Monday, August 15, 2011

Jakim sahkan mentega 'Golden Churn' tak halal







Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan mentega jenama 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarahnya Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.

"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.

Beliau berkata mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.

Othman berkata perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.

Pada 19 Julai lalu Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas.

- Bernama



*Tak halal plak dah, padahal dah berkurun pakai. Then dah mula menimbulkan was-was kepada seluruh pengguna Islam.


*Cur baca komen-komen mereka kat sini



6 comment(s):

L said...

thx k.. patut disebarkan niehh..=)

sy syg awak?
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/kasih-sayang.html

Hafizin Jamil said...

habis la kilang aku..

eddy syrol said...

kek lapis tak ley guna mentega lain ke?huhuhu..tp tak pernha beli pun yg ini..confirm..

REVIEW SAHABAT RAMADHAN

ini blog eddy syrol

::FAIZ:: said...

kenapa baru bgtau tak halal... sedangkan dah bertahun di jual kat pasaran....

bukankosong said...

L : patut kot? entahla..aritu simply siti yg kena,tp salah fakta..tak taula

H.J: habat mung dah kilang? :p

Eddy: entahla...tp ramai kata mentega nih sedap even kat Jusco pun antara top selling

bukankosong said...

Faiz: tu la, aku pun tak pueh hati.Sedangkan ia dah femes, walhal aritu aku siap beli agi kek lapis kat Kuching