Sunday, February 6, 2011

Sikap orang kita



Salam...tadi masa briefing sebelum Jusco bukak, my store manager ada menyentuh pasal isu tabiat/sikap/metaliti owg kita. Cth yg d'beri sgt berguna...bahkan cth/nasihat itu juga sangat bermakna buat staff macam kami. Disebalik itu kami boleh mengambil iktibar supaya sikap itu tidak berulang di tempat keje kami.


Antara yang d'sentuh pasal metaliti/sikap/tabiat owg kiter (actually bukan semua yg memiliki tabiat buruk mcm nih tp ada segilitir), namun sebab segelintir itula rosak susu sebelanga. Maka apa yg berlaku hari ini dapat kita lihat...kesannya boleh kita rasa kan?


Antaranya owg kita nih:


1.) Suka buang sampah bukan dalam tong sampah, even dalam kete pun sempat buang sampah luar tingkap kete agi.

2.) Kalau naik moto atau kete bila nak berhenti kat traffik light tu mesti lepasi garisan kuning.

3.) Apatah lagi warna kuning traffik light dianggap penanda untuk kita melajukan kenderaan.

4.) Di samping itu,tiada sikap sabar di jalan raya. Masing-masing pentingkan diri sendiri dan nak cepat je.

5.) Suka mengumpat. Biasala bila berhimpun je mulala macam-macam cerita kuar, paling syok adalah kutuk mengutuk owg lain.

6.) Tak boleh ubah apa yang dah biasa, cthnya kalau shopping tu tak dapat plastik bag mesti menyinga,yg paham tu takpe. Tapi yg tak paham tu buat-buat macam bagus je.

7.) Pentingkan diri sendiri. Asalkan aku ok...owg lain lantaklaaaa!



Namun itu cuma sebahagian, banyak lagi tabiat buruk yg masih melekat kat owg2 kat Malaysia nih. Owg kata, owg-owg macam nilah kerana nila setitik rosak susu sebelanga tadi. Apapun renung-renungkan.

Adakah kita juga macam tu?Harap-harap tidak...mana yg buruk tu buang-buangkan sikap tu ya, yg baik tu plak teruskan.