Friday, February 18, 2011

cetak rompak VS original




Cetak rompak VS original? since zaman mula-mula bertapaknya CD dan DVD isu nila yg hangat diperdebatkan,walau sekarang seperti dah kurang sebab pengguna dah bole menilai mana yg terbaik. Namun sekarang plak isu owg sibuk download je kat tenet sbb sumber-sumber cerita best mahupun lagu best berlambak-lambak.Ko siap bole pilih je mana yg ko nak. Youtube la antaranya, bukan setakat leh tgk belek-belek siap bole download agi. 4shared pun!

Itu antara yg menjatuhkan demand-demand industri muzik mahupun cerita zaman sekarang. Namun aku tau mana-mana artis mahupun cerita yg tetap di hati peminat tu mereka tetap berusaha untuk mendapatkan original buah tangan dari empunyer artis tu kan?

Mungkin isu nih dah lapuk kalau aku nak kupas dan nak share ngn korang but korang tau tak pe perbezaan yg original dan cetak rompak specially kriteria CD atau DVD tu?

Kalau korang beli Disc yg original mesti korang perasaan ia adalah gold disc compare ngn yg cetak rompak nyer banyak yg purple disc. Kualiti tak yah cakapla korang dah leh agak dah sbb purple-purple disc karang berlambak dan murah je nak beli.



Macam biasala, kalau beli yg cetak rompak tu kualiti nya tak tahan lama. Memangla harganya murah dan jimat banyak duit tp kalau scratch sikit dah tak bole main dah. Risiko gak beli yg cetak rompak nih kita tak bole jamin kualitinya masa beli, sbb 4sure kedai-kedainya tepi jalan dan short-short block yg tersembunyi.

Lagipun beli yg murah nih sendiri mau ingatla, nak tukar pun susah specially bila time beli kat kedai makan tu. Time apek-apek round jual CD/DVD cetak rompak.Kat mulutnya memang rr manis ok tp bila bukak haram copy panggungnya CD.

Ada gak yg cerdik tunggu cerita tu lama sikit, bila cerita tu dah kuar dlm bentuk CD/DVD mereka dah bole beli cetak rompak sbb kualitinya dah ok c,kit.

Apepun ramai aku tau prefer yg cetak rompak je sbb murah,bab-bab duit nih owg berkira sikit,lagipun nak layan dan nak tgk cerita tu mostly sekali je kan,lepas tu mulala ko biarkan CD/DVD tu terbiar. Siap bleh wat koleksi kat rak agi. Entah rosak atau ok lagipun kita tak tau.

Bagi aku pah tgk wyg, rasanya aku tak beli dah cd cerita-cerita tu,untuk lagu-lagu je aku prefer download atau copy member bagi je. Lainla kalau aku tul-tul fanatik minat baru aku beli yg ori. Plus if nak download pun byk makan byte berukband aku. So mana yg senang dapat tu la aku serang.Ha..ha..

BTW apapun ko sendiri tau mana yg ok dan ko pilih. Lagipun aku ada dengar dari pengalaman member-member aku CD dan DVD original skrg pun dah start hampeh. Sound dah mula tak ok,jatuh sikit terus rosak ala-ala Cd cetak rompak dan ada gak yg tertipu sebab sticker KPDN & HEP tu pun dah ada pada yg cetak rompak.

Lagipun nih semua kehendak bukan keperluan,pandai-pandaila korang ya...

0 comment(s):