Wednesday, February 9, 2011

Mengumpat?



Mengumpat itu dosa, sama seperti memakan daging saudara sendiri. Tapi selalunya menda-menda yg jahat nih owg suka buat, nikmat plak bila dapat dengar cerita-cerita buruk orang.

Kadang-kadang bila kita tak nak mengaku kita ni sedang mengumpat,kita akan kata,kita sebenarnya meluahkan isi hati aje,melepas geram atau sekadar bercerita kerana cerita itu cerita benar katanya.

Benar macam mana pun, salah tetap salah. Bila berkumpul dan berborak sambil menyebut,mengutuk dan mengeji orang lain itu sudah dikira mengumpat.Senang-senang insan yg d'kutuk tu dapat pahala free,manakala kita plak dapat dosa free.

Kalau bole elak, kalau bole tukar tajuk dan kalau bole lupakan aje atau lagi best blah je dari group tu.

Setiap manusia tak sunyi dari melakukan kesilapan begitu juga aku. So kekawan komen sikit mana yg syok kutuk atau ngumpat owg nih?

1 comment(s):

amry said...

hahaha... takut weh orang nak komen entryko ni bila baca ayat terakhir ko..huhu... bia nak mengumpat tu, ingatlah..adakah kita cukup sempurna untuk mengumpat orang tu...biar jer la orang tu kalau kita tak suka ke apa ker kan...