Saturday, December 29, 2012
Thursday, December 27, 2012
Wednesday, December 26, 2012
Tuesday, December 25, 2012
Monday, December 24, 2012
tak elok
nak jadi cerita adik ipar aku td keluar darah
nasib baik bukan keguguran, baby masih ok walau baru 1 bln lebih
syukur
btw hari tu mereka, adik adik aku berserta adik ipar aku gi air terjun ulu yam
mandi manda bercuti sbb ada 3 org adik aku turun shah Alam
aku je tak dapat join sbb kerja
dalam mereka berseronok itu
sorang member tempat kerja bg nasihat, pompuan yg baru pregnant tak elok masuk hutan
i mean d'sbbkan air terjun tu dekat hutan gak, dia rasa mmg tak elok untuk adik ipar aku tuh join
menda menda alah tu, well u know who sgt suka pompuan yg tgh pregnant nih
tambah-tambah kalau ibu tak kuat atau baby masih muda ( tak cukup matang lagi )
aku tak maulah percaya
tapi itulah ceritanya, kdg petua org tua boleh pakai gak
tambah-tambah kat sana byk batu,air & licin, karang jadi lain plak
Alhamdullilah semua selamat masa doktor check tadi
tulah pasal tetiba aku teringat cerita member tempat kerja aku semalam,mungkin kebetulan kot
Wallahullam...
Posted by
bukankosong
at
11:32 PM
hehe
dalam ayat ayat perbualan melalui sms
mesti diletakkan 'hehe / haha / hoho'
takut ada yg berkecil hati
jika ayat penyata itu bunyinya kasar la
kalau perbualan luar face 2 face maknanya bagi senyuman
betul kan?
cuba kalau tak letak then letak tanda ' ! ' plak
apa jadi?
siap capslock lagi
Posted by
bukankosong
at
11:00 AM
Sunday, December 23, 2012
hey! new home
menghitung masa untuk ke rumah baru
antara list excited celebrate new year
bakal penat kerna byk menda nak kena buat
hujung hujung tu lah yg best
puas!
suasana baru, semangat baru & azam baru
Posted by
bukankosong
at
11:18 PM
Friday, December 21, 2012
Hadiah terawal
Me kasih kat "seseorang" kerna bg hadiah terawal kat kita sempena upcoming birthday
Awal sebulan tuh
Terharu, sgt sgt menghargai
Posted by
bukankosong
at
11:39 AM
Thursday, December 20, 2012
tongkat moto
mungkin ramai yg stop berblog sebab ' no idea '
ramai yg ingin buat isu yg semua owg mau baca, isu berat-berat cthnya
cinta,politik, entertainment, game, bola
oh aku tak berapa reti itu semua, ilmu pun tak seberapa
maka lama dulu dah, aku ambik keputusan letak atau catat kat sini isu ringan-ringan je
cth ' tongkat moto '
tongkat moto boleh jadi isu ko tau
haha
Posted by
bukankosong
at
4:30 PM
Wednesday, December 19, 2012
buta IT
aku ingat lagi masa kat kg dulu
masa muda-muda dulu
masa zaman kanak-kanak darjah 6 dulu
aku sangat takut dengan komputer
takut untuk tekan, takut untuk handle
dalam bahasa yg mudah, buta IT
sbb tu lambat aku cekap bab bab komputer
masa matrikulasi rasanya aku mahir, tu pun sbb ada subjek komputer
sbb tulah aku lambat bab bab benda baru nih
oh mai!
Posted by
bukankosong
at
9:00 PM
signal last minute
bangsat betul kalau bawa moto belakang kereta yg tetiba nak masuk ke kiri atau kanan bagi signal last minute
meroyan hampir terjatuh aku tekan brek
nak nak kalau follow dekat
bloody hell! hampir xcident d'buatnya
lagi parah kalau tak bagi signall langsung
selamatla ko! demn!
Posted by
bukankosong
at
3:57 PM
Tuesday, December 18, 2012
Monday, December 17, 2012
berasa tidak selamat
ada hamba Allah ini, kdg aku tak paham dengan diri beliau
actually beliau sgt baik
namun perangai dia yg sering rasa tak selamat dan sering merasa kurang dan mahu lebih dari org lain membuat beliau sentiasa ditakuk yg sama dan sering tak gembira dalam hidup beliau
entah apa nasihat sesuai lagi untuk beliau?
bagi aku, bukan semua menda dalam hidup kita boleh miliki
harta besar ke? pasangan mantap ke? fizikal kacak atau cantik ke?
itu semua adalah takdir dan aku rasa Allah swt telah pun memberi yg terbaik untuk hamba Nya
cuma kita aje yg menerajuinya
bersyukur aje dengan pemberian tuhan berserta dengan usaha yg berterusan
InsyaAllah anda sentiasa tenang,gembira & bahagia dalam hidup
huhu
Posted by
bukankosong
at
10:45 AM
Sunday, December 16, 2012
Saturday, December 15, 2012
the hobbit
the hobbit
lama yer menanti filem ini, bertahun lamanya since aku zaman U sehinggalah zaman kerja menunggu
baru sekarang muncul
dan hasilnya berbaloi, tak sia-sia perat lama
apa yg specialnya berkenaan filem hollywood ini adalah kerana ke detailan mereka dalam menghasilkan cerita dan jalan cerita
hampir 2 jam setengah dalam panggung, mcm sekejab shj
lagipun paham, kalau peter jackson yg direct mesti lama punyer
so segala scene scene patut ditunjuk bole kita lihat
apatah lagi kehindahan setiap tempat itu dipapar secara baik dan tempat yg menakutkan juga divisualized ngn menakutkan sekali
kagum dengan mereka mereka di belakang tabir
well, epic baru bermula
since zaman the lord of the ring dulu, kini akan berulang balik
saban tahun nanti kita akan menanti apakah yg bakal berlaku selanjutnya
btw setiap bait cerita diterangkan dengan baik mcm mana kaitan dengan misi the lord of the ring dulu
so superb!
detail anda boleh google atau berkunjung ke panggung sendiri
Posted by
bukankosong
at
1:09 PM
Thursday, December 13, 2012
motivasi kerja
kadang-kadang motivasi untuk bekerja adalah bercuti
sbb tu jadual kerja aku selang 3 atau 4 hari mesti bercuti ( tak kisahlah pun brapa hari cuti, janji cuti )
cuti is cuti, kerja is kerja
selalu buat kerja bersungguh sbb nak kejar dateline nak bercuti
Posted by
bukankosong
at
1:53 PM
Wednesday, December 12, 2012
Pet store
Bila dah ada pet nih
Setiap kali kuar mesti nk singgah pet store
Serius obses!
Tp sedih bila masuk nk bli pet nengok kucing tak cukup mkn, kotor
Hamster tak terurus
Burung merpati yg bulu putih pun jd hitam
Ni lah owner yg nk bukak buss pet tp tak reti nk jaga haiwan ksygn
Puuih!
Rasa nk rompak kedai tu dan bwk lari suma haiwan haiwan tu je
Posted by
bukankosong
at
5:27 PM
Tuesday, December 11, 2012
ini tidak dongeng
ada yg tgk aku nih, baik sgt
kool je owgnyer
skema, senang senyum & ramah
padahal itu semua dusta belaka
ko tgk la time aku marah
kamu akan rasa terhina nanti
haha
ini tidak dongeng yer, aku rasa semua owg yg d'sangka baik bila meletup walahualam
dasat
Posted by
bukankosong
at
1:10 PM
Monday, December 10, 2012
buah-buahan
antara ubat kurus yg mujarab juga
pengganti ketika lapar
ubat ketika memalam buta perut mintak lamb chop
Posted by
bukankosong
at
10:55 AM
Saturday, December 8, 2012
kambing hitam
bila dah baik nih
senang senang org buat jadi kambing hitam
puih!
Posted by
bukankosong
at
2:00 PM
Friday, December 7, 2012
tips mandikan kucing takut air
aku ada 4 ekor kucing, paling aku seksa & azab adalah ketika nak mandikan diaowg sebab semua org tahu kucing takut air rite?
tapi lama-lama bila selalu buat, pengalaman boleh dapat, so learn
belajar sendiri kaedah senang ini untuk nak mandikan diaowg supaya smooth, bersih, tiada cakaran kat badan kita dan cepat siap
tipsnya:
1. ) kalau kucing takut gila pada air, better dibeli bakul berpenutup, tutup rapat-rapat then siram bakul tu sekali dengan kucing ( untuk kucing takut air je ye )
2. ) lagi senang biar kucing dalam bakul, bila dia berdiri pegang bakul so senang nak siram air dan sabunkan
3.) sila guna shampu khas utk kucing sahaja, elak shampu lain, takut alahan dan mata pedih
4.) basuhkan badan dahulu, biarkan dahulu bahagian kepala, takut kucing lemas dan makin takut.Ratakan air ke seluruh badan.Jangan miss mana-mana bahagian pun especially kaki, punggung dan perut, sebab sini kekotoran banyak kat badan kucing
5.) bila dah siap basuh, shampu dan bilas bahagian badan, terus sapu air ke kepala kucing. Sapu pakai tangan ye, sebab bila disiram terus guna gayung, kucing akan terkejut, melompat dan mencakar kamu
6.) sapukan air ke serata muka, bersihkan telinga,alur mata, bahagian mulut ( gosok dengan cermat )
7. ) kemudian shampukan bahagian muka secukup rasa & berhati-hati, jgn risau sabun pedihkan mata kucing jika kamu telah menggunakan shampu yg betul ( khas utk kucing )
8. ) bilas dengan air dengan menyapu menggunakan tangan
9.) ambik tuala bersih, tutup muka dia dengan tuala dan bawa keluar bilik air
10.) jika kamu tidak menutup muka/ kepala dengan tuala takut kucing ini melompat dan mencakar untuk lari, kerna trauma kena air
11.) lapkan badan/ bulu kucing hingga kering. Then lagi baik kalau ada hair dryer terus keringkan diaowg sebab ada sesetengah kucing tak reti keringkan badan sendiri
12.) elakkan memandikan kucing pada waktu malam, takut kucing kena demam @ selsema
* tips ini berguna untuk kucing takut air sahaja, tapi bagi kucing-kucing yg dh biasa berendam dalam tab mandi tu, so senang lah kerja korang nak mandikan diaowg nanti
sekian
Posted by
bukankosong
at
11:46 PM
Wednesday, December 5, 2012
Monday, December 3, 2012
Life of pi
Tgk life of pi, mcm tgk nightmare sendiri yg terdampar kt lautan sorang2
Tragis
Aku tak suka hanyut ditengah lautan out of nowhere
Apatah lagi gelap gelita di waktu malam
Tambah malang dgn seekor harimau
Posted by
bukankosong
at
10:04 PM
Saturday, December 1, 2012
Thursday, November 29, 2012
zaman bahaya
cerita nih dah lama berlaku
xdela lama mana pun, hujung bulan lepas je
nak jadi cerita one of my staff ( lelaki ok ) tengah menunggu kawannya kat bus stop sorang2, kira-kira pukul 1am
betul betul sebelah Aeon Au2
tetiba datang 10 budak lelaki, kata staff aku tu semua remaja
dan mereka mereka ini bawak kayu besball, kayu hoki, rantai besi, rantai moto, pisau dll yg mmg merbahaya
anak buah aku nih terpingga-pingga
diugutnya dia supaya dibagi dompet, hset dan segala menda berharga padanya
kasar ok cara mereka ( ofkoslah dah penjahat )
disebabkan 10 org, tak de maknanya anak buah aku nih nak melawan, tambah-tambah dengan senjata tajam lagi
semuanya berlaku dalam sekelip mata
hilang segala harta berharga staff aku nih, sek baik tak hilang nyawa
well, tengokla, lelaki pun boleh kena, apatah lagi perempuan
kalau perempuan tadi, aku tak taulah apa jadi
kesimpulan hati-hatilah zaman skrg
ada antara yg nak kaya cepat tapi guna kaedah yg salah
mmg zaman bahaya
Posted by
bukankosong
at
11:54 AM
Wednesday, November 28, 2012
pulut durian
u know what, pulut durian mmg manis, mmg sedap
kelate suka manis, hakikat takleh ubah
sbb tu glamer kat negeri sana je kot
one of my feveret
even tanpa pulut & santan pun aku tetap menggilai durian
dua biji ( bukan ulas ok ) boleh dihabiskan dalam 1 masa
ambik ko!
Posted by
bukankosong
at
11:24 AM
Tuesday, November 27, 2012
dua medium
2 medium aku suka memerhati tapi tak update
Facebook & Twitter
aku belum obses pada mereka lagi
dan rasanya tak kot
skrg nih cuma pada hamster
Posted by
bukankosong
at
10:00 PM
mesti buka
selepas melihat komen kat blog sendiri
aku suka jalan-jalan
1st tgk tajuk, entah nape aku suka tajuk simple penuh makna
then gambar adalah bonus
mesti buka
Posted by
bukankosong
at
11:30 AM
Monday, November 26, 2012
Sunday, November 25, 2012
out dulu lah
' out dulu lah, nak mandi '
omaigod
mcm haram status kat FB dan twitter
hamba Allah nih nak perhatian sungguh!
Posted by
bukankosong
at
2:10 AM
Saturday, November 24, 2012
Friday, November 23, 2012
terbuka
bukan semua menda boleh 'open minded' sgt kan
sbb tu lah turunnya wahyu yg namanya Al-Quran dan para nabi,rasul
akal kita ini terbatas
fakta kata salah dengan bukti-bukti yg sahih
so salah la
usah digaduhkan dengan pendapat berbeza yg kononnya kita perlu terbuka/ demokrasi
tapi adab dunia tak macam ini
sbb tu lah bergaduh
Posted by
bukankosong
at
5:00 PM
penting tapi dilabel remeh
aku sedar ada mcm mcm perkara tertangguh ( kerja remeh yg harus d'buat )
yg mana ramai anggap tak penting sbb ianya dilabel 'remeh' tapi sebenarnya ia amat penting
so kena bijak untuk mencari masa untuk nak settlekan
key nya d'situ
cth ' lipat kain smbil berblog walking '
nyelam minum air
Posted by
bukankosong
at
11:40 AM
fajar menyinsing
berakhir sudah part II tadi
selepas kerja bergegas ke cinema untuk menjamu TWILIGHT breaking dawn
bagi aku super owsem!
namun ada certain part ada bad review
up to selera masing-masing kot
pepun aku puji part perang
kemuncak cerita bila perang berlangsung
super best dengan kelebihan masing-masing
debaran aku tak henti-henti untuk setiap pembunuhan
nak aje aku jerit ' mampus ko!'
lama aku menanti selera perang mcm nih
yg pernah dulu aku harap melalui X-Men & Harry Potter tapi hampeh tak kesampaian
mungkin ramai yg bengang sbb cerita nih happy ending dan peperangan yg digambarkan cuma ilusi tapi serius menjadi
sebab aku ingat perang betul
tapi ada bait bait part yg korang benci
bila mana watak banyak bercakap, bermain emosi dan cerita seakan mengejar waktu untuk penjelasan setiap watak
aku tak mau bercerita detail, kalau mau senang, boleh google , info berlambak
lagi bagus kalau korang beli tiket dan tgk sendiri
aku bagi 9/10...
Posted by
bukankosong
at
12:49 AM
Thursday, November 22, 2012
Kahwin campur
India kahwin ngn cina
Anak dah mcm Melayu
Bleh speakng tamil & bertutur cina
Demn jeles aku!
Posted by
bukankosong
at
11:05 AM
Wednesday, November 21, 2012
belakang tabir
semalam gigih hantar pada para pelanggan
kul 10.30pm pun jadi
serius seronok plak buat business belakang tabir nih
mmg rr pendapatan tak seberapa tapi serius puas
namun pada yg masih berminat boleh jeling jeling sekali lagi kat AIS Pet Store
Fyi telah ada ibu baru yg pregnant dan yg telah selamat melahirkan anak
masih menanti untuk beberapa ekor lagi
giat 'mate' kan short hair
kacuk dengan bangka yg kaler kiut
Posted by
bukankosong
at
11:30 AM
Tuesday, November 20, 2012
Monday, November 19, 2012
AiS Pet Store
ikuti / LIKE atau boleh juga purchase kat sini
atau boleh tegur kami kat sini dan bertukar pelbagai ilmu lain berkenaan 'pet' especially berkaitan Hamster, Kucing & ikan
gua dah letak kat sebelah tu , boleh link,berkunjung & LIKE
kalau tak PM saya je kat sini atau FB gua untuk any purchases
thnks
Posted by
bukankosong
at
1:28 AM
Sunday, November 18, 2012
aku yg tersakiti
its not about aku yg tersakiti
even aku bahagia pun dengan si dia dan sesiapa pun di dunia ini
walau badai duga melanda tapi redahkan aje dengan pelajaran yg baru
tak putus putus aku putar lagu nih
selagi minat dan tak puas
dan hilang minat nanti, putarlah lagu lain
ada sesuatu yg mengasyikkan
Posted by
bukankosong
at
2:41 PM
Saturday, November 17, 2012
Friday, November 16, 2012
Thursday, November 15, 2012
kencing
ada petua tak nak halang kucing jantan nih dari kencing merata?
aku siap buang bau dengan basuh dengan clorox tempat dia kencing tuh
alih alih dia buat lagi
hangin rr, asyik asyik nak basuh tempat yg sama
hancing ok!
aku clorox dia karang!
nak tanda kawasan pun agak agak rr
dalam rumah je pun
Posted by
bukankosong
at
11:28 AM
Wednesday, November 14, 2012
salam bulan baru
salam Maal Hijrah
kalendar baru untuk bulan Islam
yg ramai tak guna tu
apa azam?
betul kan solat 5 waktu? cukupkan solat 5 waktu yg kadang lalai tak cukup?
aminn...syukur
Posted by
bukankosong
at
7:00 PM
tak pernah habis
kerja tak pernah habis
kadang serabut pikir
tak pikir karang
tak jalan plak
tak kerja, tak de gaji plak
Posted by
bukankosong
at
2:19 PM
Tuesday, November 13, 2012
memahami
bagus gak kejiranan aku nih
memang berbilang bangsa
Melayu ada, India ada dan apatah lagi Cina
hari ni Deepavali
meriah giler bunyi mercun, rasa annoy pun ada
tapi aku perasan cina mahupun Melayu tak marah pun
kalau marah pun, marah halus halus je dalam rumah
maklumla kul 12am mercun memekik tak hengat dunia
tapi setakat nih xde yg kuar rumah bawak parang nak amuk
masing-masing saling memahami tradisi
syukur sbb di sini kita aman dan tak berperang
aku smpai skrg kagum bila cina sembang ngn mamat india guna bahasa Melayu kita
walau pelat tapi nice
Posted by
bukankosong
at
11:23 PM
Monday, November 12, 2012
apy diwali
hei! esok deepavali rite?
ramai pelanggan Melayu cakap tadi diaowg shopping last minute
gila over tau statement
aku ada berapa kerat sgt mmber India
jiran-jiran ramai la
tu pun xde rr tegur, setakat senyum bila lalu sebelah
btw pernah tgk diaowg fight live
bawah beranda rumah aku
gaduh pasal apa aku tak tau
sangat dasyat
pepun apy diwali
kita yg bangsa lain,Melayu dan Cina tumpang sekaki cuti korang
Posted by
bukankosong
at
10:48 PM
selipar kita
kasut ---- > capal ---- > sandal ikat ---- > selipar jepun
actually xde la selipar jepun yg hina yg bawak pergi bilik air
yg bergaya ada lambang FB, angry bird atau MU / Chelsea ka
lebih senang kaki bernafas
fesyen zaman skrg makin simple
anak muda lelaki lebih macho berselipar jepun aje, seluar pendek dan baju V neck serta ada enak pack
Posted by
bukankosong
at
12:10 PM
Sunday, November 11, 2012
kekurangan
aku rasa setiap org ada kot kelemahan diri tak kira fizikal, mental ataupun perangai
kekurangan yg kita tak mintak tapi ada
maybe tuhan nak uji supaya kita lebih kuat dan lagi matured
aku paling pantang bila kelemahan dimentioned org lain atau oleh kenalan rapat
konon nak gurau tapi dia tak tau kita tak suka
buat control control gelak aje, tapi dalam makan dalam wei
merah padam dah muka
hilang semangat serta merta dan takde mood
rasa nak lari bawak diri jauh jauh
dan lepas tuh persetan aku takkan mau tengok muka org yg mengata tu lagi
itulah yg terjadi, tapi alih alih jumpa gak sbb mereka yg kita hadap tiap hari
btw aku senang je, terima jelah kekurangan tu walau pahit
nak buat macam mana, nak ubah pun tak boleh, dah lagu tu
positif ajelah, telan bulat bulat tanpa rasa bersalah
lama-lama senyap la mulut khinzir tu
kah kah kah
Posted by
bukankosong
at
10:30 PM
Saturday, November 10, 2012
Galau by Dato' CT
hari ni aku rasa cantik plak turutan hari bulan dan tahun
10 11 12
mood aku pun baik
sbb untuk beberapa hari ni, aku juga turut bercuti
so memandangkan mood baik
terimalah Galau by dato ct
demn! tak sedap lagu nih, suara tok iti je sedapp
Posted by
bukankosong
at
10:10 PM
Friday, November 9, 2012
ada benarnya
dipetik dari status FB my fren
'' Ada juga manusia jenis fasik,sebelum ni haram jadah jarang-jarang datang solat jumaat kat masjid tetapi bila
anak dia nak berkahwin, setiap minggu datang solat Jumaat.siap dtg awal dan duk saf depan lagi,rupa-rupanya
dia nak ajak jemaah masjid supaya pergi ke majlis perkahwinan anaknya. Yela takut nanti org kampung tak
datang kenduri plak, bukan mengata tapi renung-renungkan ''
mungkin ada benarnya pernyataan ini
Posted by
bukankosong
at
8:53 PM
88
hari tu balik kg kerana kenduri kahwin adik aku
masa singgah kedai runcit area rumah kg, ternampak chewing gam nih
nolstagia sungguh
terus beli tanpa fikir panjang
RM0.20 dah sekarang serta rasa dah tak ' ummph ' seperti sebelumnya
shape pun makin kecil
serta merta sebak teringat zaman kanak-kanak yg setiap harinya adalah ' kebahagiaan '
Posted by
bukankosong
at
11:37 AM
Thursday, November 8, 2012
rusa
manusia yg berhati busuk patut dihinggap lipas dalam hidupnya
napela akhir akhir ini aku dibelenggu manusia yg pentingkan diri sendiri
kadang aku rasa kat tempat kerja
aku mcm medium kat tengah-tengah, tempat pelepas marah walhal org yg ingin dimarahi adalah org lain
kadang rasa macam seekor rusa yg dikelilingi gajah gajah yg tengah berang
demn u!
Posted by
bukankosong
at
11:29 PM
Wednesday, November 7, 2012
settle
a few beban yg ditanggung seperti dilepaskan
release mungkin dengan jayanya
Alhamdullilah
ralat serta aneh juga rasa bila mana tak dapat mencoret secara live pakai PC , asyik guna hset untuk update blog
itu pun update ketika bekerja,janggal rasa
agak lama juga menyepi disebabkan masalah internet kat rumah, my adik kahwin & bz dengan kerja yg amat
untuk segalanya beban itu settle
org kata kalau sabar, hasilnya berbaloi
tengok lah a few post aku tak sempat balas komen
apatah lagi untuk berjalan ke blog kawan-kawan yg best kat sini
nasib baik ada a few yg tak putus untuk berkunjung ke sini, thnks all
btw aku masih ada beberapa ekor hamster untuk dijual
special untuk kengkorang aku jual RM6 je sekor, i think sangat murah setakat ini
kenapa nak jual? bukan bermakna nak bersara dari dunia pelihara hamster tetapi bila mereka ramai sangat, aku rasa patut dijual kot
a few mereka sangat-sangat chumil
pada sapa sapa yg berminat boleh PM me kat FB atau kat sini
atau mungkin ada kawan-kawan lain yg berminat boleh bgtau aku
TQ
Posted by
bukankosong
at
6:57 PM
Saturday, November 3, 2012
Thursday, November 1, 2012
Wednesday, October 31, 2012
Pelanduk 2 serupa
Lately aku asyik jmpa pelanduk 2 serupa
Klau kenalan atau kwn takpe
Ni smlm kt kenduri kahwin
Aku jmpa seorg kakak muka mcm julia roberts ( serius sejibik! )
Then hari ni kt tmpat kerja plak aku jmpa seorang mamat muka mcm mediang Heath leadger
Oh mai!
Posted by
bukankosong
at
6:56 PM
Monday, October 29, 2012
Seronok plak
Seronok bila berada di kelantan dan dapat dengar cina mahupun india guna loghat kelantan biler bertutur
Weird tp chumil giler
Rasa bangga dengan loghat sendiri tetiba
Adik aku kahwin
Tapi ramai tak bertanya perihal abg nya yg belum kahwin
Sbb muka abgnya nmpak muda berbanding adiknya
Hehe
Serius tak tipu!
Kecuali kantoi bila mak ayah bgtau
Demn!
Posted by
bukankosong
at
12:41 PM
Sunday, October 28, 2012
Tidak suka
Busan weh untuk redha menda yg kita tidak suka
Benci
Telan dengan redha
Posted by
bukankosong
at
11:00 PM
Saturday, October 27, 2012
Friday, October 26, 2012
Rindu
Rindu pd blog
Rindulah wei... A few days tak dtg ke sini rasa bagai bertahun lamanya
Internet aku kt umah probs
Itu yg boleh dibgtau
Entah bila akan selesai
Tapi nk bagitau aku happy je walau kdg aku was was dan takut dengan keadaan
Lumrah hidup gamaknya
Btw buat masa ini update pakai iphone je
Miss sgt sgt untuk BW blog kengkawan ok!
Posted by
bukankosong
at
2:35 AM
Tuesday, October 23, 2012
Nyamuk aedes
Nyamuk aedes hanya memerlukan air
bertakung bersaiz penutup botol mineral sahaja
Untuk menjadi'kondomewah'pembiakannya
Info tweet by @infosihat2u
Posted by
bukankosong
at
1:57 AM
Monday, October 22, 2012
hamster untuk dijual
harga serendah RM6-RM10
type: syrian
umur: baru aje lepas susuan ibunya ( remaja sudah )
anyone yg berminat boleh PM me kat FB atau bagitau je kat blog komen
thnks
Posted by
bukankosong
at
11:49 AM
Sunday, October 21, 2012
Saturday, October 20, 2012
dua peragut mati disembelih
ish, macam macam sekarang ni
dua peragut mati disembelih
Pontian - 26/10/12, begitulah nasib malang kepada dua peragut yang telah berjaya
ditangkap oleh penduduk kampung kayu ara pasong, menurut saksi,hj manan jalil 48, salah
seorang penduduk tempatan yang berang dengan kedua-dua peragut ini telah membawa
keluar parang tajam yang berkilat lalu mahu menetak leher peragut itu tapi sempat
dihalang oleh jirannya...
namun ketika peragut itu ditangkap, pihak saksi mengatakan tidak ada apa2 barang yang
berharga yang didapati pada peragut itu.
Salah seorang penduduk tempatan juga ketua kampung disitu pula yang berang pada peragut
itu telah memerintah anak buahnya menyembelih kedua-dua peragut ini
kaki-kaki peragut itu diikat...dengar takbir yang bergema...dia telah sembelih peragut
tanpa rasa belas kasihan...darah menyembur keluar,orang tidak berani menghalang
perbuatan ketua kampung itu,kerana yang disembelih itu ialah seeokor kambing dan
sesekor lembu yang meragut rumput dan disembelih untuk hari raya korban...
Posted by
bukankosong
at
12:28 AM
Friday, October 19, 2012
Cerita rumah tangga
Kadang seronok dengar kawan-kawan bercerita pasal rumah tangga diaowg
Yg baik baik aje ye
Ada suami yg perangai mcm nih, isteri yg mcm tuh
Haha, aply ever after sgt
Nak nak ada anak yg chumil
Posted by
bukankosong
at
7:01 PM
bukan jenis
untuk beberapa hari ni aku mcm mula sedar
tak de modal sangat untuk mencoretkan sesuatu kat sini
sedar tak sedar kadang seketul je aku post entry
atau selang sehari dua baru ada satu
tapi itu bukan berita buruk, sbb i know this blog memang peneman aku saban hari
even kalau tertidur laptop terpasang pun, tetap juga blog terbukak tanpa tutup
aku memang mcm ini, balik rumah lepas keje atau hari cuti memang on blog atau FB
dah jadi hobi dan dah memang habit
FB memang aku tak update status, tapi aku just mau dari situ, just meneliti apa perkembangan kawan-kawan aku yg aku kenal rapat, baru kenal atau entah dari mana dia add aku
actually aku main approve je skrg nih, aku bukan jenis nak tapis-tapis
untungnya aku, aku takdela update FB 24 jam
maka sia-sialah mereka kalau mereka cuba mengitip perkembangan hidup aku
thnk god jugak, i m not fofular like CT, Anuar Zain, Beyonce, Britney atau pelakon Holloywood lain
so takde sangat mereka kesah aku update, mencoret atau berjalan-jalan di mana-mana
twitter?
haprak, just mengikuti perkembangan semasa aje
even Instagram pun dari hari ni aku post tak lebih dari 10 gambar
loser rite?
Posted by
bukankosong
at
2:37 AM
Wednesday, October 17, 2012
erti belajar
kadang kalau yg susah tu tak datang
kita takkan belajar banyak menda
cthnya kalau tayar kereta bengkak, mcm nak pecah
kalau menda nih tak berlaku, kita takkan boleh tahu regenya berapa kalau nak tukar tayar baru? kena tukar dua tayar ke atau satu tayar walhal satu je yg rosak? jenis tayar tu ciplak ke ( cina mari ) atau ori?
susah senang hidup memang begitu
manusia takkan mencari ilmu ilmu yg susah dan sukar hendak digapai
mau yg senang-senang aje, bergolek depan mata
sebab tu kalau cikgu atau lecturer mengajar kat depan, dia tidur kat belakang
sbb senang nak dapat ilmu katanya
btw dah dapat bonus nih
mcm mcm berlaku, tapi tak pe, aku belajar dan aku redha
tapi tetap tidak lupa untuk menyimpan
syukur
Posted by
bukankosong
at
6:00 PM
Tuesday, October 16, 2012
soal flush & basuh
btw aku kadang menggunakan tandas awam
biasala bila tiba time cuti, selain lepak kat umah, aku gak berkunjung ke shopping mall untuk cuci mata, jalan-jalan dan supin mana perlu
ofkos la nak kencing rite? atau lagi bala nak berak
dan lagi durjana bila masuk toilet ada ' shit ' seketul yg entah jin mana empunyer
durjana sungguh mereka kerana tidak mampu flush atau basuh
kadang aku tidak paham, adakah kerana terlupa?
kalau terlupa pun, takkan sepanjang membuang saham ko tu, ko boleh tahan bau yg kuar
oh, aku tidak boleh wei!
penat empunyer mall itu tampal peringatan
tapi seperti tidak diendah
kalau buang air kecil, kadang aku paham la gak, maklumla nak cepat, terus terlupa segala
tak mau aku sentuh bab basuh ( milik sulit ) engkau itu kan, itu mmg soal engkau engkau
tapi bagi aku la, bab bab ini kenala paham
bukan engkau sahaja mau pakai, ramai lagi
kalau flush rosak pun, pakai je air, lainla bingai pakai toilet takde air
atau bala lepas melepas baru sedar takde air
senang aje, kerja flush dan basuh ini
mcm kat rumah ko la, kalau ko bawak habit tu ke tempat luar
aku tak rasa public toilet itu akan ada bau cam haram mcm sekarang ni!
lainla nature ko kat mana-mana pun mmg macam tu
jenis tak flush & jenis tak basuh
reject jadi laki atau bini wei
Posted by
bukankosong
at
11:18 PM
house in the end of the street
movie ini takdela membosankan
walau aku tau, aku hanya akan tengok sekali sahaja
melainkan The Lord of the Rings,Avatar,Kabhi Kushi Kabhi Ngam & X-Men
kesimpulan dari menonton cerita ini
'anda telah tertipu'
bertapa bijaknya director menyembunyikan dan mengeksploitasi keadaan
unpredictable story yg ko sendiri tak jangka ' oooo... mcm tu '
well, skill ini belum ada lagi kat most of the director filem kat Malaysia
mati mati aku ingat cerita seram, rupanya thrill nyer cerita
setiap bait perjalanan cerita adalah key untuk segala jawapan yg ada nanti
berbaloi atau tidak untuk ditonton, up to u all
aku dah tgk dah, dan aku rasa berbaloi gakla RM10 tuh
btw aku bagi hint
' mak dan ayah watak Hero dalam cerita ini, sememangnya layak dibunuh '
why?
aku just kata deserved je
btw aku bagi hint
' mak dan ayah watak Hero dalam cerita ini, sememangnya layak dibunuh '
why?
aku just kata deserved je
Posted by
bukankosong
at
1:38 AM
Monday, October 15, 2012
bila Wonder Girls pakai baju kurung
bila Wonder Girls pakai baju kurung, chumil belaka
kini aku tengah bayangkan Britney Spears, Beyonce & Mariah Carey plak pakai baju kebangsaan kita nih
apatah lagi bila Justin Bieber pakai baju Melayu
auwww!
Posted by
bukankosong
at
11:39 AM
Saturday, October 13, 2012
Berat
Kenderaan berat kt jalan raya biasa aku cuak dengar
Tapi highway boleh rr terima lagi
Mmg perit kalau terpaksa lalu sebelah lori besar dgn muatan berat
Ada muatan tu besi tajam panjang, pasir berkeput & tong gas besar
Nak menangis klau nak cilok diaowg tambah-tambah time bwk moto
Kadang ada terbayang "filem final destination"
Oh mai! Mintak dijauhkan
Kepada yg berkenaan harap diambik perhatian serius
Karang ada peristiwa tragis berlaku, jln raya tu ramai org, siap ada anak kecik dlm kenderaan
Time part lori nih ada, aku selalu hati-hati
Terutama kt fly over bila mau memotong kena lalu antara penghadang jalan dan lori besar td
Posted by
bukankosong
at
9:13 PM
marah dengan bijak
kalau kita marah, biar kita tunjuk kita marah dengan bijak
supaya individu itu paham bahawa kita marah kerana mereka telah melakukan kesilapan
kesilapan yg sama berulang adalah disebabkan individu itu menganggap amarah kita adalah marah biasa tanpa apa apa makna
kalau perempuan senjatanya meleter
korang rasa si lelaki akan mengulangi perkara yg sama tak atas apa amarah leteran perempuan itu?
dan macam mana untuk marah dengan bijak?
menjerit marah kah?
memukul?
tarik muka dan tak tegur selama sebulan?
atau?
Posted by
bukankosong
at
2:11 PM
Thursday, October 11, 2012
menempuhnya
ada certain certain menda aku menempuhnya dengan tersangat sangatlah immune nya ( dugaan tempat keje )
tersangat sangatlah fake nya ( dengan kawan kawan sekerjaya yg tak reti bahasa )
tersangat sangatlah segannya ( watak watak hebat )
dan tersangat sangatlah tegasnya ( dengan anak buah )
oh, ini dugaan perjalanan hidup aku
redha
Posted by
bukankosong
at
10:18 PM
kerana ikan asyik mati
aku dah banyak kali beli ikan nak pelihara, tapi asyik mati je
entah berapa ekor dah aku lupa, sek baik sekor sekor tu nilainya murah je
mmg nice la rumah aku, selain ada 4 ekor kucing, berbelas ekor hamster dan aku mau juga ada ikan sbg peneman
kalau sorang sorang kat umah, takdela takut sangat
sbb ada geng
lagipun aku tinggal berdua je
btw dah belajar tips tips jaga ikan supaya tak mati, basic ye, at least
1.) bekas ikan perlu diisi air dan dibiar semalaman, jgn terus letak ikan lagi
2.) diletak garam kasar atau anti-clorin di dalamnya, pastikan sukatan yg betul spt yg diarahkan
3.) kena ada alat pemberi O2 ( oxygen ) pada air ikan ( mesti ) kecuali ikan laga
4.) alat O2 ada dua jenis, yg murah just bubble O2 dan satu lagi siap ada filter air sekali
5.) alat O2, mesti sentiasa terpasang ( mcm peti ais )
6.) kalau nak tukar air, jangan direct terus guna air baru sbb air baru tiada O2 terlarut sgt
7.) so kalau nak bersih bekas ikan, kena half air lama dan half air baru
ni actually untuk ikan ikan bandar saje, ikan ikan kampung gasaklah air macam mana pun asal cukup makan mereka memang bole hidup
ada yg lain nak tambah tips?
Posted by
bukankosong
at
11:40 AM
miliki
rasa syukur & happy dengan pencapaian aku sekarang
ada certain part aku rasa sangat bersyukur dengan apa yg aku ada
aku tak harap semua menda ' gah ' pun, cukup sekadar apa yg pernah dicitakan atau diangankan kini aku mampu capai
mungkin takde la direct aku share kat sini semuanya apa pencapaian itu
cuma just nak bagitau, azam yg pernah dibuat awal tahun ini atau yg belum tertunai beberapa tahun sebelumnya telah terlaksana kini
tiada apa sangat untuk dikesalkan
aku tak maula tamak sangat mau segalanya perfect, mau memiliki 100% yg dicitakan
wasatiah sudah ( bersederhana ), at least aku miliki apa yg mungkin segelintir kita tak mampu capai
tak mau semakkan otak sbb tak sesempurna dapat spt yg diingini
syukur....amin
Posted by
bukankosong
at
12:49 AM
Wednesday, October 10, 2012
fesyen besar
semalam tertengok HMI bersama Ct Nurhaliza kat TV1 tu
nostalgia weh, rasanya baru tahun 1998
then kelakar tgk fashion ct & penonton masa tu
baju besar, kalau pakai blazer pun, bukannya fit tapi melebir besar
mungkin itu fesyen yg terbaik zaman itu
kalau pompuan, gincu merah menyala, sikit sikit merah yg dipakai
jarang tgk warna lain
Posted by
bukankosong
at
12:28 PM
Tuesday, October 9, 2012
Sblm kahwin
Hari tu masa jalan-jalan untuk masuk keje balik
Kami berdua terlihat kelibat pasangan yg berpegang tgn dan peluk sakan boleh tahan
Aku ngn member aku berpandangan sesama sendiri, mungkin terkejut kot
Then kami selamba menjawab each other " conpirm tak kahwin lagi nih "
Sbb yakinlah, org sekarang mmg malu nak buat macam tuh kalau dah kahwin
Betul kan?
Thrill kot klau buat mcm tuh sblm kahwin sbb belum sah
Feel lebih katanya,ceh!
Dasat wei bunyinya
Posted by
bukankosong
at
11:45 AM
Monday, October 8, 2012
mood berterabur
mood aku memang berterabur hari ni
gara-gara org tua itu
ramai yg kata baik menjauhi, atau buat bodoh aje atau lantak pi lah
janji hati kita makin tak sakit
makin dilayan, aku juga berterabur sorang-sorang
masalahnya, aku nih bukan jenis garang-garang dengan org sangat
tp once meletup, paedah gak kena kat aku, faedah baik takpe tapi faedah yg buruk nanya weiii
aku tau at least sekali dua dalam hidup atau sama juga macam org lain
aku kena lalui situasi macam nih
kadang dalam hidup takde cabaran, tak matang jugak kita
at least berlaku mcm nih, aku lebih positif & hati-hati
biarlah mereka dah tua tu
bagi peluang untuk mereka rasai otai mereka itu
busuk-busuk pun, biarlah kita kelihatan bijak dari mereka
sekian, full stop kisah hati yg pedih hari ini!
syukur aku takde period pain, kalau tak 'mampus' org tu aku kerjakan!
Posted by
bukankosong
at
11:19 PM
Kita hanya pengikut
Mmg benar kita hanya pengikut
Aku akui, org kita memang obses dengan org luar & cerita luar
Tgkla senang senang kita terima artis luar, lagu dari luar, filem dari luar & culture dari luar
Ada yg tak tapis, main hambik je
Bagusnya, kita boleh jd serba boleh tapi tak bestnya kita sekadar pengikut tanpa identiti sendiri
Tgk realiti tv tu, berlambak genre copycat luar
Album dari indon rancak dimain tp diaowg sekat sana sini bila kita nk masuk pasaran sana
Skrg, ganggam stail plak, femes siot...dari anak kecik sampai atuk nenek tau
So?
Posted by
bukankosong
at
12:30 AM
Sunday, October 7, 2012
kan senang
''kan senang kalau duk rumah
sedar sedar duit dah masuk akaun''
pemikiran di kala rungsing dan tension dengan keadaan hidup dan juga kerja
tapi kena ingat duk rumah saje saje busan gak
sampai rasa nak start kerja balik
hakikat hidup manusia memang begini, tak pernah rasa cukup puas dan senangnya
Posted by
bukankosong
at
2:03 PM
Saturday, October 6, 2012
nama lain
selain mengepost status status yg 'entah apa apa entah' dekat FB ko
ada satu trend yg aku sendiri tak berapa nak paham
cuma bernasib baik aje, FB ko milik ko, kalau tak,tak taula apa yg akan aku buat
nama dah elok elok mak ayah bagi tapi ditukarnya menjadi Mr Ironman, Bauk Religious, En semut,En Ulat atau apa-apalah yg mana mereka aje yg paham kenapa nama itu dipilih
bukan apa, ada sesetengah kawan tu mungkin boleh kenal, tapi ada yg tidak
nnti tak pasal pasal kalau add as member tak diapprovenya
sentap karang
motif menukar nama itu mungkin berunsurkan populariti, mengada-ngada,trademark atau kurang sihat agaknya
hoho
tengok aku skema giler letak nama, sebatu owg dah tau itu adalah aku
gitulah berlagak
oh ya, ini tak masuk lagi menggunakan gambar org lain sebagai profail picture, gambar artis ke, kartun ke atau tak letak gambar langsung
tak reti upload gambar kot?
maaf untuk yg terasa, pada pendapat aku ini tidak perlu sbb ada certain certain keadaan kurang sesuai ye
Posted by
bukankosong
at
2:00 PM
Subscribe to:
Posts (Atom)