Monday, February 28, 2011
Entry cinta yg tak menjadi
28hb Feb 2011
Aktiviti arini?
1.) Rendam baju & basuh baju
2.) Keluar gi byr hutang piutang, i mean bill-bill suma. Broadband,kredit card,bank in duit mak ayah,simpan sikit dll
3.) Singgah kedai beli makanan,kira nih mkn tengahari dan makan malam sekali
4.) Balik umah untuk rehat,rehat,rehat,rehat,layan TV,layan tenet dan layan diri
Maklumla cuti kannnnn.....
Sunday, February 27, 2011
Maafkan cikgu
Cerita ini boleh kita jadikan iktibar dan petua untuk lembutkan hati kita untuk kebaikan bersama.
Saya sangat mengagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.
Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.
Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula bergenang.
“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?” Dia terkejut dan wajahnya berubah.
“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.”
Jawabnya “Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”
” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah
*Tapi murid-murid zaman sekarang? Huh! kena rotan pun nak saman...kekwat sgttt!...
Cerekarama ''Message Terakhir'' tp....
Saturday, February 26, 2011
Duit kecik, duit besar
Selalu macam tula, jika malas burger rr jd mangsa. Lagipun murah dan senang. Feveret aku adalah burger daging.Dan setiap kali tu mesti beli dua, dua beb ko jgn main!...satu mana cukup.Kalau tak catu tul-tul silap hari bulan melebesla lemak aku.
Tp yg tak bestnya kalau kedai Melayu(mostlylahhh) mesti xde duit kecil.Pantang bagi duit besar mesti ngeluh dan kelam kabut nk pecah atau gi cari duit kecil. Yala nak bagi baki tak cukup. Beli burger dua bijik hanya berapa ringgit je tp bagi RM50.Tak taula nak kata salah aku ke ape, tp at least aku bayar. Cuma lain kali prepare rr duit kecik siap-siap kalau nak meniaga tu.
Aku bukan marah cuma ko melambatkan keadaan.Nak gi tukar duit pun ambik masa. Aku memang xde duit kecik masa tu sebab baru cucuk duit tadi.Kan dah gaji.
Aku ngeluh gak rr, yala aku perasan kalau kedai Melayu nih kalau baru bukak pagi2/baru aje bukak bussiness aritu mesti xde duit kecil.Specially kedai runcit dan kedai2 tepi jalan. Tu kadang2 aku takut nk gi beli pagi2.
Bila nak berbusiness harus bersedia tau. Specially prepare duit kecil. Kadang-kadang customer mcm aku atau sape-sape terada duit besar dalam poket. Nak wat can ana...kenala redah beli brg jugak. Tp paling kecik hati bila tuan kedai buat muka tak pueh hati marah customer mcm aku tak prepare duit kecil. Aku tak tipula,serius xde...kalau ada mesti dah bagi.
Paling teruk aku yg customer nih keluar gi kedai lain pecahkan duit dulu sebab nak bayar barang yg d'beli. Ini yg paling aku marah. Ikut hati kalau tak urgent aku tinggal mcm tu je.
Aku perasan kedai Cina takde rr macam tu. Bukan nak banding cuma mereka pandai jaga hati customer. Barula lain kali rasa nak dtg agi. Menda kecik aje tp kadang-kadang kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Tapi aku tau ada gak customer yg ambik kesempatan pegi kedai beli brg ciput dan murah cuma nak pecah duit. May be tu kot tuan kedai sakit hati dan malas nak layan customer duit besar.Hu..hu...
Apepun just bersedia aje. Aku yg keje customer service nih paham...customer selalu betul,sbb mereka nih sumber pendapatan. Tanpa customer sesuatu bussiness tu xkan berjaya.
Syukur
Perkara ajaib tersembunyi dalam minda
1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda
Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.
Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.
Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”
2) Berkomunikasi dengan minda ke minda
Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.
Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.
Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.
3) Daya magnet dalam fikiran beremosi
Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.
Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.
4) Mengawal minda untuk lebih berjaya
Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.
Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.
5) Dua pemikiran dalam masa yang sama
Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.
6) Minda teransang melalui solat dan doa
Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.
Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.
Dipetik daripada buku “Membina Imaginasi Cemerlang”, ms 123-126.
Friday, February 25, 2011
Petua menjaga kesihatan mata
Petua ni sesuai diamalkan sesiapa sahaja terutama pelajar atau individu yang bekerja dalam bidang berkaitan komputer & internet. Tak kiralah anda seorang programer, pereka laman web, pereka grafik, usahawan internet, penulis blog dan sebagainya. Ataupun saja suka-suka menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer misalnya layan facebook, main games, chatting, baca artikel di blog, cari info dan sebagainya.
1. Setiap kali mandi atau berwudhu(bagi muslim), pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit. Tetapi selepas itu hasilnya adalah segar dan sihat.
2. Untuk menyegarkan mata yang letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dgn kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas tu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh, pada mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali. Insya Allah mujarab,tapi yang ni leceh sikit sebab sekarang ni susah nak cari daun sirih.
3. Amalkan senaman utk mata anda. Bukan badan je perlukan senaman, mata pun perlu bersenam juga, caranya:
a). Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yg lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya la. Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek yang berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali sampai anda naik bosan atau naik menyampah,jangan sampai naik angin dah la ye. Dlm proses tadi sekiranya anda ternampak satu objek menarik(misalnya ada awek cun melintas) bolehlah fokuskan sekejap pd objek tu(kira senaman mata gak tu), tapi jangan tengok lama-lama ye, berdosa he he he,dan mata anda juga berisiko untuk terkena lontaran objek-objek berbahaya.Setelah mengamalkannya beberapa lama, alhamdulillah setakat ni mata saya belum rabun lagi biarpun berjam-jam di depan komputer.
b). Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.
c). Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dsb, sesungguhnya warna hijau itu menenangkan & merehatkan mata anda. Tapi itu kalau siang, kalau malam camne pulak ?? Itu senang jer, lawatlah blog saya ni selalu, ada banyak warna hijau di sini,kui kui kui terkena korang..
4. Amalkan makan makanan yang kaya dgn vitamin A & C seperti susu, sayur(terutama carrot & brokoli) dan buah2an (terutama aprikot & anggur) dan sebagainya.
5. Elakkan melihat benda-benda yang tak sepatutnya dilihat terutamanya di internet ni macam-macam bahan yang boleh merosakkan mata & minda anda,he he.. faham-faham sendirilah ye.
Dongengan sunyi
Thursday, February 24, 2011
I am No. 4
Tadi ambik masa beberapa jam gak nak wat card baru. Yala gara-gara aku nyer Mycard tak bole baca plak. So kena gi Wangsa Maju je wat...anehnya kat WM bole plak mycard aku dibaca. Huh! Tak taulaaaa...
Then pahtu dengan semangatnya gi tgk wyg...cerita pe agi? I m no.4 la...walau badan basah sikit sbb kena hujan.
Best wooo cerita! Lama tak tgk cerita mcm nih dan lama gak tak tgk wyg, dah berbulan-bulan gak. Nasib baik cerita ok so terisi cuti aku rini.
I m no.4 berkisar perihal John yg miliki kelebihan yg unik, memula dia sendiri tak sedari kelebihannya sehingga suatu masa dia mula faham bahawa dirinya memiliki superpower penolak dan chargers.
Orait...bye!
Hari ni hari khamis maka...
Wednesday, February 23, 2011
Kawin Lambat ?? Lelaki ?? Perempuan ??
Artikel yang agak baik untuk dikongsi..
Ok. katakanlah ko nie fresh graduate pada usia 23 tahun, lelaki, dan start keje sebagai executive officer(engineer/accountant/pegawai dan lain lain) kat kl dgn gaji RM2000 sebulan dan sebelum nie tak penah pon simpan duit kat bank..
tetiap bulan.. setelah ditolak dari perbelanjaan makanan, pengangkutan (sama ada public ataupon motor), duit letrik, air, telepon, rumah sewa dan lain-lain keperluan.. katakan lah.. korang leh saving RM800 la biasenye..
pastu.. oleh kerana korang nie boleh dikirakan sebagai anak yg baik.. korang pon bagilah duit kat ibubapa korang lebih kurang RM300 sebulan.. tinggallah RM500 untuk korang saving untuk bulan tu..
dan lepas setahun.. dgn setiap bulan korang saving tu.. korang ade lebih kurang RM5000 duit kat simpanan korang..
pada tahun berikutnya iaitu pada umur ko 24tahun.. ko pon berjumpa dgn gadis impian ko.. ko dan awek ko nie dah berjanji dan bersetuju nak kawin lagi 1 hingga 2 tahun lagi.. ok lah tu.. bagi masa nak prepare keperluan asas untuk membina 'rumah tangga bahagia'.. rumah lagi.. dgn kereta lagi.. kan?..
pada tahun tu gak.. oleh sebab ko nie kuat bekerja.. jadi ko pon dinaikkan gaji sebagai 10%.. sebagai lelaki.. ko mesti nak pastikan yg ko ade duit untuk keluar date dgn awek kan?.. so.. 10% gaji ko pon.. ko habiskan kat awek kesayangan ko nie..
macam gak tahun lepas.. tahun nie setelah ko berpulun simpan duit.. makan meggi je.. ko dah simpan sebanyak RM5000 lagi.. jadi jumlah simpanan korang untuk 2 tahun nie dah RM10,000.. kebetulan plak pada tahun tu.. company tempat ko kerja tu banyak untung.. so dier kasi bonus 2 bulan gaji.. menjadikan simpanan korang bertambah RM4000.. jadi jumlah simpanan yg ko dah ade skang nie ialah RM14000...
ko ambik keputusan nak spend RM8000 sebagai wang pendahuluan untuk beli brand-new RM40,000 car.. jadi.. simpanan korang skang nie dah tinggal RM6000..
tahun berikutnya pada umur 25thn.. ko masih bekerja mcm biasa lagi.. tapi untuk tahun nie.. oleh sebab ko dah ade kereta.. so jumlah simpanan untuk sebulan tu pon dah kurang dan menjadikan simpanan RM400.. jadi lebih kurang RM5000 gak la setahun tu ko saving..
takde bonus tahun nie sebab company korang tak byk untung.. jadi jumlah simpanan korang kat bank ialah RM11,000. pastu.. ko ambik keputusan nak bertunang dgn awek ko skang nie.. dier kate ok.. so ko kene la beli cincin pertunangan ye tak?..
lebih kurang RM1500 telah dihabiskan untuk cincin pertunangan dan hantaran pertunangan.. so jumlah simpanan ko skang nie dah tinggal RM9,500
tahun berikutnya pada umur 26thn.. ko dinaikkan pangkat dan gaji ko pon dinaikkan sebagai 1.5 kali berbanding gaji ko sebelum nie.. ok.. berita yg baik.. ko pon pikir la nak kawin tahun nie.. sebab ko pon dah tak sabar dan gersang sangat nak kawin.. ok la.. ko kawin tahun nie..
jadi.. ko tanye kat awek ko nie.. "berapa banyak duit hantaran?.." pastu dier ckp.. "berapa-berapa u sanggup.."
ko ckp.. "RM5000 ok??"
dier jawab balik.. "I ok je.. tapi my mom tu.. dia kate grad oversea mcm I ni mana boleh letak rendah-rendah.. paling kurang pon RM10,000 tau!"..
mate ko terjegil.. .. lidah kelu tak terkata.. dan ko pengsan kat situ gak..
"Kat mane lagi aku nak carik duit nie.." ko ckp dgn diri sendiri.. tapi.. oleh sebab ko dah tak tahan sangat nak kawin dgn gadis impian ko nie.. dan atas dasar "cinta".. ko kerja dgn lebih keras lagi sehinggakan pada tahun nie.. ko digelar "The Best Employee of The Year".. ko dapat 3 bulan bonus.. pastu ko pon buat side income jual ayam pencen.. so jumlah simpanan ko pada akhir tahun tu ialah sebanyak RM20,000.
ok.. skang nie ko dah 27thn.. dan cukup dewasa dan cukup duit untuk bayar hantaran perkahwinan.. tapi.. mak ko plak ckp.. "anak mak nak kawin nie mesti la buat yg grand-grand.. kita sewa khemah besar2.. jemput penyanyi ke.. artis ke.. sorang dua untuk buat persembahan.. lauk pauk kite panggil cater aje la ye?.. ala.. sorang RM10 je.. baju kawin ko.. kite sewa yang cantik-cantik dan mahal-mahal sket..
kite jemput dalam 1000 orang datang ok?"
ko pon dgn pantas pon kira la perbelanjaan semua tu... "1000xRM10=RM10000, penyanyi lagi.. khemah lagi.. buta-buta je RM15,000!!! tu tak masuk cincin kawin lagi..!" pastu ko pon ckp kat mak ko..
"mak.. nak buat ape bazir duit nie.. " pastu mak ko ckp "anak mak nie nak kawin sekali je seumur hidop.. biarlah buat betul-betul.."
ko ckp.. "tapi mak.."
pastu dgn pantas mak ko potong.. "dah lah.. ko jgn nak buat malu mak.. cik tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap dato2 datin2, tan sri puan sri semua datang.. mane mak nak letak muka kalau buat kenduri kecik-kecik?.."
akhirnya.. ko pon kawin la.. tapi.. 'rumah tangga bahagia' yg ko mimpikan tak seindah yg dimimpikan rupanya.. perkahwinan ko tak dpt bertahan lama..
banyak hutang.. interest setiap bulan semakin bertambah.. dan ko tak mampu nak bayar lagi hutang-hutang ko tu..
bini ko plak dah letih jadi tukang bayar hutang.. dier tuduh ko suami yg tak bertanggungjawab.. dan bla bla bla.. akhirnya.. korang pon bercerailah..
jadi kesimpulannya..
1) perkahwinan nie sebenarnya boleh dilakukan dgn cara yg paling mudah.. tapi kat malaysia nie.. seboleh-bolehnya semua orang berebut-rebut nak buat majlis kawin yg paling grand dan membazir..
2) "Harga" bagi seorang wanita terletak pada latar belakang pendidikannya, bentuk fizikalnya dan status keluarga.. berbanding dengan pengetahuan dan kefahaman tentang institusi kekeluargaan dalam islam.. yg menyedihkan.. wanita-wanita yg baik hati.. yg taat perintah tuhan.. bagaikan "tidak beharga"
hantaran perkahwinan yg menjadi adat kaum melayu pon sebenarnya ditiru dari kaum india yg datang ke malaysia.. bile hantaran terlalu tinggi sehingga lelaki nie tak mampu.. maka perkahwinan tersebut akan ditangguh atau dibatalkan terus..
3) perkahwinan sepatutnya dilaksanakan dengan cepat dan tidak menyusahkan pasangan.. tapi harini.. perkahwinan menjadi sesuatu yg complicated.. sehinggakan orang takut untuk berkahwin.. kita sepatutnya fokus pada kehidupan selepas perkahwinan.. bukannya majlis perkahwinan tu..
Perkahwinan nie sebenarnya hanyalah sebuah "pintu" je dalam institusi kekeluargaan..
kenapa nak abiskan banyak duit dan barang perhiasan kat pintu sehinggakan perabut dalam rumah semua kosong dan gelap..
Cabaran jd blogger hensem, i mean mantap!
2.) Ketandusan idea nak entry apa? Biasala...kadang2 blank terus pala otak, tu sbb byk wat entry nk perhatian je(cthnya mcm entery bodo aku tu). Tp kat sini aku byk luah perasaan,share cerita then kalau rajin aku share tips.
3.) Seterusnya susah nak tarik owg ke blog aku. Blogger yg suam2 kuku kaki mcm aku nih conpirmla menda nih menjadi masalah utama.But lately gengblogger dan storyanda byk membantu.Aku pin kat situ je segala my entry. Kalau rajin aku BW dan tinggal jejak. Namun tips aku lagi afdal kalau ko tinggal komen kat blog owg lain sbb menunjukkan ko ikhlas ko dtg blog mereka tu.
4.) Tak mandai wat ayat yg wow-wow mcm certain2 bloggers. Ada a few blogger aku suka gaya penulisan mereka mcm ezam , hapacrita , Azamshah dan encik rasa oren tu. Hilang seteres aku baca entry mereka kadang2 walau aku tau kadang2 diaowg post entry just main2 dan suka2 je.
Tindakan gila dan tindakan bodo
Anti reptile siap loya dan geli lagi
Aku? Takdela sampai tahap tu...just geli geleman je, kalau jumpa tu just just pandang 1 belah mata aje. Aku kureng c,kit ngn species bersisik-sisik nih, AKA Reptile...entah lol bila tgk sisik diaowg wat aku rasa geli,nak muntah,loya dan takut-takut kecil gituzzzz(cover sgttt).Ha..ha...
Tuesday, February 22, 2011
Entry bodo agi!
Kisah benar- Hantu Kepala manusia badan kambing
*Hamba ada satu cerita pepagi nih,just nak share sambil hilang penat dan busan duk wat keje tu...
(Seperti yang diceritakan oleh kawan kepada kawan aku ni) Kisah terjadi sewaktu aku dan Razman dlm perjalanan pulang dari Kelantan ke Kuala Lumpur. Kereta yang aku pandu meluncur laju merentas highway yg Gua Musang ketika itu lengang..(Pesanan Penaja: kalau boleh, jgn drive sorang2 kat area nih!)
Jam ditangan menunjukkan pukul 9 malam, kami singgah di Perhentian R & R untuk berehat dan makan malam. Selepas makan kami meneruskan perjalanan yang ternyata masih jauh lagi. Sepanjang perjalanan, aku lihat Razman kelihatan mendiamkan diri sahaja.
Kemudian aku bersuara " eh Man. senyap je..asal? kenyang sangat ke?"
Razman masih mendiamkan diri... . aku semakin suspen... (kenape dia nih?) kataku dlm hati...
Razman bersuara secara tiba-tiba...
" Is,.. kalau aku cerita seram sikit, agaknya2 kau takut tak?" tanya Razman sambil memalingkan mukanya tepat kearah aku. Serius benar
wajahnya... dia nih..lain aku tanya..lain pulak dia jawab.
"Errrr... cerita hantu ke eh..he..he..he... apasal tetiba je nih? citer lain takde ke? " tanya aku kehairanan, dlm hati cuak jugak.
" takdelah..cuma, tempat kita berhenti tadi, reminds me abt satu story yg my cousin cerita kat aku dulu... .." jawabnya.
"oo..kisah benar ke? ermmm.. ok..ok.. citerlah..tak takut.. eh jap..jap..aku tutup radio" kata aku sambil menekan off pada butang radio.
"... tadi kita berhenti kan... ko perasan tak ade satu parking space yg gelap tuh?"
"OoOooo... ..ok... . .so?"
" Dulu,.. cousin aku penah cerita,.. dalam pukul 2 pagi mcm tu,adalah sorang lelaki yg park kereta dia kat situ sbb mengantuk sangat.Actually, memula dia takut jugak, sbb dia drive sorang2, tapi masa dia memula park, adalah dlm 2-3 buah kereta lagik kat situ, so,kira adelah org jugak, takdelah seram sangat. Jadi dia pun tidolah...
... ... .. setelah beberapa jam selepas itu, dia terjaga. Suasan senyap sunyi.. Dia memandang kekiri dan kekanan, tiada satu orang pun disitu. Ternyatalah tinggal keretanya sahaja yang berada dikawasan gelap tersebut.."
Razman bercerita, aku kusyuk mendengarnya. Kemudian Razman menyambung lagi sambil menyalakan sebatang rokoknya.
" ... Kemudian, setelah mendapati dia tinggal seorang, hati lelaki itu mula rasa tak sedap, terus dia menghidupkan enjin keretanya. Tetapi ntah mcm mana, kerana panik yang amat sangat, lelaki ini terasa mahu membuang air kecil pulak. Walaupun dia cuba memujuk dirinya utk bertahan hingga ke tempat lain, tetapi ternyata dia mmg tak boleh tahan...
Walaupun kakinya terasa berat utk keluar dari keretanya, tetapi dia gagahi juga... , angin diawal pagi meniup dingin... ... .terlalu dingin sehinggakan dia berpeluk tubuh. Lelaki itu kemudian berjalan ke arah tandas yang kurang 10 meter dari keretanya... ..
Sedang dia berjalan, dia samar-samar terdengar bunyi tapak kaki dibelakangnya. Bulu romanya berdiri tegak, bunyi itu semakin kuat, seakan-akan mengekorinya.Lelaki itu menoleh... ... tapi... .tiada siapa di belakangnya...
Dia meneruskan perjalanan.. bunyi tapak kaki kedengaran lagi.
Bunyinya tidak seperti bunyi tapak kaki manusia... ..
kelekuk... kelekuk... kelekuk... ..
... seperti kuda. lelaki itu mula panik, terkumat kamit bibir lelaki itu membaca sesuatu... badannya mula seram sejuk... ..
tiba-tiba..satu gugusan angin tiba-tiba menerpa menghembus ke mukanya... .bunyi hentakan tapak semakin kuat, lelaki itu memberanikan diri untuk menoleh belakang sekali lagi.
Mahunya dia terpengsan melihat kelibat makhluk berbadan kambing berkepala manusia dibelakangnya. Makhluk itu semakin mendekatinya... kedengaran dengusan nafas yg sungguh menggerunkan... . .lutut lelaki itu bergetar... .
Dengan pandangan yg tajam, makhluk itu membuka mulut dan bersuara,... ...
DIMANA DIA ANAK KAMBING SAYA... .. ANAK KAMBING SAYA ADA DIDALAM GUA... .. DIMANA DIA BUAH HATI SAYA... . BUAH HATI SAYA,DAH KAHWIN ORANG KAYA... ... ...
ooohhhhhhHHHHH..CHAN MALI CHAN!" CHAN MALI CHAN! CHAN MALI CHAN! CHAN MALI CHAN! KETIPONG PAYONG
"Oi! Oi!" (ader suara background lagik... ..)
"CHAN MALI CHAN!"
"Oi Oi "
CHAN MALI CHAN!
KETIPONNNNGGGG PAYONGGGGG... oooOOOOHHHH"
Everybody!... let's sing together!!!!!!!
CHAN MALI CHAN
OI OI
CHAN MALI CHAN
OI OI
CHAN MALI CHAN KETIPONGGGGG
PAYONG... ..
Everybody..c'mon!... clap your hand!...
CHAN MALI CHAN
OI OI
CHAN MALI CHAN OI OI
CHAN MALI CHAN KETIPONGGGGG
PAYOOOOOONGGGGG!...
Monday, February 21, 2011
Entry bodo
Ketuat
Tadi masa ngah bz bekerja, tiba-tiba aku terpandang sesuatu di jari seseorang.Siapa? Biarlah rahsia ye (sambil nyanyi lagu Ct jab)...he..he..
Apa yg aku terpandang tu? Ketuat beb...walau takdela sebanyak mana dan tak kritikal tp utk certain-certain owg jijik kot atau mungkin huewww...ape2 jela...
Ketuat takla merbahaya, just bole buat kulit ko tu tak cantik je k. Yala...kalau tak cantik dan chumil nih sape nak pandang kan? Then kalau ada sape-sape terpegang tangan ko tu (yg ada ketuat) mesti rasa kasar dan tak best. Hilang seri jab...
Meh aku share info pasal ketuat nih...
Ketuat merupakan sejenis penyakit kulit yang mana kawasan yang dijangkiti akan timbul dan menjadi keras. Ketuat adalah disebabkan virus dan mampu menjangkiti orang lain sekiranya dibiarkan berlarutan.
Ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Ketuat boleh merebak melalui sentuhan. Mana-mana bahagian kulit yang dijangkiti akan bengkak, menjadi kasar dan keras. Kawasan yang sering dijangkiti adalah tangan, jari,dan kaki. Mereka yang mempunyai masalah kurang daya tahan diri seperti mengidap HIV atau sistem pertahanan kulit yang lemah seperti ekzema, atau tidak menjaga kebersihan diri lebih mudah dijangkiti jangkitan ketuat.
Jenis-jenis ketuat plak...actually ada 150 jenis,but antaranya adalah ;
1.Ketuat biasa
Ketuat boleh diubati dengan mudah, tetapi ramai orang bersikap tidak acuh untuk mendapatkan rawatan bagi mengubatinya. Ini mungkin disebabkan ketuat jarang menimbulkan masalah kesihatan yang besar. Bagaimanapun, pengidap ketuat perlu berhati-hati agar tidak memotong ketuat dengan menggunakan pisau kerana darah yang mengalir keluar mampu menjangkiti kawasan lain.
1.Salap asid salisilik
2.Terapi cryo
3.Podophyllin
4.Interferon & asid trichloracetic (TCA)
5.Pembedahan membuang ketuat
Sunday, February 20, 2011
Jalan-jalan kat TUKAR-TUKAR LINK(s)
8 below
Lu pikir sendiri ya...btw tadi sesaja je rest-rest pah balik keje, then layan-layan tv lalu terlayanla cerita nih. Lapuk dah cerita nih,kira-kira 5 tahun yg lalu tayangannya. Tapi baru sekarang aku tgk kat TV.Penah terjumpa CD nih kat kedai tp wat bodo je.Ingat kan cerita biasa-biasa je, tp mak aih...gugur jab air mata jantan aku.
Yala...sedih k! Cerita pasal lapan sekawan anjing snow yg duk kat kwsan snowla,mana lagi?!take care each other utk survive setelah d'tinggalkan tuannya.Nasib baik tuan mereka datang cari mereka balik. Namun sebelum tuannya datang tu dah berjurai air mata aku hayati pengorbanan haiwan nih.
Nih cerita yg aku tgk kat Tv yg ada certain2 d'potong scene kerana nak kejar masa,kalau tgk kat panggung tak taula...mau malu aku nanti.He..he...
'8 Below'...boleh tgk sinopsis dia kat '' SINI ''. Utk sape-sape yg dah tgk, korang taula can ana. Aku sedih sbb pe, pengorbanan dan nilai setiakawan mereka tu. Tu anjing beb! Kita manusia nih pentingkan diri sendiri ada rr...
Masing-masing berjuang bersama utk cari makanan, ada member yg tercedera pun mereka take care. Cuma syg ada dua ekor yg mati sbb satu jatuh gunung dan satu lagi tak mampu putuskan tali yg tuan dia ikat,mati kelaparan.
Sedih sgttt...yala saat tuan dia dtg balik setelah susah payah cari transport utk dtg selamat anjing dia,bila tgk anjing dia mati masa tu sedih giler...terpaksa melepaskan anjingnya pergi setelah hampir 200 hari meninggalkan anjingnya.
Aku bangga layan cerita nih...sekali sekala kita perlu belajar dengan haiwan, sifat-sifat pengasih mereka kekadang lebih dari kita. Hargailah apa yg kita ada, keluarga,kawan-kawan juga pasangan kita. Mereka satu ...hilang mereka takleh jumpa dah.
Majmuk
Bangga bila tgk Mat,Anath dan Chong duk semeja bergurau senda bersama. Sembang-sembang pasal bussines masing-masing. Tampuk pimpinan actually yg main peranan jaga silaturrahim sesama mereka. Time Hari Raya owg Cina dan owg India datang melawat manakala 2 raya besar yg lain pun owg melayu pula yg dtg melawat.
Bagi aku paling unik bila tgk ada owg Cina kahwin ngn owg India. Jarang-jarang dijumpai, siap kahwin ikut 2 adat lagi.
Saturday, February 19, 2011
Visitor today
Bg chance borak hal CINTA
Malam yg sunyi...sesunyi hati aku nih kot? Sunyi ke? Adala sikit-sikit...tp itu tak penting sebab buat masa sekarang aku bukan ke arah itu. Tetapi jika ia terjadi, mungkin bonus kot bagi aku.
Friday, February 18, 2011
3 in 1,8 in 1 atau 10 in 1
Pe kehel ngn tajuk entry atas tu? Hu..hu..tgk picture pun dah tau. Actually saje je aku nak ulas akan perihal DVD yg aku beli. Bukan nak nunjuk pun lagipun DVD cetak rompak je,xde pe yg bole d'banggakan. Cuma aku rasa DVD nih unik sbb jarang aku jumpa kat kedai CD specially kedai-kedai CD original.
Bukan nak galakkan korang beli CD/DVD cetak rompak cuma just nak bagitau. Korang beli ke atau sebaliknya itu urusan masing2. Aku beli pun sbb rasa jimat sikit, byk cerita bole aku layan dengan beli satu DVD nih. Murah plak tu, RM12 je...(buku promo ok!)
Setakat ini aku penah beli 10 cerita dalam satu DVD. Itu yg terbanyak setakat nih, ada a few kedai je jual, tu pun tadi gi cari banyak stock dah takde, tak tau nape? May be dah kena rush kot...
Kualiti? Don't expect akan dapat tayangan terbaik, namun okla, boleh tgk dan bole layan. Sound pun ok...tak lari sangat dari yg ori.
Aku beli sbb murah, satu DVD dapat tgk byk cerita dan tak perlu pening pala nak cari cerita-cerita lain lagi nak wat koleksi. Mmg dah complete set. Setakat nih aku jumpa hanya kedai cina yg jual DVD macam nih.
Cuma redha jela jika ada cerita tak best dalam 1 DVD tu. Pandai-pandaila ko cari. Btw selalunya DVD mcm nih hanya jual cerita-cerita yg dah lama tayang(mostlyla), kalau nasib baik je dapat cerita2 terbaru. Tu pun tetap cerita yg dah 5 bulan tayang.
Namun tadi sedihhh...aku nak sangat tgk cerita Mulan 1 dan Mulan 2. Sedihhh...dua-dua takde stock, pasrah je aku beli cerita lain. Ada sape-sape leh bgtau kat mana nak sedut cerita nih?
*Hari nih entry asyik cerita pasal DVD je kan?
cetak rompak VS original
Cetak rompak VS original? since zaman mula-mula bertapaknya CD dan DVD isu nila yg hangat diperdebatkan,walau sekarang seperti dah kurang sebab pengguna dah bole menilai mana yg terbaik. Namun sekarang plak isu owg sibuk download je kat tenet sbb sumber-sumber cerita best mahupun lagu best berlambak-lambak.Ko siap bole pilih je mana yg ko nak. Youtube la antaranya, bukan setakat leh tgk belek-belek siap bole download agi. 4shared pun!
Itu antara yg menjatuhkan demand-demand industri muzik mahupun cerita zaman sekarang. Namun aku tau mana-mana artis mahupun cerita yg tetap di hati peminat tu mereka tetap berusaha untuk mendapatkan original buah tangan dari empunyer artis tu kan?
Mungkin isu nih dah lapuk kalau aku nak kupas dan nak share ngn korang but korang tau tak pe perbezaan yg original dan cetak rompak specially kriteria CD atau DVD tu?
Macam biasala, kalau beli yg cetak rompak tu kualiti nya tak tahan lama. Memangla harganya murah dan jimat banyak duit tp kalau scratch sikit dah tak bole main dah. Risiko gak beli yg cetak rompak nih kita tak bole jamin kualitinya masa beli, sbb 4sure kedai-kedainya tepi jalan dan short-short block yg tersembunyi.
Lagipun beli yg murah nih sendiri mau ingatla, nak tukar pun susah specially bila time beli kat kedai makan tu. Time apek-apek round jual CD/DVD cetak rompak.Kat mulutnya memang rr manis ok tp bila bukak haram copy panggungnya CD.
Ada gak yg cerdik tunggu cerita tu lama sikit, bila cerita tu dah kuar dlm bentuk CD/DVD mereka dah bole beli cetak rompak sbb kualitinya dah ok c,kit.
Apepun ramai aku tau prefer yg cetak rompak je sbb murah,bab-bab duit nih owg berkira sikit,lagipun nak layan dan nak tgk cerita tu mostly sekali je kan,lepas tu mulala ko biarkan CD/DVD tu terbiar. Siap bleh wat koleksi kat rak agi. Entah rosak atau ok lagipun kita tak tau.
Bagi aku pah tgk wyg, rasanya aku tak beli dah cd cerita-cerita tu,untuk lagu-lagu je aku prefer download atau copy member bagi je. Lainla kalau aku tul-tul fanatik minat baru aku beli yg ori. Plus if nak download pun byk makan byte berukband aku. So mana yg senang dapat tu la aku serang.Ha..ha..
BTW apapun ko sendiri tau mana yg ok dan ko pilih. Lagipun aku ada dengar dari pengalaman member-member aku CD dan DVD original skrg pun dah start hampeh. Sound dah mula tak ok,jatuh sikit terus rosak ala-ala Cd cetak rompak dan ada gak yg tertipu sebab sticker KPDN & HEP tu pun dah ada pada yg cetak rompak.
Lagipun nih semua kehendak bukan keperluan,pandai-pandaila korang ya...
Lagu 1 Malaysia
Korang penah dgr lagu nih? 2 hari lepas aku baru dengar,tak taula kalau aku terlambat atau tak? Tapi bila 1st time dengar...terus jatuh cinta ngn lagu nih,tambah-tambah ia dah jadi lagu satu Malaysia kita.
Tahniah buat pencinta lagu nih,catchy dan menaik semangat aku sebagai rakyat Malaysia.
Bangga sebenarnya jadi rakyat Malaysia,dahla aman... kita bole plak hidup berbilang bangsa tanpa ada konflik. Ku berdoa biarla keamanan ini dikekalkan, biarla usaha untuk menjadi negara yang maju lagi 9 tahun terlaksana.
Jangan lupa tau wawasan negara kita,wawasan 2020...
Thursday, February 17, 2011
Tak menarik sekarang
Line tenet plak slow yg amat, aku tak tau nape line Celcom kat kediaman aku nih dah mula slow, may be dah start compete ngn pengguna-pengguna baru. Meletup gak kat dalam nih,geram yg amat, nak surve apa-apa pun terbatas.
Layan TV pun busan, alih-alih cerita seram yg bagi aku tak seram langsung! Buat-buat sangat.Feel tgk cerita hantu skrg tak macam tgk cerita hantu kat tv dulu-dulu. Tak taula producer tempatan nape gigih nak hasil story mcm nih. Rakyat Malaysia agaknya bole terima format-format mcm nih kot.
Gunting Rambut sambil menari!
Wednesday, February 16, 2011
Ilmu yg aku tau...
Tuesday, February 15, 2011
D'Pantai Morib
*Bole tahan cantiknyer...
*See! Lumpur je,mcm ana nak mandi?
Actually entry kali ni agak terkebelakang sikit sbb baru sekarang aku dapat mood nk publish...nak cerita sikit masa hari ke-2 aku d'S.Alam...keseronokkan bersama teman-teman Matrikulasi buat aku rasa rindu akan saat-saat masa kat matrik dulu. Lama gelak ketawa macam nih tak kuar....asyik-asyik gelak je ye dgn mereka kat sana.
Asalnya ingat tak jadi nak gi Pantai Morib tapi mengenangkan seorang member aku yg bekerja kat Sime Darby Banting bagi lampu hijau untuk ke sana maka kami berpeluang ke pantai yg bole tahan indahnya tu,but pantai nih setakat bole jalan-jalan je,tak sesuai mandi sbb air kat c,ni keruh dan agak cetek.