Cerita yang aku mau ceritakan ini telah pun berlaku semasa aku bercuti ke Melaka haritu. Saksinya adalah member aku yg join percutian aku tu. Tempat di mana berlaku adalah di shopping complex kat Dataran Pahlawan.
Cerita yg lawak yg diselit ngn keseraman sikit. Yang melalui adalah aku sebab aku nak sangat kan gunting rambut haritu sape suruh.He..he..actually rambut aku dah panjang,aku tak selesa lol...maka kami berdua ke Dataran Pahlawan untuk gunting rambut. Asalnya aku nak gi kedai biasa je,malas plak nak gi saloon.Alih-alih termasuk ke sebuah saloon yg masa tu hanya aku je customernya.
Ingat ke takde pe,mcm saloon biasa je...tapi bila dia dah start gunting rambut. Mak aihhhh...tuhan je yg tau perasaan aku dan member aku pada masa tu. Cepat-cepat je aku rasa nak blah dr saloon tu tapi apakan mampu sebab dia kan ngah gunting rambut aku.
Korang nak tau dia wat apa? Padahal dia gunting biasa je,takdela menarik mana pun, tp aksinya yg tengah gunting rambut aku takleh blah beb. Sambil gunting rambut, dia layankan lagu Beyonce,itu aku tak kisah...tp yg aku kesahnya dia gunting rambut sambil feelkan lagu tu. Sambil menari ok!...setiap rentak cara dia gunting rambut aku tu adalah mengikut rentak alunan lagu Beyonce tu.Ko bayangkan?!Lagu pe? mostly lagu2 Beyonce yg glamer2 tu!
Aku cuak giler...yala takut gak kan tersalah gunting ke ape?Terpotong telinga ka? Maklumla kau kan byk bergerak. Aduiyaii, terpaksala aku layankan je dan buat selamba walau dalam hati melonjak-lonjak nak kuar cepat dr kedai tu.
Member aku dah separuh mati gelakkan aku sambil baca novel yg dia bawak. Aku senyum sumbing je dalam hati. Yala...risau giler takut rambut aku nih hancus, ngn si pengunting tu melengok-lengok sana sini. Siap abih 5 lagu agihhh.
Tension pun ada gak, sbb ni 1st time aku jumpa saloon macam nih. Mana ada lagi si tukang gunting terkial-kial menari sambil potong rambut.Aku yg duk KL pun tak penah jumpa pengguting rambut macam nih. Kononya nak buat kelainan la kat kedai dia tu tp buang masa customer je.
Aku tegurkan kecik hati lak. Tapi mengenangkan aku ngh bercuti dan xdela rushing sgt maka aku layankan je sehinggala siap rambut aku d'potong. Nasib baik ok! Kalau tak aku saman ko!
Kalau korang gi kedai nih InsyaAllah korang rasa mak aih luar biasanyer saloon macam nih. Ada sape2 yg duk Melaka penah masuk ke kedai nih? Korang ok ka? Kalau aku mintak maap la ya...sekali je aku masukkk. Serik!
Saloon tu agak tercorok sikit...nama kedainya lupa lak. Aku asalnya nak ambik picture tp mengenangkan cepat nak blah dari saloon ni maka aku blah macam tu je. Member aku separuh mati gelakkan aku,sindir-sidiran yg pedas sentiasa kedengaran.Nak singgah agi ke saloon nih? Caik!
Satu pengalaman yg aku takleh lupa dalam hidup aku.
4 comment(s):
cuak sehh.saje je tergunting benda lain. haha.
hahahaha. aku dok melaka! tp, jrg pegi usha salon. salon yg kau pegi tu dlm DP ke?
comfirm cuak giler kan time tuh
kalau aku la
comfirm xberdarah muka aku!
nway, pengalaman bro~
Azam: tau xpe...cuak gak sekejabb
Bukan pengoda: a ah kat DP...
encik Reza: hu..hu..
Post a Comment