keje retail @ keje kat supermarket di bulan puasa memang menguji kesabaran
rasanya entry mcm nih wajib digarap oleh aku tiap2 tahun, sbb masing2 ada pengalaman tersendiri terutamanya ketika bulan Ramadhan ni
adakalanya aku rasa, ada certain pelanggan spt tidak berpuasa kerana tidak dapat menahan dugaan ketika bersama ramai pelanggan lain untuk shopping itu ini
mcm biasala, nama pun bulan puasa, bulan membeli mcm2 untuk kelengkapan sahur atau berbuka
ada yg nak masak, ada yg mahu segera ala kadar je
yg geram tu yg tak paham ketika ramai owg nih,masing2 pentingkan diri sendiri dan hendak cepat je, gaya macam ko owner supermarket tuh
aku ngn team aku, mencuba yg terbaik untuk memberi perkhidmatan
biasala adakalanya tidak sesempurna spt yg diharapkan
namun jgnla dicerca, dimakikan dan digaduhkan yg melambangkan kelemahan diri sendiri
ala mcm tak puasa plak bila tarik muka melampau tu serta menggunakan bahasa yg kesat dan sinis
cuba bertenang, kami lagila kena bertenang kerana bilangan pelanggan sangatla ramai
terutama di bahagian ikan, sayur & bahagian membayar
semua benda kami kena buat serentak dan berturut2 plak tu
dengan puasa lagi, dengan kudrat tak seberapa tu, ada kalanya anak buah hamba membuat kesalahan
jgnla dihukum mereka terus dengan caci maki melampau
rasanya perlu diisi sedikit dengan kesabaran puasa
kami mencuba memberi yg terbaik untuk mengatasi masalah yg ada,yg timbul tu
yang memalukan tu, yg membuat ona tu, orang Islam plak tu, orang melayu yg rasanya conpirm berpuasa di bulan mulia nih
baik yg pompuan muda vouge atau pakcik tua yg perasan poket ketat mmg kekwat sgt nak hina orang2 retail cikai mcm kami nih
kena ingat ya, ada certain yg bekerja, ada juga berkelulusan yg boleh tahan atau mungkin lebih dari kamu
mungkin ada yg memilih bidang ini sbb minatkan bidang 'customer service' nih
jgnla duk pandang rendah kat kami mcm kami nih kuli batak masyarakat plak
kalau mcm tu baik korang gi tanam sayur sendiri, jadi nelayan cari ikan sendiri atau apa sahaja la asal ko puas hati, hoho
kadang sehabis baik kami memberi perkhidmatan
tapi ludahan yg diberi
mmg ada staff yg membuat ona, tp rasanya tak salah menggunakan pendekatan cara baik supaya orang lain lagi hormatkan kamu dengan cara kamu itu
ini tidak semua mau ditekingnya gara2 salah harga RM0.10, menunggu lama mau membayar, mau perkhidmatan lebih
jgn risau kami dididik untuk suasana ini, cuma kena ingat kami juga manusia membuat kesilapan
lainla robot ye, bole bg perfect 100% sbb asyik buat menda sama
btw dahla ramai owg, sila paham untuk tggu turn masing-masing
pengorbanan orang keje retail agak luar biasa bila terpaksa keje weekend, keje time owg cuti dan ada yg keje lebih masa
kdg kudrat mereka tidak mampu melayan kehendak pelanggan itu ini
harap bersabar ye
* pjg plak entry aku, point kat sini aku nak bgtau, dalam semua menda, tak semua boleh dapat seperti yg diharapkan, tiada yg sesempurna mungkin dan mencubalah untuk bersabar. Jgn dimaki untuk menda yg sama-sama bole kita selesaikan.
kadang ada pelanggan lain yg geleng kepala gara2 tak bersetuju dengan sikap pelanggan lain yg tak reti sabar tu.