Monday, February 21, 2011

Ketuat



Tadi masa ngah bz bekerja, tiba-tiba aku terpandang sesuatu di jari seseorang.Siapa? Biarlah rahsia ye (sambil nyanyi lagu Ct jab)...he..he..

Apa yg aku terpandang tu? Ketuat beb...walau takdela sebanyak mana dan tak kritikal tp utk certain-certain owg jijik kot atau mungkin huewww...ape2 jela...

Ketuat takla merbahaya, just bole buat kulit ko tu tak cantik je k. Yala...kalau tak cantik dan chumil nih sape nak pandang kan? Then kalau ada sape-sape terpegang tangan ko tu (yg ada ketuat) mesti rasa kasar dan tak best. Hilang seri jab...

Meh aku share info pasal ketuat nih...


Ketuat merupakan sejenis penyakit kulit yang mana kawasan yang dijangkiti akan timbul dan menjadi keras. Ketuat adalah disebabkan virus dan mampu menjangkiti orang lain sekiranya dibiarkan berlarutan.

Ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Ketuat boleh merebak melalui sentuhan. Mana-mana bahagian kulit yang dijangkiti akan bengkak, menjadi kasar dan keras. Kawasan yang sering dijangkiti adalah tangan, jari,dan kaki. Mereka yang mempunyai masalah kurang daya tahan diri seperti mengidap HIV atau sistem pertahanan kulit yang lemah seperti ekzema, atau tidak menjaga kebersihan diri lebih mudah dijangkiti jangkitan ketuat.

Jenis-jenis ketuat plak...actually ada 150 jenis,but antaranya adalah ;

1.Ketuat biasa

2.Ketuat kaki (Plantar warts)

3.Ketuat filiform (Filiform warts)

4.Ketuat planar

5.Ketuat kelamin Genital warts

Rawatan plak supaya hilang ketidakselesaan ini.Then bole tampak bergaya nanti;

Ketuat boleh diubati dengan mudah, tetapi ramai orang bersikap tidak acuh untuk mendapatkan rawatan bagi mengubatinya. Ini mungkin disebabkan ketuat jarang menimbulkan masalah kesihatan yang besar. Bagaimanapun, pengidap ketuat perlu berhati-hati agar tidak memotong ketuat dengan menggunakan pisau kerana darah yang mengalir keluar mampu menjangkiti kawasan lain.

1.Salap asid salisilik
2.Terapi cryo
3.Podophyllin
4.Interferon & asid trichloracetic (TCA)
5.Pembedahan membuang ketuat



10 comment(s):

hawasumiri said...

jujurnya.. mmg menggelikan.. kalo x di buang mungkin akan membahayakan.. ia akan merebak, lagipun ia barakar..

Unknown said...

teringat dgn petua nenek aku
tips perubatan org lame laaa

pki kabur then campur dgn sabun basuh baju yg wane biru tu
InsyaAllah akan hilang
dia jadi keing dan mati
so cabut je mata dia mcm tu la
sbb ada wane itam
huhu
tp terbaik
aku dah alami sndri bde nieh :)

kulit pun dah cantek da aku
hahaha

Unknown said...

*kapur

achik ezam said...

so far xde lagi..timer kaseh simplysiti :)

hahahaha

Anonymous said...

hawa: a ah..xselesa

akma: skrg nih farmasi pun dah ada ubatnyer,if nak jimat guna petua akma.

Ezam: byk duit ko beli simplyct...

CintaZulaikha said...

jujur nak cakap, time skolah dlu akak pon pnh kena, huhu, kat jari telunjuk tau...mula pikir gak, awat jari nih keras semacam, rupanya nak jd ketuat.

hampir tiap ari akak ketip ketuat tu ngn kepit kuku sb akak tak tau nak berubat cara apa. sampai darah2 babe..wa caya sama diri wa, kahkah..

akhirnya elok, cantik dan muluslah kembali jari akak tuh.

masuk je kolej, kene lahi. kali ni guna cara yg sama gak, ketip je ketuat tu sampai darah, pastu elok..hahha.. org kata nak buang akar dy br tercabut terus.

akak akui time skolah ngn kolej dulu sgt sibuk dan tader masa nak bersihkan diri. al maklumlah backstage stage manager, mana ada masa nak tgk diri sdri, mau kena marah ngn pengarah..huhu. jadi lantaklah ngn tubuh bdn sdri..asl sehat sejahtera..(jgn la tiru perangai akak nih)

Anonymous said...

Kak Ika: pengalaman tuh...xpe yg penting pah nih beringat,cuma sakit tau masa potong ketuat tu,pedih gilakssss.

LURZAN TAZA LIMAJ said...

pernah ade, tp dh sembuh, yg penting jage kebersihan ;-)

AM said...

Ish! Bahaya jugak ketuat nie. Boleh berjangkit pulak tue. Arol ingatkan penyakit kulit biasa jek.

ewanthology said...

ada je ubatnya... pi cari kat pasar malam