak letak gambar langsung

tak reti upload gambar kot?



maaf untuk yg terasa, pada pendapat aku ini tidak perlu sbb ada certain certain keadaan kurang sesuai ye


version Lisa Surihani

10 comment(s)

ingat tak entry nih

SORE EYES = 5 DAYS OF MC




maka yg ini kesinambungannya plak, version Lisa Surihani

serius tomey wei!

lagi chumil dari nur feetri tuh






Friday, October 5, 2012

pemandu teksi

21 comment(s)




tu dia! Malaysia taxi pun on list 

buat malu je, nak je aku tunjuk pada pemandu pemandu teksi Malaysia yg tak berhemah tu



btw selalu di jalan raya, bukan bermakna anda juga ' raja ' di jalan raya

isu overcharge nih telah menjadi buah mulut lama dah, apatah lagi yg tak reti reti guna meter

ramai dah dengar pelancong pelancong ke sini complain sbb mereka seringkali ditipu

even depan mata aku sendiri, seorang pelancong itu menjerit-jerit memarahi pemandu teksi yg overcharge beliau walhal perjalanan ke suatu tempat tu apalah sangat jauhnya



pernah juga terdengar seorang pemandu teksi mengenakan RM600 pada seorang pelancong asing hanya dari KLIA ke KLCC, giler wei!

kalau aku mau memberontak, mungkin sbb mereka 'foreign' kat sini, kita sesenang hati nak take advantage la

pemandu pemandu teksi yg tak berhemah ni plak sering dikait juga yg suka ' hon ' di perjalanan, walhal pemandu kat depan hanya lambat satu saat je, bengong!

lagi satu mereka suka buat jalan macam mak bapak mereka yg punya, gara-gara mau cepat, tempat yg tak sepatutnya jadi tempat ' U turn ' pun boleh jadi tempat mereka buat pusingan

kalau kemalangan terjadi tu baru padan muka mereka kot



even bukan semua pemandu teksi begini

ada juga yg baik, menyedekahkan aje tambangnya, kerana pengguna tiada duit kecil

tetapi hanya kerana nila setitik habis rosak susu sebelangga teksi yg baik baik itu


nasi dagang

17 comment(s)




morning!  ( walau dah pukul 10am )

sudah sarapan? meh perkena nasi dagang meh, sedap!

dulu masa kecik kecik kat kelantan, hidangan nih menjadi sarapan pagi aku



tapi kat KL, aku selalu dapat time dinner

maklumla aku suka beli kat pasar malam

tapi kesedapan berbeza dari kg, melainkan pembuat itu mmg org pantai timur sejati



actually kalau kat Terengganu atau kelantan, kami akan letak kelapa goreng sekali ( mcm letak dalam nasi kerabu )

letak acar, ayam gulai/ ikan gulai sebagai lauk tapi telur jarang letak

tak boleh makan byk sangat, nanti cepat muak

namun ini antara hidangan legend warisan kita



Thursday, October 4, 2012

antara service terbaik

27 comment(s)


antara service terbaik adalah dengan menyebut nama pelanggan walhal kita tak kenal pelanggan itu

contoh bila pelanggan datang membayar barang & menghulur ' membership card '

lalu cashier memberi dan menyapa '' terima kasih En Yazid, sila datang lagi ''



En Yazid terkejut dan rasa terharu, tak sangka cashier di depannya ini boleh kenal namanya plak

cashier tu pandai, dalam sibuk dia, dia sempat memadang sekilas nama pelanggan pada kad itu

bijak bijak, apatah lagi dia memberi senyuman seikhlas mungkin



bukan senyum tiga dah tu, tapi senyum berlima berenam dah

so apa pendapat geng? geng suka?


Wednesday, October 3, 2012

Gajah kena hukum gantung

27 comment(s)

Korang ingat manusia aje kena hukum gantung kalau buat salah



' thrill '

21 comment(s)





ada kerja atau takde kerja?

atau cari penyakit



even manusia kat dunia nih suka buat menda yg bukan-bukan adalah kerana ' thrill ' yg tersimpan tu

kepuasan yg tak boleh diungkap dengan kata-kata

sbb tu selagi dilarang, lagi dibuat, katanya ada ' ummh! ' yg tak boleh dijual beli tu



even ada gak yg maukan perhatian

atau hobi, atau memang bengong!



Tuesday, October 2, 2012

gara-gara upin ipin

20 comment(s)


aku tak taula semalam ada pelanggan tu buat lawak ke apa

katanya tak puas hati dengan syampu upin ipin

aku tanya dia, salah harga ke puan?

tak katanya



atau mungkin kualiti dia tak ok kot rasa aku

sbb puan nih gayanya macam dah pernah beli syampu nih

tapi tu pun bukan jugak

tapi kenapa ye puan? tanya aku lagi sekali



yala, marketing punyer org nih tak fikir ke, buat syampu upin ipin nih?

dia nak tipu pelanggan ke? buat promo supaya kanak-kanak selalu guna syampu

tapi upin ipin tuh, ada rambut ke?

aku tengok ada sehelai je!



aku ambik syampu tu, then tengok kat packaging dia, betul la weiii

lepas tu aku dah start garu kepala dah, tak tau nak cakap pe

aduiii

penat kadang-kadang duk keja retail nih




Monday, October 1, 2012

gaduh gaduh manja

13 comment(s)


sekali sekala bergaduh dalam rumah tangga itu normal lah ye

busuk busuk marah pun, syg tetap melimpah ruah

haha



eh?

bulan Oct ke?

20 comment(s)




bulan Oct dah weh

masa sepantas kilat tuh

lagi 2 bulan tahun baru plak muncul, 2013 dan umur naik seketul lagi weh



aku takdela cuak sangat

aku cuma cuak dengan owg sekeliling je yg nak mengancam sesama sendiri

kadang-kadang diaowg berlaku kejam gak

puih!



harap tiada apa yg pelik terjadi