Tuesday, August 30, 2011

kerja + raya + gambar saje

4 comment(s)













Monday, August 29, 2011

blog umah terbuka

7 comment(s)

Sayu hati, Ramadhan yang disayangi sudah berlalu pergi.


Hari raya menjelma,tanda kemenangan untuk semua kali ni.


Selamat Hari Raya Aidilfitri,maaf zahir batin diucapkan buat team team bloggers,specially to Asrul Ilham Sani,Joey,Ri,Faiz Farish,Cinta Zulaikha,Hidney,Azam Shah,Normal Reza,Bro belated,Achiek Ezam,Shin Innesen,Mr Zamri Big Fat,Mr Hapacrita,Aman,Farouk Freddie,Nizamsani,Mr Syukcruz,Mr Sofie bla bla,Mr Azmer point of view,Mr Izat the story goes like this,Yana Tamancerita,Mr Fauzan Helmy,Mr Sengalzone dan ramai lagi.Tak lupa juga buat team2 bloggers yg ada dalam bloglist aku.


Kita sama-sama mengunjung blog umah terbuka meh!




petai,ikan masin dan budu

3 comment(s)

Semalam semasa sibuk menolong cashier yg cue nyer sgt pjg, ada sorang customer perempuan membeli sesuatu yg aku minat, yang aku suka, yang aku terliur dan yang membuat aku ingat kat kampung.


Dia beli petai,ikan masin dan budu!


Oh mai!...bahan-bahan nih membuat aku berselera nak menjamu nasi skrg jugak, specially time nasi panas-panas baru tanak dari dapur. Tak sangka bole tahan juga selera kampung pompuan nih.Agaknya takleh balik kg beraya kot, sbb tu beli ulam ulam stail kg.


Tp!


Mak aik! bila tengok tang pakaian tak macam owg kampung pun ! Seksi! Sekali tgk 1st impression pun dah tau dia nih selera bandar!Menjolok mata!


Tp dia beli ikan masin, petai dan budu.Org Kelantan ke? Tunduk aku ke bawah.


Hu..hu..terplgla apa ko nak pakai pun, cuma persoalannya di sini adalah 1st impression owg, memang owg kata tak kenal maka tak cinta. Tp kadang2 first pandangan owg terhadap kamu bole membunuh.


Sunday, August 28, 2011

Mood nak raya dah rasa

2 comment(s)

Munin guys!


Blok-blok dah mula sunyi, apartment,teres,flat dan umah persendirian nampak tenang dan lengang ngn manusia.Selama ini susah gila nak parking, dah sesenang 1 2 3 je dapat.Tak perlu dah nak berebut-rebut.


Suara bebudak pun dan tak kedengaran sgt, mercun masih lagi 'pam pam!' namun dah kurang. Jalan perlahan-perlahan mula tak jem, tp shopping mall masih ada yg sesak.


Senangnya mereka pilih barang, grab mana perlu. Baju raya yg display kat patung pun bole la, asal dapat beli,guna dan beraya. Barang2 selama ni owg kata susah nak laku, laku je.Harga certain2 brg pun mula turun,ada diskaun. Maka bertroli-troli la mereka ke cashier caunter untuk membayar.


Dah tak terasa penat puasa. Ada yg hati dah kat KG, ada yg mood raya memanjang serta muka pun berseri-seri sbb beberapa hari agi, hari yg indah bakal menjelma. Lagu raya tak payah cakap rr...rancak giler dimainkan.Specially lagu raya tok iti.


Suasana nak raya mmg dah memang mula terasa sgt sgt. Yg takde mood nak beraya pun join sekaki.


Penutup! Aku seorang je kat umah nih! Housemate aku dah balik kg dah! Waaaaaa!!!


Saturday, August 27, 2011

Kad raya xde

3 comment(s)

A few entry para bloggers ada sebut pasal kad raya.Lama dah tang kad raya ni aku tak ambik port, yg manual ke?yang digital ke? semua biasa2 je.


Paling cikai dekat-dekat nak raya antar sms je, tu pun jem sbb line bz gilaks.


Aku tak femes mana pun nak ada owg antar kad raya nih, masa kecik kecik dulu pun biasa je. Masa tu nak beli pun tak mampu.Hari tu dapat pun kad raya free dari a few company.


Kat FB pun adala c,kit kot owg bagi dan tag.Biasa2 je...aku tak layan sgt.Tp hargai gak...


Kad-kad raya suma nih sbg medium mintak maaf dan tanda eratkan silaturrahim. Lawa-lawa belaka. Tp yg kad betul kad tu (manual tu), nikmat dia lagi terasa. Actually masih byk owg jual agi.


Macam birthday kad gak kot.


Friday, August 26, 2011

blog yg sunyi

8 comment(s)

Sunyi je blog malam nih, yela ramai dh otw balik ke kg


to all, hati2 kat jalan raya tu, ingat owg tersyg yg tengah tunggu.Aku tak balik, keje, raya ke-3 baru balik.Xpe, dah biasa.


selamat hari raya,maaf zahir batin.


Btw syahdu plak...Ramadhan akan pergi meninggalkan kita.

Bila TERLANJUR CINTA tp akhirnya sekadar KISAH HATI je

5 comment(s)

Aku ikut hati malas je nak update entry hari ni, mood asyik swing swing je.Tu la sape suruh ko ikut perasaan sgt, ikut hati sgt, kang terjerat sekejab (marah kat diri sendiri).


Adala a few menda yg telah berlaku, yang jenis tak best sikit. Bukan selalu dtg pun, tp sekali menerjah meroyan gak! Aku nak lupa dah pun, nak tanam jauh-jauh, simpan sikit aje buat kenangan.


Actually, kalau dah terlanjur syg nih bahaya gak. Bole effect mcm-mcm, cthnya macam member aku nih, dah bertunang tp bila akrab ngn sahabat TTM(teman tp mesra) dia tu mulala terlanjur syg,asyik nak berkepit je.Dah jadi lagu Rossa & Pasha dah,TERLANJUR CINTA.


Nak marah pun, nnti dikata bz body plak, hanya TTM je katanya,masing-masing menafikan tp sebatu dah bole hidup 2 ekor cipan nih ada sesuatu. Actually bahaya bila rapat sgt nih kalau disertakan ngn perasaan sekali mmg menakutkan.


Baik korang hati-hati.Walau menda nih subjektif, luar kawalan atau mainan perasaan, tp bila melibatkan tang hati ia akan jadi complicated.So kalau bule elak,elak jela...anggapla ko dah jadi mcm lagu KISAH HATI -Alyah tu.


Dah takde jodohkan? Nak wat can ana...telan jela bulat-bulat. Esok2 adalah bahagian tu untuk ko kan.Sabar jela...jodoh pertemuan di tangan tuhan.

Thursday, August 25, 2011

update sekilas

11 comment(s)

Aku sleepy,

Tak mo komen nape aku sleepy, ha..ha..

Arini kena gi kat tmpat keje walau cuti utk settle dan check apa yg patut dicheck, malam nih ada event berbuka dan bacaan doa kesyukuran kat tmpat keje aku. Moga berjalan lancar plus dapat makan nasi dagang free, my feveret.

Itu aje nk bgtau...



* Sedikit pesanan tuk semua...just have fun k! petua awet muda

Wednesday, August 24, 2011

at least dan 44 kali

6 comment(s)

Ada owg kata at least la ko buat dari tak buat langsung,


sikit sikit lama lama jd bukit,


dan sesuatu menda yang dilakukan secara istiqamah atau lebih dr 44 kali akan jadi tabiat.


Maksudnya kat sini sesusah mana pun engkau jika kau berusaha,at least mencuba dan berterusan melakukan maka kamu akan menempa kejayaan.


*jgn lupa tawakal dan doa juga!


btw..aku dah post entry kat blog nih lebih dari 44 kali, maka?


ingat mengingati

5 comment(s)

Salam,


Aku selalu peringatkan diri aku jgn lupakan Allah swt,jgn lupa agama dan amal. Solat adalah segalanya, masa tulah kita berjumpa dan bersama dengan Nya.


Tak kata aku baik atau tak pernah buat salah, cuma aku tak mau diri aku lalai...


Tapi zaman skrg nih macam-macam, aku takut giler.Ada a few website sendiri yg mempersenda agama Islam,even kat FB pun. Tak mau link kat sini, takut makin menjadi-jadi atau macam menyebar-nyebar lak. Siapa yg pernah termasuk ke web atau site FB tu sendiri tengokla bertapa Islam dipersenda.


Takut aku nak baca lebih-lebih, rasa macam aku sesat lak walau bukan aku yang menulis.


Mereka suma tu belajar tinggi-tinggi,ilmu pun mcm lebih dari aku. Tp oh mai! salah guna plak, persoal macam-macam,semuanya nak condemn!


Actually...ilmu byk pun tak guna kalau tiada agama atau pegangan, terpesong gak ko,sbb akal fikiran manusia nih terbatas. Sebab tulah tuhan turunkan wahyu,Al-Quran untuk menjadi pengangan.


Ilmu agama aku tak sedalam mana pun, namun atas didikan agama mak ayah,ustaz kat sekolah.Alhamdulilah masih belum sesat lagi.


Hari ke hari seharusnya kita cuba mendekatkan diri dengan Allah swt.Hal dunia kita bicarakan tp hal akhirat juga jgn dilupakan.


Tuesday, August 23, 2011

Paedah main mercun

10 comment(s)




Harus mengamuk tuan umah,kalau umah yg ko duduk tu umah sewa!

bila diri kita dipandang terhegeh-hegeh

4 comment(s)

Bila diri kita dipandang terhegeh-hegeh...


Kekadang tak elok gak, sbb ko bole diperkotak-katikkan dan dipandang rendah oleh seseorang tu. Maka perlu hati-hati.


Actually bila sesuatu menda tu mudah sgt, sbb tu ada yg rasa tak menyengat dan mulala dipandang ringan.


Mungkin sesekali dalam hidup kita,kita kena belajar untuk jual mahal,degil dan biarkan diri rasa xclusif.Manusia nih kalau menda tu susah sangat nak dapat baru dia nak hargai, sbb apa? Sbb susah sangat nak dapat menda tu,maka mereka ingat menda tu sgt bernilai.


Oleh itu sesekali kita kena bertindak ikut keadaan/bijak. Bukan membabi buta.Walau menda itu kita rasa kita mau sgttt...nak sgttt.


: P

15 comment(s)


Lagu raya dah mula berkumandang sana sini

aku xcited c,kit je, but raya is raya, ari kemenangan buat aku. Tahun nih raya aku keje lagi,maknanya raya kat KL lagi. Ada sedikit kelainan kali nih,sbb ia merupakan a few steps untuk aku melangkah ke fasa yg lagi besar.


Apa itu? Biarlah rahsia ( Ct nyanyikan utk aku )



Apa2 hal pun, idup kena sentiasa heppy, yg sedih2 buang tepi.Aku mau awet muda jah, no keretuan, no kertu dan no rekah2...



Salam puasa,salam Aidilfitri yg bakal tiba dan salam kemerdekaan.


Monday, August 22, 2011

teka-teki

8 comment(s)

Aku ada satu teka-teki utk korang

''kenapa anak babi pink tu jalan menunduk?''

Sila jawab

hurrrmmmm

5 comment(s)

Mak kata tak baik ngeluh tau

Tp malam nih aku ngeluh panjang '' hurrrmmmmmmmmmmmmm ''

tgk! byk giler 'm' aku.

demn!

12 comment(s)

Demn!


Ingat dah set jam bole bangun mcm sblm2 nih,sekali terlepas! Dahla kali terakhir adalah minum air Tropicana laici je, then balik umah minum segelas air je.


Ni 1st time puasa kali ni terlepas sahur, ralat sikit bila aje tersedar tadi dah pukul 6.35am.


Xpe ler,kuat je nih.Proceed without sahur.Amalan tu yg penting.

seribu 1 rasa

5 comment(s)




Malam ni xde pe nak diupdate sgt


just nak bgtau dalam hati aku skrg ni apy,berdebar,takut,rindu,mau,geram,bosan dan malas.

Sunday, August 21, 2011

Luahan member

9 comment(s)


''Org Msia ni agaknya kalo tgk berita/bc paper tgk tang sukan dn hiburan jer kot... Da sthn lebey kot 'Saturday is No Plastic Day', asyik lupa je memjg Sabtu xde plastik. Carrefour, Tesco & Giant pn cas 20 sen gak, tp ad gak yg maki2 ckp Jusco ni cekik darah la plastik pn berkira. Skit lg ak nk jerit kt pakcik td "Pakcik, bersyukurlah kami provide plastik ni. Kalo pakcik kt Penang, peluk la bra, seluar dalam ngan baju2 tu!!!"



*Oh mai! Pikir-pikir balik, tul gak apa yg diluah member aku nih

Menuju Raya

4 comment(s)



Selamat sampai KL kul 12am tadi dari Perak. Agak penat tp puas...sesekali hangout ngn member mmg berbaloi,cuti pun terisi walau duit agak mengalir laju dgn baju raya tak beli agi.


Kita dah nak masuk minggu-minggu terakhir Ramadhan dan minggu untuk persiapan raya. Alhamdullilah segalanya berjalan baik setakat ini,syukur atas segala rahmat dan nikmat yang tuhan berikan.


Minggu nih adalah minggu BZ sikit, dengan a few plan yang harus dilaksanakan. To all selamat melakukan persiapan raya dah hari-hari terakhir menuju Ramadhan nih, haruslah dihargai.


Saturday, August 20, 2011

Hakikat hidup

5 comment(s)

Pot pet pot pet bg nasihat supaya insan kat depan mata nih berwawasan dan bersemangat untuk meneruskan hari mendatang, bagi dia kenyakinan supaya dia tidak terus lumpuh dan gagal dalam hidup.Biasala cikgu dan pakar kaunseling selalu menjaga anak-anak bawah jagaan mereka supaya maju dalam kehidupan.


Namun bila tiba tang diri sendiri menghadapi masalah, mereka juga gagal untuk melawan arus cabaran. Kekadang masih menjadi keanakkan menempuh pahit di depan.


''Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikulnya''.


Sebab tulah kat negara barat sana, pakar kaunseling sendiri mempunyai pakar kaunseling juga untuk diri sendiri.


Sesungguhnya cabaran hari ini, byk adalah berupa stress menghadapi kerenah hidup spt pekerjaan,kewangan,keluarga mahupun pasangan.


Friday, August 19, 2011

Tan Hong Ming cakap pasal isu-isu semasa

2 comment(s)




Ada betulnya di sini...

Learn...

Rajin macam semut

10 comment(s)

Selain suka nengok burung buat sarang, aku ada satu lagi feveret aneh masa kecik-kecik dulu.Iaitu mengumpul semut dalam botol.


Memang buang tebiat,sbb semut nih bukan membantu apa-apa pun,lagipun mereka nih macam serangga perosak.Kan kena gigit nanti,bengkak-bengkak sakit.


Namun aku ada cara tersendiri nak tangkap mereka untuk disimpan di dalam botol.Even adik aku sendiri pun terpengaruh. Semut yang aku tangkap bukan sebarangan semut, semut api tau atau semut merah atau semut gatal.


Actually aku suka kumpul mereka wat koleksi sbb suka nengok mereka bina penempatan mereka kat dalam botol yang limited space tu.Dalam tu aku letak tanah dan pasir siap-siap. Semut nih rajin sebenarnya,mana ko campak mereka pun,mereka tetap berusaha untuk hidup dan gigih bina sarang mereka.


Motif aku adalah,aku suka sangat nengok mereka bina sarang.Gali lubang,angkut batu,dan sebagainya. Sebagai upah aku bagi mereka gula.


Actually satu botol semut-semut nih jalajahi,buat sarang dan gali lubung.Siang malam mereka tak pernah berhenti.Puas bila nengok mereka bole bina sarang-sarang yg besar yang banyak jaringan.


Aneh kan? Sampai skrg aku masih ingat lagi tabiat bukan-bukan aku nih, mesti semut-semut tu dendam giler ngn aku.


*Namun kerajinan mereka aku sgt kagumi,kita manusia nih patut jadi mcm mereka.Walau kecil tp rajin,tak pernah putus asa untuk hidup. Sbb tula peribahasa diwujudkan ''Rajin macam semut''.

Thursday, August 18, 2011

Bercuti ke Perak

12 comment(s)

Untuk beberapa hari ni aku akan ke Ipoh Perak,jalan-jalan kat sana.Lama tak bercuti,pantang member ajak mesti join.Lagipun lama tak jumpa yang lain,jauh kan.So apasalahnya merantau bercuti berjumpa dan bersama diaowg.


Leh berbuka together-gether.


Kerja, keje gak.Sesekali kena rehatkan minda ngn aktiviti untuk hiburkan hati.Baru rr awet muda. Plus kita kena luaskan pandangan,jgn asyik duk terperak kat sini je dengan rutin yang sama.


Hidup pun tak bosan, ada semangat baru,lagipun hubungan ngn member-member bleh eratkan. Nanti esok-esok bila dah kahwin mana bole macam nih sgt,byk terikat ngn komitment keluarga.Tgk rr member aku yang lain, nak ajak kuar pun susah. Sbb isteri pun kena teman gak.Anak-anak pun nak kena tengok.


Wednesday, August 17, 2011

Perihal tentang CINTA yg DIREJECT

7 comment(s)




''Aku suka dan mula syg ko,tp ditolak mentah-mentah''.



I mean kat sini CINTA KO TELAH DITOLAK sbb mungkin dia tak suka ko, dia belum bersedia, ko bukan taste dia atau dia sekadar ingin berkawan ngn ko.

Lumrah kat dunia nih,semua owg pernah merasa dan akan merasa hakikat ini.Pahitnya merana la jab tp lama-lama okla, ubat dia adalah hindari owg tu atau wat bodo je jika cinta ko tu ditolak.


Bab syg-syg nih subjektif, tambah-tambah CINTA nih mana bole paksa-paksa.


Even kita sendiri pun bole tau kalau owg tu tolak cinta kita sblm dia cakap pun. Sblm nak mulakan xpdc menekal nekal tu, sila-silalah bersedia utk DIREJECT! Get ready ngn perasaan kebal ko.Kalau tidak KEMALUAN lah ko sorang-sorang.Sedihla ko sorang-sorang dan menangis,meranalah ko sorang-sorang.


Peribahasa mengiringi ''Hidung tak mancung,pipi tersorong-sorong''.

Tp lainla kalau ko tu Hensem/Cantik,Femes,Kaya dan Berpangkat. InsyaAllah kebarangkalian utk dpt good news tu agak tinggi.


Cinta 247

13 comment(s)





Oh my!

Copycat gilaks, dengan step tarian goyah sana sini,lirik lagu yg entah apa-apa,yg penting ada Isnin,Selasa,Rabu,Khamis,Jumaat...

Celups! Btw...dari sudut positif effort korang dihargai.Cuma lama manala mereka boleh tahan kat Malaysia nih, bila tiba masanya akan ada kuar sola nanti.Takpun mati terus.

Conclusion; aku hampir kelar leher sendiri lepas tgk this VC td. Sgt takleh terima!

buah katak puru

10 comment(s)


Aku tak tau lah ada antara kamu yang kenal buah nih atau tidak?Tp rata-rata member tempat keje tadi tak tau apa nama buah nih.May be yg tau pun owg Kelantan.Tu pun tak tau rr kalau semuanya tau.

Bentuk dia agak pelik, dua tiga kali tgk kulitnya mengerutu mcm katak puru.Memang tak comel.Tp bila rasa, mostly rasa masam, tp ada gak yang manis.

Jangan tanya aku nama scientifiknya apa, memang aku tak tau. Kalau nama yg aku kenal since aku kecik dulu adalah...'buah Katak Puru' namanya.Aku kenal pun sbb jiran aku ada sepohon pokok buah nih beberapa tahun dulu (tp sekarang dah takde,kena tebang).

Pokok buah katak puru nih spesel...buahnya bukan kat tangkai daun,macam pokok rambutan,mangga ke apa tp kat batang-batang pokok, ala-ala macam pokok buah belimbing besi. Kira unik gak la pohon buah nih.

Aku ada tanya member KL, apa nama luarnya,i mean apa nama owg2 negeri lain panggil. Member aku cakap 'buah Na nam'.Betul ke tak? Tak tau rr.Korang tau x?

Buah nih boleh dimakan macam tu je atau dimakan dengan kuah rojak. Kat bandar sehinggala tadi aku masih belum lagi menjumpai buah ni dijual di sini (KL). Aku dapat buah nih pun sbb member tempat keje yg bagi tadi. Dia bawak dari Kelantan.

Marah

4 comment(s)

Owg kata, tak elok marah-marah, nnti tak awet muda dan byk owg tak suka.


Tp hari ni aku kena marah gak, kena marah owg yg sepatutnya kena marah.Kena ajar sikit, supaya mereka menghormati pengorbanan owg lain.


Sampai hati buat org macam tu.Kecewa tau tak!


Okla..segalanya telah terluah.Tak baik marah lama-lama, aku masih menghormati bulan yg mulia nih, bulan Ramadhan Al Mubarak dan aku masih lagi berpuasa.

Tuesday, August 16, 2011

Drama Pendekar era 90-an

13 comment(s)


Siri Pendekar,

Masih ingat cerita-cerita pendekar era 90-an dulu,masa tu aku sekolah rendah lagi.Sangat fanatik dengan cerita mcm nih.

Namun siri ini mati mendadak dek dikritik hebat sbb dikatakan 'Kung Fu celuk'. Walhal cerita pendekar yang patut diserikan dengan silat-silat Melayu. Hanya Pendekar Kundur dan Keris Hitam Bersepuh Emas sahaja yg 100% guna silat.

Tp tak dinafikan aku sangat meminati drama-drama pendekar "Kung Fu Celuk' nih sbb keunikannya. Bunga-bunga aje nampak silat tp bila rancak berjurus terus jadi Kung Fu.Antara yang femes time tu seperti Pedang Maut, Kiambang Bertaut,Pendekar Kembar dll.

Pelakon-pelakon pun femes,dah masih ada lagi kat persada seni kita sampai sekarang seperti Rusdi Ramli,Raja Azura,Arash Mohamad,Aida Aris dan ramai lagi la. Walau ada a few cerita yg guna suara dubing je.

Tadi aku cuba cari kat youtube semua siries nih tapi tak jumpa.Then aku search kat yahoo,lalu terjumpa ulasan seseorang berkenaan apa yg aku cuba sampaikan dalam entry kali ni.

Drama Kepahlawanan Melayu memberi ulasan terperinci berkenaan series-series pendekar nih.

Ada sape-sape yang ada link,cd,video atau apa-apa copy pasal pendekar-pendekar era 90-an tu bolelah share-share kat sini(jika sudi). Aku masih mencari-cari sumber drama pendekar terbitan HVD nih.


*Dua tahun sebelum nih,Tv3 ada buat ulang siar...tp skrg mereka tak mau siar balik ke?

Monday, August 15, 2011

Jakim sahkan mentega 'Golden Churn' tak halal

6 comment(s)






Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan mentega jenama 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarahnya Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.

"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.

Beliau berkata mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.

Othman berkata perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.

Pada 19 Julai lalu Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas.

- Bernama



*Tak halal plak dah, padahal dah berkurun pakai. Then dah mula menimbulkan was-was kepada seluruh pengguna Islam.


*Cur baca komen-komen mereka kat sini



Tips elak kena ragut

8 comment(s)





Kaum-kaum hawa yg kat luar sana,yang tak mampu,yang lemah dan yg tak reti karate tu tp ada suami atau pakwe.Maka tips nih berguna masa kuar gi jalan-jalan.


Area-area yg crowded,area terbuka tp sunyi.Mmg memungkinkan kes meragut berleluasa...peragut nih tak pakai kereta,tp mereka pakai kaki atau moto je.Sbb laju nak lepaskan diri katanya selepas meragut.Jika mereka pakai kereta jugak mmg bodoh!(nak2 jalan KL yg penuh Jem).


Untuk mengelakkan jadi mangsa peragut, better bagi abang-abang aje pegang. Mereka walaupun tough tp tetap gentleman,ringan tulang nak tulun kaum2 wanita.Walau jua mereka tau akan hilang macho bila memegang beg tangan wanita especially bila beg tu berwarna pink atau byk bentuk heart kat beg nyer.


Peragut sgt bodoh kalau masih lagi cuba meragut, especially bila si pakwa berperut saiz triple XL atau mempunyai kudrat giant.


Tips ini sgt berguna dan bijak! Tp lagi bijak kalau tak bawak handbag langsung...


Orang kita

10 comment(s)




*Majoriti org kita...








Shortlist

3 comment(s)
Beberapa perkara dalam masa terdekat;

1.) Exam Food Handler Trainer

2.) Mengajor - kelas

3.) Perak trip & berbuka puasa ngn kwn2 jauh

3.) Event 'berbuka puasa' company

4.) Shopping raya

5.) Then Selamat Hari Raya

Sunday, August 14, 2011

jawatan kosong

4 comment(s)





dalam ramai-ramai,ada sekor yg lain

10 comment(s)

Owg kata berkawan biar beribu,bermusuh jgn sekali.


Tp macam mana antara kalangan kawan yg kita kawan tu,ada yg kita benci?Nak-nak plak kalau dia tu pasangan kawan baik kita sendiri. Maka dekat sini,istilah luah mati mak telan mati bapak memang akan wujud.


Benci di sini subjektif, sbb aku juga manusia biasa,kadang tak berkenan dengan apa yg beliau lakukan.Beliau tak pernah berubah di mata aku.Even kita sendiri pun belajar untuk berubah tetapi tidak dia.


Aku bukan jenis pendendam, tp sesekali tindakan yang dilakukan beliau menyakitkan hati aku mahupun orang sekeliling membuat aku susah nak buang perasaan benci atau tak suka yg ada.Even kesalahan sama pun tetap dia buat.Tak pernah berubah!


Benci dan marah itu syaitan, sekali menghasut,tuhan je yg tau.


Macam gathering member-member tadi, tak jemput kan, kecik hati plak,nak-nak ko tu suami kepada isteri kawan baik aku sendiri. Terpaksala aku mengalah.Even kecik hati pun,aku gagah juga demi kawan-kawan yg lain.


Harap bulan baik,masa baik nih ko sedar akan kesilapan ko. Dan aku harap sifat benci atau tak suka aku kat ko dapat aku buang jauh-jauh.


Apa yg aku tak suka ataupun yg lain tak suka,biar aku simpan.Tak elok dedah kat sini,nnti ngumpat plak namanya.


Saturday, August 13, 2011

annually planning

8 comment(s)



Hidup mmg sunyi tanpa rakan-rakan, kalau tanpa pasangan mmg tak payah cakap rr.

Bila tiba bulan puasa atau raya, annually event mcm nih tetap kena buat, sesekali hang out ngn member yg jauh2 aka member baik mmg syokkk. Kira terlepas rindu.Komitment keje masing-masing membataskan kami nak jumpa selalu, so mmg kena buat.

Lagipun bulan 12 nanti kami planning melancong ke Sabah (Sabah je la), dalam team group yg sama, satu kepala,satu jiwa,satu perangai aka manusia gila gila.

Dalam group kami tinggal 3 owg je yg tak kahwin(termasuk aku), yg lain suma dah selamat.Totally different lah mereka masa belum berpasangan dan sudah berpasangan.Masa byk fokus tang keluarga je.Xdenya bole karoaks,tgk wyg atau jimba2 macam dulu lagi.

Tanggungjawab is tanggungjawab.Agaknya aku bila tiba masanya nnti, mcm tu lah ye!

kelantan mari

3 comment(s)

'' Ada sekor,anok tupa,atas jula mokte,duk merekok perut lapa jale cari make...''


Sila sambungkan lagu nih utk sape sape yg tau





*Sekadar menjawab pertanyaan seseorang, aku nih berasal dari mana?

Blog perempuan & lelaki

10 comment(s)

2 hari cuti nih, aku banyak fokus tang blog je.Obses sekejab!Fb layan macam anak angkat je.


Aku byk berjalan-jalan kat blog owg lain specially blog2 yg dah ada nama,fofular,ramai viewer,ramai pengomen dan ramai follower.


Kat blog depa depa tu,selain layan entry mereka dan komen-komen sikit.Aku gak usha2 bloglist diaowg. Fyi mana2 blog pun ramai giler para gadis, jln2 sikit gadis bunga,jln2 sikit cik pinki,jln2 sikit madam aka aunty dan jln2 lagi terjumpa blog yg ada mcm2,lagu,widget berlambak(masih lagi kat blog pompuan).


Btw mana jantan-jantan nih? bro bro yg kacak-kacak tuh tak layan blog kah? Tak reti berdiari luahan kah? Atau sekadar berfoya-foya kat luar maya sana je?


Kalau ada pun, sgt bole dibilang ngn jari, lum tanya agi tang updatenya.Ada yg setahun tak update pun ada(untuk yg berblog).Tp aku lebih gemar ngn blogger-blogger lelaki agi berbanding pompuan, sbb sekali mereka keluarkan entry, mmg bermakna! star8 to the point xde belok sana,belok sini mcm blog-blog pompuan tu.


Blog lelaki pendek je entry nyer, tp penuh isi.Manakala blog pompuan lebih fokus tang diari idup, gosip-gosip, info copy2 n cat, dll.Bila buat entry manyak plak metafora dan personafikasi nyer.


Btw lelaki-lelaki mcm aku nih nmpak gaya mmg tak memonopoli dunia blog la.Sana sini pompuan je...aku tgk kat tempat keje aku pun ramai pompuan, IPT pun ramai pompuan, zoo negara pun ramai pompuan, naik public transport pun ramai pompuan dan yang meniaga kat pasar mahupun bazar ramadhan pun ramai pompuan.


Lelaki2 macho hensem bergaya lemak berkrim disukai ramai mana pegi?


Friday, August 12, 2011

menunggu burung buat sarang

6 comment(s)


Masa kecik dulu aku ada satu sikap aneh, then bila besar nih aku sendiri pun tak paham nape aku sebegitu?Tp masa kecik dulu aku sgt obses ngn kehidupan burung. Aku sgt suka nengok mereka terbang sana sini,layan tingkah laku mereka ngn geng2 mereka dan paling penting suka sgt tengok mereka bina sarang mereka sendiri.

Sanggup menunggu berjam-jam lamanya bawah pokok semata-mata mahu melihat burung terkukur buat sarang. Fyi burung terkukur buat sarang lagi senang, pakai rumput sikit je, just cukup syarat, then bertelur lalu dapat anak.

Tak macam burung kunyit,gallapagos(cak tu li),kelicap dan burung murai.Sarang mereka sgt complicated dan ambik masa yg agak lama nak siap.

Paling special bila layan burung kelicap wat sarang, uniknya mereka bila menggantungkan rumput menjadi sarang mereka sendiri.Actually sarang mereka macam sarang burung tempua, cuma kecil je,hanya muat seekor ibu burung je.

Bila diingat balik kenangan duk melangguk bawah pokok melihat burung buat sarang adalah aktiviti yg paling gila dan pelik yg aku pernah buat(berjam-jam ok!) Sampai skrg kenangan tu masih diingatan, dan jika balik kg, ada a few tempat yg masih menjadi nostalgia tempat aku tunggu burung buat sarang tu.


kawan tegur kawan

3 comment(s)


Kawan yg baik selalu menjaga hati kawannya sehingga kadang2 mereka terlupa untuk menegur kesalahan kawannya itu.Disebabkan terlalu menjaga hati, kekadang diri mereka sendiri disakiti.


Itu yg berlaku lately kat diri aku dan a few member aku.


Walhal ramai yg bagitau kawan yg baik didefinisikan sebagai kawan yg selalu take care dan menegur kawannya yg membuat silap.



diri xclusif

6 comment(s)

Cam ana nak buat diri rasa xclusif?


I mean kalau xde dia kat tempat tu atau event tu mesti tak syokkk.


Tips tuk ko: Apy go lucky,tak emo, mampu balas kutukan, open minded,bijak, hensem,cantik,kaki gosip dan lalang.


Ha..ha...actually peramah pun dah cukup!

Drama

7 comment(s)


Drama?

Bukan kat TV je,kat dunia sebenar pun ada.Cuma drama kat sini bukan kisah sedih atau happy ending mcm kat filem tu tp kisah yg dibuat-buat.

Cth aku ada seorang kawan,tetiber aje sakit perut separuh mati,keracunan katanya,gaya berjalan longlai bagai nak pengsan.Gi klinik siap bergaya nak muntah segala,tp tetiber lepas ambik ubat,padahal tak cucuk apapun,tetiber melompat,tersenyum gembira plak.

Aku tak tau apa motif,nak perhatian pakwe dia kot! Tp sarcastic sgt kalau betul mmg dia buat2.

Then satu contoh lagi,tetiber member baik aku call, tunang dia sakit,demam mcm tahap kronikla katanya,dalam kereta separuh mati gayanya,bercakap mcm bagi wasiat,mengerang mcm owg nak mati esok. Then bila sampai hospital...elok plak, terlompat dan terjerit mcm xde apa.

Aku tak paham? Ini drama ke apa? Atau penangan psiko tempat sakit?

Berlaku di kalangan especially pompuan...bila pakwe sebelah mulala melentok2, yg lelaki layan je tp aku bila tgkkkk...drama drama drama.

Sbb kenapa aku kata mcm tu?...sbb lepas tu xde apa2 pun,mcm dibuat2 sgt.Aku alergic ngn menda nih lately,jgn rr duk manja2 ngn aku wat drama lemah segala jika mulut ko dan perangai ko mcm ditaktor!Tp sebenarnya lemah!

Opss!!


*Drama aka mengada-ngada


iklan di tengah

2 comment(s)


Ada sesetengah blogger yg letak iklan nuffnang kat tengah2 blog tu, susah wei nak baca entry korang,sangat menggangu mata, aku tak reti nak hide(ada button hide ke?) then terus (x).

Pe sal letak tengah? Taktik atau strategy?




aku ada sedikit marah.

Thursday, August 11, 2011

bahasa rojak

4 comment(s)

''baju raya aqu wana ijau pucuk pisang...dh trbeli nk uat mcm mna......
..xnk kata apa dh tat dye...biaq lar apa dy nk uat...nk tngok ja apa dy uat, mintak2 dy akan mnyesal.....n wak2 i2 aqu tiada lg d hdapan dy... ''



Status seseorang kat FB, aku tak faham...take time betul bila nak baca. Budak belasan umur atau yang muda-muda suka tulis mcm nih. Bergetah kununnya.


Jelez den!



benci

5 comment(s)

benci itu perlu utk certain2 owg

tp tanpa benci anda AWET MUDA!

cuti tp emo

7 comment(s)
cuti 2 hari!

tp lame! No plan!Rehat ajela!

Ajak member semua BZ! owg tu dan owg tu pun! Emo!


*Byk giler tanda seruan!
btw aku kembalikan shoutBox,sunyi plak tanpa dia!

binatang apa yg anda suka?

5 comment(s)

Dalam byk-byk binatang,binatang pe yg anda suka?


Aku suka kucing ( bukan kucing parsi ye ),kucing parsi yg bulu lebat nih pemalas!


Paling aku anti plak ngn sesumpah,biawak,buaya dan ular...buat aku geli nak muntah!


Wednesday, August 10, 2011

saya anak Malaysia

2 comment(s)

Puasa tak abih lagi,lagu raya baru nak berkumandang tp ....ujung bulan ni kita Merdeka wei!



Nestle Corn Flakes

6 comment(s)







Shid! Ko nat wat kueh raya ke ko beli menda nih!

Xde maknanyer,aku nak makan time sahurla!



*Kuat plak tu cakap! satu ofis leh dengar!manala aku reti wat kueh raya (jatuh macho eden!) :P





sikat rambut

7 comment(s)

Satu hari ada sowang mmber dtg umah aku. Dia tumpang mandi dan bersiap utk function dia rr.Then dia tanya aku...


''Rashid,ada sikat tak?"


"Sikat? aku xdelarrr...housemate aku adalarrr, ko pinjam je dia punyer''.


"Apasal ko xde? Abihtu ko sikat rambut pakai pe?"


"Tanganlaaaa"


"oh!''




*Fesyen rambut sempoi skrg guna tgn jeeee...


slow

5 comment(s)

kecoh rr tenet nih!!


Dah 2 hari ko lembab! Pe sal huh! Ni baru awal bulan,byk agi ari kena lalui...xkan kouta dh abih kot!

Tuesday, August 9, 2011

salah tafsir

4 comment(s)

Salah tafsir;


duh =bodoh

lol = tolol

der = tarik ajela der,kecoh rr ko! (ayat bawak pergaduhan)



*certain sedap pakai,certain sentap menyentap dan certain lak bole eratkan silaturrahim ngn geng!


buncit selepas kahwin

4 comment(s)


Jumpa member yg agak lama tak jumpa td.

Oh tuhan,dah berisi! dulu cam cicak kubin...sejak kahwin mamat tu naik badan,pipi montel giler.Ramai cakap pah kahwin ko akan buncit!Sbb apa? (sambil jeling2 jahat :P)

Abislahhhh

Tp yg belum kahwin dah boncit can ana? jawabbbb!

back to old

8 comment(s)

Aku nengok skrg everythng mcm back to old je, especially bila tang fesyen.


Ko tengokla h,set mula kembali ke era saiz besar-besar,mcm dulu2 tu, dulu kemain agi makin kecik,compact dan canggih.Namun besar-besar skrg pun ada makna,touch skrin,canggih manggih...dah ada nak sama besar netbook dah.Baling anjing mmg InsyaAllah meninggal.


Masa kat Jusco plak,aku nengok baju2 raya pun sama dah mula kembali ke fesyen lama-lama,ala saloma stail...


Terkezut eden, nampak gaya ada owg dh ketandusan idea kot.Namun bijak explotasi keadaan dgn ubah yg lama tu jadi yg baru tp ikut era zaman yg berubah nih.Kira bijak rr..

Monday, August 8, 2011

BW

10 comment(s)
Selepas ketiadaan GENGBLOGGER.COM yg ura2 kena hack tu,aku susah nak lawat blog owg lain aka BW la

So aku guna kaedah budak2, iaitu baca entry dari link bloglist Blogger(s) yg aku kumpul tu,untuk blog yg update entry je ye,then nengok sape yg komen entry mereka tu,then kalau aku rasa nak klick empunyer nama/link yg komen entry tu,maka aku senang hati akan melawat blog dia.

Lalu baca,komen,tgk blog,kalau baik n cun, aku simpan dalam bloglist Blogger(s) aku plak. Siap!



*Tp leceh sikit...

CT je kot

5 comment(s)

Susah jadi artis nih, nak kuar sana sini susah,kena ada bodyguard segala.Tp tu Hollywood bolela, Malaysia lum smpai tahap kronik,nak shopping pun susah.


Kat Malaysia glamer mcm ana pun ko tetap bole kuar,shopping n lepak agi.Paling komen duk perhati peminat dari jauh je.


Aku rasa yg mungkin diserbu luar biasa mungkin CT je kot.Sbb dia jela aku rasa paling popular setakat nih.


Setakat ini aku tgk Jac,Hazama,FT senang je shopping...aritu nmpak kat Jusco mereka duk cari barang. Lum ada peminat agi gi serbu,smpai rimas nak shopping pun susah.

marah,pendam

3 comment(s)
Marah,pendam,marah,pendam,marah,pendam

Booom!!! Meletup

Sunday, August 7, 2011

kadang aku takut

2 comment(s)
Kadang aku takut dengan apa yg aku rasa

kesian mereka

4 comment(s)


Ko bayangkan kalau adik ko mcm nih,cari keje macam nih,dgn mintak ehsan owg lain aka minta derma.Adik ko plak tu belasan tahun agi,muda giler dan pompuan plak tu.

Eden tak sanggup,luluh hati.Even tgk peminta sedekah pun tak mampu tahan sebak.

Dahla keje sampai 10pm ke atas.Pompuan plak tu.Selamatkah mereka? Ni bandar KL wei!

Aduyai macam2.Bila baca nih teringat adik kat kg.Tak bole biar mereka jadi mcm nih.Sindiket kot agaknya. Kesian mereka kalau ya.Dipaksa agaknya.

Makin menjadi2 kan isu nih kat KL.


Jumpa Blogger(s)

5 comment(s)

Selama berblog tak pernah agi termimpi nak kuar ngn blogger2 ,adala menyimpan niat tp berakhir mcm tula.


Sehinggalah beberapa hari ni, aku kuar join mereka atau invite mereka berbuka puasa.


Bertambah agi kwn2 dan kenalan ya.

Saturday, August 6, 2011

Harap cuti tak sia2

2 comment(s)
Harap cuti rini xsia-sia

Harap arini juga, bukan ari emosi sedunia

Tak elok bulan2 posa nih

Friday, August 5, 2011

mana-mana pun idup

4 comment(s)



Abaikan tanda 'peace' si dua jari tu.

Topik kita kali ni pasal pokok nih je!

Well, serius...nak jadi mcm pokok nilah, kat mana2 pun bole idup asal ada air je.Susah nak mati.Maksudnya kat sini, kita perlula jadi mcm dia, bole adapt kat mana2 pun walau di mana kita dicampak sekalipun.

Tetap membesar ngn baik,subur dan menjalar pjg.


pernah

7 comment(s)
Pernah mengantuk tahap LADY GAGA?

:P


*Ada2 je bulan posa nih

Thursday, August 4, 2011

Rezeki Ramadhan

3 comment(s)



Hari yg BZ...bz tulun owg, xpe...syokk dapat byk ilmu.


Btw, ada good news i think.Alhamdullilah dapat...tunggu itam pute je.Syukur, rezeki Ramadhan gamaknya.


Bersiap sedia...caiyokkk!!

Dihindari

9 comment(s)


Kadang-kadang syukur pada tuhan, Dia selalu melindungi aku dari melakukan kesalahan. Kadang aku tersedar tu walau masa aku tersedar tu aku dlm keadaan tak sedap hati/ dalam keadaan pahit.

Aku tahu doa aku dimakbulkan.Selalu mohon diminta dihindari dari perkara yang tak baik.Aminn...

Dia yg maha pengasih dan penyayang.

Wednesday, August 3, 2011

simpan rapi

0 comment(s)

Mau otak ke lain...bermakna mau pk pasal menda lain.


Tak ada sape yg tau apa yg tersirat ini, tiada siapa pun.Aku simpan sorang2,hak aku kan?Simpan senyap2 dalam hati.


Bukan hal cinta,bukan hal keje, tp dia hal aku.



*Aku risau....

kejam

4 comment(s)

Kadang dalam hidup, kita tak sedar kita bole menjadi seorang yg kejam


Maka bila dah sedar tu,sedarlah ekk sebelum terlambat atau sblm menjadi makin parah



*tak sedap nasi yg dah jadi bubur tu.

Tuesday, August 2, 2011

nak dan tak nak

6 comment(s)
Bila kita nak,owg xnak

Bila kita tak nak, dia plak nak

Ujian betul!...serius hidup penuh cabaran!

puasa dan buang air besar

6 comment(s)


dulu masa kecik,masa puasa,selalu tahan diri dari gi buang air besar

Sbb apa?

rugi katanyer, penat2 mkn gi buang lak...nnti perut kosong, then tak bermaya nk harungi puasa.Sesungguhnya fakta ini auta sama sekali...

yg kita buang tu adalah najis ye adik2,bukan makanan berzat pun,xdenyer bole bg tenaga nak puasa

risau

7 comment(s)
Risau dgn sesuatu

jgn biarkan ia menular

parah nnti

Monday, August 1, 2011

petua jika sesat d'hutan

1 comment(s)




* Malu bertanya sesat jalan, tp kalau d'hutan nak tanya sape? Takkan nak tanya....? Tp xpe mereka dah d'jail selama sebulan.



Hero uncle tua beruban

0 comment(s)

Aku hangin tul (walau bulan posa) dgn uncle2 yg 'over' kat public. Saje nak tunjuk hero padahal dah beruban dah,kubur pun dah kata mari.


Bukan apa main suka dia sound2 owg, menjerit,memekik marah owg lain mintak perhatian, padahal salah masuk brg dalam plastik beg je. Tu pun nak kecoh...tak betul kuar kan balik la pakcik yg ada uban oi!


Sian owg lain yg ko marah sesedap hati tu(guna bahasa kesat giler). Smpai ilang sabar owg tu. Nasib baik dia tak guna kudrat muda dia pukul ko,ada respect agi. (ini cerita yg berlaku LIVE semalam depan mata aku kat JUSCO).


Then 1 agi tadi (berlaku sejam yg lalu)...pun sama pakcik yg dah ada uban gak, menjerit-jerit marah owg kat phone. Ko kat stesen minyak,cakap plahan2 dah ler tak pun lari ke tempat lain yg tersembunyi.


Hilang respect aku dgr...kunun hero tua rr.Kecoh giler, aku dgr pun berserabut.


Dah la owg Melayu plak tu. Even ada kedudukan pun,respect rr owg bwh pada kita.Mereka manusia gak, lepas tu ambik sikit berkat bulan puasa(bwk bersabar bole?jgn duk ikut baran syaitan ko tu?).Cur bg cth yg baik sikit kat owg2 muda mcm aku yg melihat nih.


Sabar...sabar...(nasib baik aku puasa).

1st day sahur

4 comment(s)

1st day sahur?


Makan maggi je,tetiber rindu family kat kg, kalau tak dah bole jamu macam2,kena kahwin cepatla mcm nih


ha..ha..