Friday, August 31, 2012

rokok legend

20 comment(s)




femes lagi ke skrg?

kat bandar nih takde la, tp kalau kat kampung ada lagi kot

pernah lepak kedai kopi ceruk kg, ada atuk atuk masih hisap lagi

even terselit Dunhill celah telinga tapi tetap menyinga cari rokok daun gak



nih kira antara rokok legend rr kat Malaysia

safety memang tak seberapa, tp feel dia bole tahan

even aku bukan smoker ( antara sbb duit jimat ) tp pernah merasa rokok daun ketika masih kecil dulu



saje bebudak rite? suma menda nak try

lepas perkena, batuk tak henggat

hoho, antara moment kanak-kanak yg tak bole dijual beli




Thursday, August 30, 2012

merdeka kita

10 comment(s)


oh, esok kita Merdeka dah, ke-55 tahun,janji ditepati

hoho,janji ditepati ye?



btw besela anak muda, takdela sangat nak menghayati erti kemerdekaan nih

melainkan berfoya-foya di malam cuti, sewonok hang up ngn kawan kawan,cuci mata,cuci hati katanya




owg tua is better bab bab semacam ini

maklumla mereka melalui sendiri saat pahit getir itu

paling tak bole lupa time lawan komunis

nenek aku pernah crita, masa dia kecik, takut-takut dia duk dalam rumah, bila terdengar tembakkan kat luar



aku tak berapa reti sangat nak olah crita perihal kemerdekaan 

sek baik subjek sejarah time belajar dulu banyak membantu aku kenal asal usul negara

apatah lagi media cetak & elektronik skrg nih rancak bab bab nak promo perihal kemerdekaan negara



actually gua bangga jadi anak Malaysia

sampai saat ini Malaysia aman, syukur


beza

14 comment(s)





beza dulu dan skrg

bukan tang hset je, barang-barang lain pun sama

sbb tu mutu barang masa kini cepat rosak



because of cost gamaknya


orang tua sekarang nih

15 comment(s)


kawan aku datang kat aku

' shid aku rasa, lately aku dah tak boleh tahan, rasa macam kesabaran aku dah kurang, customer nih boleh tahan kurang ajarnya. Nak nak orang tua, pakcik tua & makcik tua yg perasan hebat '

' kita cakap baik-baik dia kasar plak, bangga sangat mereka makan garam dulu, so anak muda macam aku nih dianggapnya selekeh '



sambung kawan aku lagi...

' agaknya sebab ni lah anak muda zaman sekarang kurang hormat owg tua kot ? '



cam mana?

kan kawan aku dah kuar statement cam tu

ada benarnya kata beliau, kerana adala a few times aku pernah terkena

sindir yg tak tahan tu, terang-terangan lagi

sek baik kami nih cepat bertapak ke dunia nyata dan mencuba menghormati kehendak mereka



demn!



Wednesday, August 29, 2012

cinta monyet

21 comment(s)



terlihat kelibat dua remaja lelaki

atau mungkin juga remaja yg baru muda muda jagung

ponteng sekolah kot mereka walhal hari selasa adalah hari bersekolah

( peristiwa berlaku semalam )



mereka ke service kaunter Aeon Au2,Keramat dulu dipanggil Jusco Au2,Keramat

kaunter wrapping hadiah tu

dua jejaka kononnya macho setahun jagung membawa teddy bear pink sederhana besar untuk dibalut 



aku pandang, dalam hati   ' ceh! '


Monday, August 27, 2012

Tips untuk membaiki tandas tersumbat

18 comment(s)




Tandas (tempat mandi) tersumbat memang selalu memeningkan. Bila dah tersumbat, airnya jadi melimpah. Waktu mandi, air bertakung bagaikan kolam sebab lambat benar alirannya keluar. Kalau panggil tukang paip memang paling murah pun akan dikenakan bayaran RM50. (Berdasarkan pengalaman sendiri). 



Rasanya kat rumah aku sebelum ini, memang sudah beberapa kali jugalah aku terpaksa panggil tukang paip untuk masalah tandas tersumbat ini. (Selepas usaha memperbaiki sendiri gagal). Tapi sejak mengetahui tips ini, tandas tersumbat bukan lagi masalah buat kami.



Emak memang tidak bersekolah tinggi. Tapi pengamatannya cukup tinggi. Hanya melihat bagaimana tukang paip menyelelesaikan masalah, emak sudah dapat bayangan bagaimana mahu membuatnya sendiri. 



Bila panggil tukang paip, selalunya  mereka menggunakan peralatan khas seperti mesin tekanan tinggi. Ada juga yang menggunakan gumpalan kain. Jadi emak ambil idea dari gumpalan kain tu menggunakan alatan yang ada di rumah. 



Alhamdulillah, caranya cukup berkesan. Maka, tanpa tukang paip yang dikenakan bayaran, tandas tersumbat mampu kami tangani sendiri dengan hanya menggunakan mop yang kita gunakan untup mengelap lantai. (Mop yang conventional tu yer. Mop yang canggih-canggih aku tak pasti berhasil atau tidak.



Caranya :


1. Masukkan separuh gumpalan kain mop itu ke dalam saliran tandas sehingga padat. Separuh bahagian lagi kita biarkan menutupi drain tandas itu. Pastikan tiada langsung lubang udara. (Cover toilet drain tu perlu di buka dulu yer).



2. Kemudian, seperti cara mengepam, kita pam mop itu beberapa kali. Untuk pam yang mula-mula tu, memang kotoran akan naik balik keluar dan menjadikan air semakin bertakung. Makanya kita kena buat beberapa kali. Keluarkan kain mop itu,  masukkan kembali dan pam lagi.



3. Ulang beberapa kali. Selalunya aku buat sehingga terasa, sedutan kuat dari bawah yang menarik air-air dan kain mop itu. (Ada masanya bila tarikan dari bawah kuat, memang akan mengeluarkan bunyi). Bila sedutan kuat, air yang bertakung akan mengalir laju dan kotoran tersumbat akan tertarik sekali. Masalah tandas tersumbat akan selesai selepas itu.



Bagi yang mempunyai masalah tandas tersumbat bolehlah mencuba cara ini bila pam hitam yang kita gunakan masih tidak berhasil. Pagi tadi aku tersenyum sendiri bila cara ini berhasil lagi. Itu yang terasa nak berkongsi di sini. Harap-harap cara ini dapat digunapakai oleh orang yang mempunyai masalah yang sama. Selamat mencuba.




* ayat dan segalanya diCOPY 100% dari   ' link ' 

 petua nih dishare sbb aku dah kena wei harini, haram jadah busuk 1 toilet, demn! tp lepas mengamalkannya, Alhamdulillah success!  


Sunday, August 26, 2012

balik kerja

13 comment(s)


pejam celik pejam celik, dah nak habis cuti dah

esok dah start keje balik, sama mcm org lain atau mungkin kengkorang dah start keje pun



lama berehat sangat best, apatah lagi tahap bermalasan tersangatla heaven

buat sesuka hati & tak perlu pikir akan hal kerja yg kadang membebankan



tp bila lama cuti sangat, rindu plak nak masuk keje

ni lah hakikat hidup, untuk anak-anak perantau macam kami sehinggalah masing2 pencen kot

sewonok itu ada tp terkadang kalau lama sangat dengan menda/ rutin yg sama , macam ni lah

mendung je rasa



pepun hidup kena proceed

just terjah hari-hari dengan syukur & kegembiraan itu sudah memadai


Saturday, August 25, 2012

series & perempuan

14 comment(s)


cuti banyak dihabiskan dengan bertapa dalam bilik

kira berehat habisla, nama pun cuti kan

even ada jemputan open house pun, aku malas nak kuar 

just duk umah (kg) layan diri, layan series korea



mak aih, ketagih ok nak habiskan berpuluh episode yg mana setiap perjalanan cerita super owsen!



masa layan series tu baru aku perasan

setiap cerita yg aku layan ( korean series ) mesti yg pompuan dulu jatuh cinta kat si lelaki

even kalau confession pun, pompuan yg start dulu, itu trend mereka kot

macam perigi cari timba plak aku tengok



btw zaman skrg, mungkin serba sedikit dah berubah

kaum hawa pun dah mula berani meluahkan rasa pada si Adam

nak nak kalau si Adam yg lembab nak bukak langkah



namun budaya kita, masih menganggap perkara ini agak serius

sbb tu ramai gadis melayu sekadar memendam rasa sahaja

mungkin mereka menjaga maruah, adat tatasusila mereka

even kalau aku pun, mau cari pompuan yg pemalu, yang jangan gopoh sgt



pandai2 la ia terjadi

dah nama jodoh rite? Tp terpulangla pada pendapat masing-masing

ramai yg kata ni zaman moden dah, apa pun bule jadi



Friday, August 24, 2012

pemerhati #2

4 comment(s)



apasal lagu penutup boboyboy lemah semacam je?

tempo lembab tapi lirik kemain bersemangat

menghacurkan lagu & mood macam tuh



sek baik lagu opening mantap

siap adik aku hafal lagi

sebijik sebijik kuar dari mulut dia

kagum aku



macam biasa aku cuma pemerhati


Thursday, August 23, 2012

syurganya kat sini

6 comment(s)




lepas makan dan terus tertidur

tabiat yg paling pantang bagi aku



tapi kat kampung aku buat

oh syurganya kat sini



Wednesday, August 22, 2012

pemerhati

8 comment(s)


gila heaven kat kampung nih

suma tahap bermalasan

tidur,makan,tgk tv,jalan-jalan, usha sana usha sini



tgk telatah celoteh bebudak

aku happy

sejak jadi org tua nih byk jadi pemerhati





Tuesday, August 21, 2012

Bercuti

6 comment(s)
Org lain lama dah start cuti

Aku plak baru nak bercuti

InsyaAllah balik kg mlm nih



Mcm biasa mau berehat semahu mungkin

Penat dah kumpul duit raya utk adik2 & family

Walau raya dah berlalu beberapa hari

Tp feel masih ada



Btw aku dapat rasa medium blogging sunyi jab lately

Mungkin masing2 balik kg dan bercuti merai raya sakan

Atau mungkin juga internet xde line kat kg maka nak update blog pun susah



Mcm aku nnti lah, dulu pakai broadband ok lagi, ble update blog walau line cam siput sedut

Tp nnti tak bole dah rr, sbb pakai P1 tuh, tak mau la angkut balik kg

Bag nak muat pakaian je

Bwk plak seketul bag je

Nnti update pun pakai iphone



Oklah, to all yg masih bercuti harap apy apy lah ye

Mana yg nak start keje balik tuh, selamat bekerja, turn sy plak nak berehat-rehat

Chow!


Sunday, August 19, 2012

aku yang salah sangka ke?

11 comment(s)



peristiwa berlaku tadi, malam raya pertama Aidilfitri

seorang perempuan, bertudung ala ct, berbaju kurung

sopan la gak, mcm makcik makcik

terlihat aku beliau membeli sesuatu, makanan untuk pet nya kot



1 kg makanan anjing jenama Alpo di tangannya

sebelah lagi makanan kucing dua tin

aku memang tahu makanan anjing tu ada diskaun 50%



tp 1st impression aku untuk beliau fail sekejab ye

dia pelihara anjing ke?



lama termenung, aku terpikir, mungkin kucing kucingnya jugak makan makanan anjing kot

apatah lagi makanan anjing tu murah, ada diskaun 50%

oh?




salam Aidilftri

12 comment(s)






akhirnya tiba saat dan ketika

umat muslim meraikan kemenangan setelah menahan lapar nafsu di bulan mulia Ramadhan



harap amalan diterima, aminnn...

sempena Aidilfitri yg menjelma, ku menyusun sepuluh jari memohon maaf andai tersalah silap, terkasar bahasa ketika menulis entry dan komen komen kat blog anda

andai ada yg mengenali saya, maaf zahir batin diucapkan jua



untuk rakan-rakan rapat blogger Asrul, Ri, Adam, Miss Dilla, Shin, Anasyg,Jiwa perempuan gila, Fel,Nuke, en Malay male,Aneff,Nizamsani,Yana,Hidney,en picture of me, syuk, en lelaki ini,en behind the hazel, en hapacrita,en muka pokok, joey,hafiz,en belated,cik .F.H,cik rongoks,lelaki semalam,smbotak,cresent,nizam, miss klanika,whitecapucino,khaifaiz,leakedknowleadge,en clumsy boy dan ramai lagi yg tak mampu saya hilite dekat sini



saya menghargai kunjungan anda & memeriahkan blog yg bese bese je nih



salam Aidilfitri kawan-kawan




Saturday, August 18, 2012

[MTV] Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza - Muara Hati (OST Adam & Hawa)

2 comment(s)





bila dua muara bertemu

dua hati bersatu, namun pada insan yg tepat

anda bahagia



cam sedih plak dengar lagu ini

di kala sahur terakhir untuk Ramadhan kali ini

InsyaAllah bertemu kembali



garangnya orang kita

12 comment(s)


serius org Malaysia nih garang

asal gaduh je meninggi suara, padahal langgar bahu je ( ego orang kita tinggi menggunung )

suara menengking kalau boleh nak terkeluar anak tekak, over nak bagitau serata alam bahawa dia marah



kalau kat trafik light, lambat sikit je, sikit je la atau satu saat je lambat terus dah kena hon

gila tak penyabar

usah disebut langgar lampu isyarat, org lain warna kuning memperlahankan kenderaan

tapi kat Malaysia adalah melajukan kenderaan

can ne tu?


Friday, August 17, 2012

selamat hari raya ajelahhh...

13 comment(s)


isu peribadi aku makin tak berani nak ulas sangat kat sini

takut menyakiti mana-mana pihak

kadang biasala, salah susun ayat akan tersinggung nanti

manusia nih boleh paham byk maksud bila baca sesuatu ayat

subjektif katanya



memang benar sebelum ini aku marah sangat kat seseorang nih sbb beliau jahatla

awal awal kemain

pahtuh taik, taik ayam

lain kali kalau tak kota apa yg dikata, baik tak yah!



kesian kat orang tu

lain kali fikir dulu perasaan owg tuh

sbb tulah aku stop kan aje



mmg aku steady, memang aku kata ok

tapi kat dalam makan banyak boleh tahan gak

aku nak sangat menda tuh kena kat ko balik, baru padam ngn muka



demn!

kan terluah, kat blog nih memang dasat

pepun sempena bulan baik nih, aku maafkan aje

bagi aku semua org buat silap, mungkin aku atau ko pun sama

maka aku maafkan aje, dan jua aku susun 10 jari kat ko if aku ada silap gak



selamat hari raya ajelahhh...


Thursday, August 16, 2012

no. 2

13 comment(s)


sebelum bercuti raya

akan ada time busy yg amat

penat yg amat



pejam celik hanya kerja

sudah lali dengan minggu-minggu akhir raya nih

harap semuanya baik



dan harap aku enjoy dengan suasana kerja nanti

semacam kini raya ditolak ke no. 2



senapang anggur

9 comment(s)



kira 'otai '  la sape yg dapat bina menda nih masa zaman bebudak dulu

budak skrg beli yg dah siap

semua segera ye



antara permainan kampung yg super owsem!

memori yg tak bole di jual beli


Wednesday, August 15, 2012

penangan FB

19 comment(s)


skrg semua menda di 'link' an dekat FB

kayanya pencipta FB tuh



kalau perasan program TV, iklan, website promo even nak jual kuih pun empunyer owner ada FB untuk dipromo kat situ

FB dah seiring sejalan mcm email

silap haribulan takde email pun tak pe

btw tak payah sebutla pasal cari kawan & jodoh segala tuh



sbb tu kalau tanya kawan yang jawabnya tiada facebook

kita tercegil bijik mata,terkejut

'ko masih duk zaman batu ke?' 

'duk gua mana wei?'



sentap tau untuk yang tinggal kat gua musang tuh





legalah aku

18 comment(s)



fuhhh! lega

ada lagi tiket bas rupanya

boleh tahan gak gabra aku

maklumla tiket balik ke kampung halaman tercinta untuk beraya tak beli beli lagi nih



entah nasib baik macam mana

pergi satu kaunter bas tu terus dapat tiket

rezeki nampaknya



actually aku dah terbayang beraya kat KL nih tanpa sesiapa pun

hanya mungkin ditemani jiran-jiran cina

bersama anjing-anjing beliau

oh tidak mau la aku



semua, jumpa kat Kelantan nanti ye






Tuesday, August 14, 2012

persoalan

12 comment(s)


ada satu satu ketika tu, aku rasa insecure sangat, rasa macam tak berguna plak

mungkin perasaan je kot



masa tu rasa malas nak jumpa orang

rasa nak duk umah je atau just pegi kerja & buat hal sendiri

malas nak layan pelbagai persoalan yg orang lain lontarkan

soalan typikal yg kononnya nak berbahasa-bahasa tu



mereka apa tau

apa yg kita lalui



tapi pahamla, sifat ingin tahu manusia nih macam-macam

nak nak aku yg jenis jarang balik kampung nih

huh!





Monday, August 13, 2012

poster gambar bos

6 comment(s)


kat tempat keje, mcm biasa dah nama office kan

maka ada gambar-gambar atau tulisan tulisan yg mana sharing is caring yg ditampal pada information board



kalau information pasal keje, ramai aku tahu yg berhenti baca

kalau cerita-cerita pilihan pun ada gigih yg baca,penuh berkerumun

tp kalau tang gambar, yg tak baiknya diconteng-conteng plak



nak nak kalau gambar itu ditampal di tempat-tempat sembunyi yg tiada cctv

maka ada yg berani menoreh, menconteng & menambah itu ini

tak taula tanda benci ke? tanda syg ke? hobi mereka ke? atau ada melaung bengong yg mmg vandalisme  nyer person



ada a few gambar my bos aku perasan, diconteng baik, ditoreh atau dipangkah

1st impression aku, boleh tahan ada yg benci beliau

kat depan hormat, tp kat belakang sebaliknya plak



aku baru tau sape yg pangkah,conteng gambar bos aku hari tu

member aku buat pengakuan, dia yg buat tanda benci yg amat

aduh!



hidup ini mmg begini, bukan semua suka kita walau baik mcm mana pun kita

ada je yg tak kena

apatah lagi bos yg berat sebelah atau pilih bulu, benci bencinya tahap gaban lah oleh staff-staff nya






baju yg sama

20 comment(s)


bila aku naik atas kat bahagian pakaian kat area tempat kerja aku

aku perasan berlambak-lambak baju yg sama ( yg mau dijual ) dengan kaler & patern yg sama, cuma mcm biasala saiz yg berbeza



tp anehnya kat dunia nih, jarang kita bertembung dengan orang yg memakai baju yg sama dengan kita pada waktu yg sama

atau kalau tak bernasib baik sangat pada event yg sama

kaler sama, patern sama & sejibik la, busuk busuk pun hanya saiz aje yg berbeza



so far aku pernah terjumpa, ada beberapa org hamba Allah memakai baju yg mana koleksi baju tu ada pada aku

tapi bernasib sikit sbb aku tak pakai baju itu pada ketika itu

kalau tak 'malu' wei



nampak sangatkan umat manusia nih ramai

sampai baju sama patern & kaler jarang kita nampak yg mana kita sama-sama pakai

tp tak sah compare plak dengan jersey Malaysia, football club atau apa-apa jela yg mana femes femes tu

tu lain , tu menunjukkan die hard fan nya kita pada sesuatu club atau negara



lagipun aku atau sape sape pun dah tak heran dah kalau nengok mamat pakai jersey Malaysia yg sama kaler, patern & saiz pada waktu atau event yg sama





Sunday, August 12, 2012

encik blogger baik bagi kita header

21 comment(s)


Alhamdulillah bulan bulan puasa nih

ada gak rezeki ye?



memandangkan gua mmg tak reti nak buat header, kalau ada pun sebelum ni memang memalukan

entah mcm mana ada  encik blogger baik  offer kita dan bagi kita header baru

ni gara-gara komen entry beliau pasal header hari tu



sblm nih cik dilla bagi kita drawing chumil kucing, yg kat bawah tu

bawah ARKIB bukankosong tu

baik baik sungguh mereka, free plak tuh, tak mampu nak membalas jasa kalian



oh ya sila tengok kat atas

ok tak? gila superb! aku kalau buat nanti InsyaAllah hancur, maka bagi kat si berpengalaman buat



sambil sambil itu pergila jugak jenguk blog beliau, blog beliau lagi super bersih & simple dari blog aku

entry beliau banyak dari jenis berkias & bersifat personal

sekali agi me kasih daun keladi  encik blogger baik



ada certain part

9 comment(s)


ada certain part aku rasa sangat bosan sbb buat rutin yg sama

ada certain part aku rasa sangat bangga sbb aku punyai ia

ada certain part aku ngeluh aje sbb mcm tu aje jadiannya ye

ada certain part aku redha aje sbb itu je la rezeki yg aku terima



tp penutupnya, aku menerima pemberian dengan syukur sbb tanpa itu semua hidup ku jua tetap tak bermakna



* tengah risau tiket balik kampung selepas raya tak beli lagi ni...hurmmm



Saturday, August 11, 2012

busy

13 comment(s)


untungla korang busy shopping

saya busy keje je

ape pun slmat membeli belah lah ye



jgn ikut nafsu, tapi ikut keperluan

kita tak tau duit yg kita guna untuk yg tak sepatutnya tu sebenarnya berguna di kala yg perlu

gitu ~



Friday, August 10, 2012

dalam duk sibuk

14 comment(s)

dlm korang duk sibuk shopping itu ini, aku pulak duk sibuk kerja itu ini semata nak penuhi permintaan kamu kamu untuk hari raya nanti

begini lah ya musim sales untuk raya, untuk minggu terakhir nih kami pulun habis habisan



kerja semacam retail nih memang seronoklah

kadang tak yah excersise kat umah, kat tempat keje dah cukup harakahnya berjalan sana sini bagai buat berjoging satu padang

btw dlm busy itu, biasala ada yang tak kena

selain perihal pelanggan yg banyak dah aku pot pet pot pet kat sini

staff juga boleh tahan dua kali limanya

ada yg emo, ada yang unprofessional, ada yg curi tulang dan ada yg pentingkan diri sendiri



hurrmmm

redha jugak aku kadang-kadang dengan manusia semacam ini

masing-masing kadang mahu pergunakan masing-masing

aku malas nk berinvolve dengan mereka

sekadar melihat dari jauh aje ( nak menegur ada yg berpangkat lagi besar dari aku )



moga aku tak terkena 

kadang geram gak dengan mereka, busuk-busuk cikai cikai kena gak kat aku

nak juga melibatkan org lain

actually aku dah cukup penat dengan mereka

tp redha dalam belajar supaya next next time aku dah lali



Thursday, August 9, 2012

biar

4 comment(s)


ada certain menda kadang-kadang membosankan

kena cari kehebatannya kat mana

biar aku teruja & biar org lain jeles!



Wednesday, August 8, 2012

aiskrim 'pong'

16 comment(s)



semenjak dua menjak bulan puasa nih, aku suka bercerita perihal makanan

semuanya kegilaan aku atau mungkin juga menjadi pilihan korang 



ni kalau kat Kelantan aiskrim ni dinamakan aiskrim 'pong'

aiskrim murah yg byk warna,tp kat sini tak sure namanya apa

sedap bila dihisap time time matahari tegak kat kepala

nikmat wei



rasanya masih ada dijual lagi

masih macam dulu, macam-macam warna bak warna pelangi

tp kalau makan byk tak elok gak, perisa tambahan boleh tahan yg boleh memudaratkan diri



aiskrim yg antaranya penuh nostalgia ini lebih dikenali di zaman 90an dulu berbanding skrg

mungkin kanak-kanak masa kini lebih mengemari aiskrim scoop especially B&R,aiskrim orang kaya tuh


back to Korea

25 comment(s)

lama tak layan series Korea

dulu sgt obses ngn my girl

kini tengah melayan balik



sape bukan pengemar mmg tak tau apa-apa

takkan nak layan crita hindustan yg bg aku konsep mcm tu je la kot

tak de nyanyi-nyanyi tak sah

lainla Glee kan



tp series Korea 2x5 gak

ada part boleh predict

selalunya plot cerita;

1.)  lelaki mesti kaya
                                                                 
2.) pompuan miskin & suka makan
                                
3.) ada seorang lelaki nak kat heroin, tp heroin hanya nak kat hero
                              
4.) juga ada si gadis nak kat hero tp hero tak mau sbb dah beralih arah cinta ke heroin

5.) mesti si gadis akan kenakan heroin, cemburu
                                 
6.) byk lagu-lagu latar best
                                 
7.) selalunya si hero / heroin berangan, kononnya jadi james bond or what ever
                                 
8.) byk latar berlaku kat tempat sama je, kedai mkn, office etc
                                
9.) tak de adegan slow motion mcm crita Indon tuh, tp bercakap sendiri adala
                           
10.) sekor sekor pakai hset jenama lebih kurang sama je



serius, ko layanla, apa aku kata nih betul

sanggup potong jari


Tuesday, August 7, 2012

salah sangka

13 comment(s)

1045pm, lokasi: tempat jual pirate dvd sri permaisuri (selepas membeli metallica album)

Me: bos..ni metallica cd xboleh main

Apek dvd: xpela..u kasi angkat lain punya..tapi metallica sudah abis..itu backstreet boys ada

Me: pfffttttt




beliau mmg begitu

14 comment(s)

ada seorang nih tak pernah berubah

atau tak taula beliau mmg begitu



beliau seorang perempuan

kalau tgk dari mata kasar, beliau seorang yg tabah, hebat & detail orgnya



tp cur tgk dekat dekat

nauzubillah, touchingnya tuhan aje yg tahu

bayangkan tak call pun jadi isu, sedangkan aku call mak ayah aku pun boleh bilang ngn jari

kawan aku plak tak berkesempatan nak pergi majlis kahwin adiknya

smpai skrg tak mau ditegur layannya



pikir 2 tiga kali, kami dah immune

sek baik beliau bukan awek aku atau adik beradik aku

kalau tak lama dah aku terajang



* beliau sgt dahagakan perhatian, namun mengenangkan beliau baik dan byk menolong org,aku maafkan


coretan

6 comment(s)




mcm mcm, tgkla...durian pun dah tumbuh kat bawah

senang keje aku



namun pejam celik pejam celik dah half bulan puasa dah

nnti raya plak nak muncul

aku dah tua, mood mood raya tu adanya bila perlu je

rasanya tahun ini tak beli baju raya kot

lainla kalau dapat durian runtuh, owg bg atau harga murah bawah RM50 sepasang baru aku beli (serius aku dah jumpa)

tp entah mcm ana, byk aku tak berkenan



buat apa beli yg kita tak berkenan , ye dak? walau harga melampau murah

kang nyesal, lagipun zaman skrg sbb duit ramai yg emo memanjang



semalam aku bersembang dengan member tempat keje, terkejut aku

katanya perbelanjaan dia monthly adalah 2 kali ganda gajinya sebulan

glurrp! 

zaman millinium nih, mcm-mcm bole jadi



Monday, August 6, 2012

terasing

19 comment(s)



sesungguhnya aku tidak mahu asing di bumi sendiri

di kalangan teman-teman

di hadapan yg tersyg

di perjalanan hari serta tidak mahu asing dibuang-buang tanpa erti



aku cakap macam nih, sbb adakalanya kita merasa kita sendiri

seperti dibuang dengan kejam

mungkin kadang walhal itu perasaan je, tp ada ketika ianya berlaku tanpa sedar



dulu masa 1st sem kat universiti, aku pernah merasa seperti itu

ada teman sekadar berkawan untuk menjaga hati, fake sungguh rasanya mereka dengan aku

silap masa itu aku tau, sbb perangai aku sungguh mengada di benci sbb sensitif tak tentu hala



bila fikir balik, bodohnya...kadang certain menda aku patut let go je

gurauan kawan-kawan, tau adakalanya kasar tp sebenarnya aku perlu bijak kawal keadaan je



namun setiap hari yg dilalui buat kita belajar banyak menda, macam mana untuk diterima masyarakat serta sekeliling

supaya tak terasa terasing lagi

kadang perawakkan kita yg baik, sopan, ikhlas, tak sombong & lucu, buat sekeliling senang dengan kita

masa ini kumpul lah seramai mungkin kawan-kawan atau sesiapa yg ok dengan kita

mmg tak semua yg boleh masuk atau ngam tapi at least kita ada seseorang untuk berbual bicara



rencah kehidupan mmg begini

supaya kita tak terasing lagi di bumi sendiri

haram tol!

19 comment(s)

ceh, dtg lagi melaun nih!

hari tuh kemain complain itu ini, service kami tak bagus la, itu ini lah mcm ko perfect mcm nabi

alih-alih datang supin lagi

gi la berambus shopping tempat lain yg ko rasa bagus sgt tuh!

atau buat kedai sendiri



yg hanginnya, asal je ada mistake kena kat barang dia

customer lain yg baik budi bahasanya tak kena lak

agaknya sbb dia busuk hati tu kot, cepat kena masalah kat dia



so alih-alih aku entertain gak tadi

muka aku dah merah padam

siot tul jawapan dia, tak nak mengalah gak nih

aku baik-baik je cakap, yg ko tetiba hangin pe sal?

menda boleh settle semudah seminit 123



customer kat sebelah pun geleng2 kepala tgk perangai ko yg mengalahkan mak datin

mmg dasar owg tak kerja customer service mcm ni lah 

xde adab! aku hangin kenapa, sbb dia since awal takleh nak cakap elok2

cur cakap elok-elok sikit

penat siti Nurhaliza duk nyanyi kompang kat Aeon budi bahasa budaya kita

even setiap setengah jam plak tuh



aduii...

sabar tul aku tadi, sumpah malas nak entertain makhluk perasan vouge nih lagi!

rasa mcm nak jumpa luar aku siat-siat je mulut tak reti bahasa tuh

tolongla cakap elok-elok, bulan puasa nih cik kak oi! takde respect langsung!



even laki ko pun reti duk diam

nih ko mcm tutttttt!!!



* marah gila aku tadi,hampir-hampir hilang kesabaran, dahla owg ramai, tolongla bagi kerjasama, menda kecik je lahanat hoi! demn!

aku perasan bulan-bulan puasa nih ramai yg mengamuk ( aka Period pain! ) especially Melayu, aku tak taula nape? Lapar kot!


Sunday, August 5, 2012

jantung nak terkeluar

24 comment(s)

aduii

bab bab berdebar nih aku tak leh nak tanggung, nak nak yang melibatkan maruah bangsa & negara

sbb tu aku off tv, tak mau tgk, nnti kan layan, jantung aku tak reti-reti nak stop pam darah

maklumla beliau harapan negara untuk menang emas

jiran sebelah umah aku nih kecoh giler dengan sorakkan, pysco giler dengar



namun syg seribu kali syg

masih lagi tak memihak pada kita,Malaysia

walau perak dalam tangan, tp manisnya emas siapa yg tahu ( B&R free ok! )



aku mcm ni lah, no way layan TV kalau bab bab game

nak nak yg close ngn aku

even kelantan lawan bola aku pun tak sanggup nak nengok

just tau dari FB, kawan bgtau atau dari berita je



kadang tak sanggup nak terima kenyataan kekalahan

tp kemenangan tu lain cerita la

namun Datuk Lee Chong Wei dah buat yg terbaik

beliau bg yg sengit punyer, tercunggap gak mamat Lin Dan tuh

bangga dengan beliau sbb ohsem sampai ke tahap itu



Go Malaysia Go!


alasan je

13 comment(s)

aku ada baca satu keratan akhbar tu

pasal puasa, 

sesetengah tempat/negara bayangkan diaowg terpaksa berpuasa selama 20 jam gara-gara siang lebih lama dari malam

jarak untuk berbuka puasa dan sahur pula tak lama, selang 4 jam je



tak ke telan air liur bila dengar tu

at least kita kat Malaysia ni fleksibel, hanya berpuasa lebih kurang 12 jam je

tu pun ada yg kantoi



tadi aku tanya seorang staff aku

''asal ko tak puasa?''

jawabnya '' ala encik, lupa bangun sahur tadi"



terkedu aku, lupa bangun sahur je?

terus diguna pakai alasan utk tak puasa

padahal sahur tu hukumnya sunat je



dulu

14 comment(s)

ada sesuatu menda yg berlaku

yg kita redha dengan kehendak Nya


walau pahit, walau manis

terima syukur seadanya


dulu aku dendam dengannya, sbb buat aku macam nih

tp kini redha, ada hikmah kot

lagi pun masing-masing telah bahagia


Saturday, August 4, 2012

Gambaran

10 comment(s)
Tadi aku ada bertanya seseorang, si polan nih kat ner? Nak jumpa dia tp tak kenal, muka pun tak pernah tengok



Dan orang yg aku tanya itu mengambarkan si polan tersebut sbb 1st time kan aku nk jumpa dia



Dasat sungguh gambaran beliau, dia nih mcm ni la, gemuk la, jln hencok la, muka ada parut jerawat la



Asalnya dia xplain owg tu tinggi & pakai baju merah, tp sbb ramai sgt kt sini berbaju merah & tinggi, aku dah start kerut dahi


So mulala dia gambarkan keburukkan org tu, sbb senang diingat & jumpa. Agaknya empunyer bdn tu klau dgr mesti kecik hati. Tukang bgtau tak bermaksud pun actually nk menyebut,cuma klau xplain secara kasar susah aku nk cari



Agaknya mcm ni lah kot culture kita,klau ada sesiapa bertanyakan org& jawapan more to kekurangan owg tu. Senang nk cari tp gambaran tu menusuk la


Budaya mcm nih patut dibuang, byk lagi cara nk gambarkan org itu, rasanya dari side positif, better kita menggambarkn melalui position, department atau lagi senang bg je no. Phone


Dosa kurang & kita akan ingat yg baik je pasal owg tu

Friday, August 3, 2012

excited

6 comment(s)

kadang tak pernah terpikir mempunyai anak saudara sendiri

anak sendiri apatah lagi

mungkin sbb adik beradik ramai dengan kedatangan org baru tak terasa sangat



tp bila adik-adik dah besar, masing-masing dah sekolah,kerja & berumah tangga

serta mak ayah aku tak tambah zuriat lagi

tetiba dapat anak saudara nih, buat rasa lain mcm plak

excited tetiba sbb aku bergelar pakcik

untuk kali ke-2



Nur Alia Soffia namanya

orang biasa

9 comment(s)

Kadang seronok jadi org biasa

tak perlu jadi yg pertama, kedua atau ketiga



boleh naik LRT sesuka masa, boleh tahan bas bila-bila masa

boleh buat itu ini ikut nafsu saje

boleh aply keje apa-apa je ( tp ikut kelulusan la, sedar diri )



jalan tanpa dilihat

jalan tanpa menyamar

hidup bebas macam burung tanpa buruan lensa



hobi aku tengok movie, senang tanpa bodyguard

karoake kat mana-mana tak perlu private place



seronok ke jadi Siti Nurhaliza?

seronok ke jadi Tom Cruise?



mereka popular, duit banyak tapi tak bebas macam org biasa

dog

8 comment(s)

rasanya aku dah lali dengan anjing anjing nih

dulu zaman kanak-kanak masa kat Kelantan

kalau tengok anjing adalah sesuatu yg aneh

jakun tul



maklumla jarang tengok,selalu tengok kat TV aje

kalau ada pun kat area Kota Bharu sebab banyak kawasan org cina

tu pun kalau jumpa melilau lari, maklumla uztaz & ustazah dah pesan kalau tersentuh anjing kena samak

masa tu nak buat samak tak reti, leceh nak rujuk buku



skrg nih duk KL, jalan sikit dah nampak anjing

area umah aku duduk skrg paling banyak, jiran-jiran pun pelihara relaks aje

kalau anjing lalu sebelah tu dah biasa sgt, mcm kucing lalu nak gesel gesel

tp kalau anjing liar mereka takut nak dekat manusia nih

kalau yg dipelihara melalak aje semacam, over macam aku nak rompak rumah tuannya aje



setakat ini takde tersentuh anjing lagi

walau hari-hari terdengar suara mereka dan mereka merata tempat rumah aku

namun aku masih rasa selamat menetap area sini

anjing pun tau hormati org Islam macam jiran-jiran aku jugak


pukul

8 comment(s)



'' sape cute? aku ke dia?! cakap?! ''



actually aku nak cerita sikit kat sini, aku pernah ternampak depan mata,live!

lelaki pukul lelaki sampai berdarah duh, thrill giler ( kalau lelaki pukul pompuan atau pompuan gaduh tarik rambut, tu version lembut sikit )

selalu nengok dalam TV, kini depan mata

tetiba aku loya, maklumla masa tu sengit sangat

hampir2 dah tak macho dah wei



aku tak sangka, aku tak boleh dengan darah, penat jadi sains student

sek baik pernah bedah haiwan je, kalau bedah manusia, tak ke pengsan

buat malu aje!



btw insident nih berlaku lepas kami ramai-ramai habis karoake beberapa tahun lalu 

( basi dah, baru nak crita )

giler mamat tu dipukul lunyai

aku ngn geng, gila tak berani nak dekat sbb ada yg berkayu dan besi segala



owg sekeliling pun sama nengok

menikmati version pukul memukul ala filem live

laju aje darah mengalir dari muka mamat tu

ala-ala tersimbah merah mcm background blog  jiwa perempuan gila



then lepas tu polis dtg

lama gak kami berdiri tengok, kalau ada popcorn lama dah habis


Thursday, August 2, 2012

kenapa '' 5 tahun '' ?

12 comment(s)

ada yg tanya

''nape 5 tahun? lamanya... takde cari keje lain ke?''

''walhal ada degree mcm aku?'' kata mereka dengan sebelah mata



mcm la aku keje makan gaji diploma

aku senyumkan aje, dalam hati bertapa mereka memandang rendah keje yg aku jawat sekarang

diagungkan mereka keje keje goverment itu

persetankan semua itu kerana aku lebih senang dengan kerja dan jawatan yg aku jawat skrg

rasanya setakat ini boleh dibilang ngn jari aku bawa balik kerja ke rumah

atau tertekan atau kebosanan dengan kerja aku

apatah lagi setiap hari aku lalui dengan pengalaman baru yg pelbagai, melayan kerenah manusia macam-macam 



berkerja di bidang retail kadang dipandang rendah apatah lagi shift tak sama macam owg lain

gaji kadang tak sehebat mereka namun aku tetap bersyukur dengan apa yg ada, kerana sehingga saat ini aku mampu langsaikan perbelajaan aku tanpa meminta pinjam kerah owg lain

siap boleh hantar kat mak ayah lagi



bila bersama kawan-kawan aku tak pernah rasa rendah diri walau mereka selalu bangga dengan apa yg mereka ada

tp anehnya setiap hujung bulan mereka gelisah dan ada yg makan maggi sbb tak cukup gaji katanya

aku blur, kata gaji besar?

baru aku paham konsepnya skrg, rupanya makin besar gajinya, makin tinggi tanggungannya



ok lah ye, pandai-pandaila engkau, sbb tu perbelanjaan dan gaji kena pandai atur nnti jadi mcm ni lah

hebat mcm mana pun, kereta besar atau umah besar segala pun tapi boros 

kedian hari kamu tak lebih dari peminta sedekah tepi jalan