Friday, March 18, 2011

Battle of Los Angeles VS Hikayat Merong Mahawangsa



Usah dibandingkan kedua filem nih sbb kita akan tau pemenangnya. Hu..hu..aku bukan mahu mencoret utk perbandingan cuma just nak bagitau dgn menonton 2 cerita nih aku puas.

Bermula dengan Battle Los Angeles jam 3.45pm tadi, satu permulaan mood cerita yg baik. Terisi gak cuti aku ngn tgk wayang walau duit sangat nyawa-nyawa ikan. Namun aku peduli apa asal kepuasan dan ini hadiah utk aku yg kuat berkerja nih ( yo yo oo je ). Hu..hu..

Apa yg bole aku cakap pasal cerita nih? SUPERB!!! memang best, utk sape2 yg belum nengok sila-sila la gi panggung beli dan layan. Sure ko tak rugi. Berbaloi ngn wang yang d'laburkan. Anehnya tiket Battle of Los Angeles lagi murah dari Hikayat Merong Mahawangsa punyer tiket, beza RM 2 ok...walhal Battle of Los Angeles baru je release hari ni.

Cerita perang nih berkisar antara perang alien dan manusia, macam ana manusia nak survive utk hidup dan lawan alien yang cuba utk takluk bumi nih. Fokusnya adalah kat bandar Los Angeles. Sekumpulan askar yang berjiwa kental yang d'tugas selamatkan owg awam kat sebuah balai polis yang tengah bz perang alien nih.

Boleh tahan hebat alien nih...macam-macam dugaan askar nih hadapi sehingga diaowg jumpa markas alien tu dan musnahkan. Yang terkorban tak payah cakapla...letupan sana sini, kadang-kadang takut sgt. Suspen pun ada. CGI memang konpirm rr mantap.

Jalan cerita konkrit yg sarat dengan semangat dan pengajaran. Serius cakap dari awal hingga akhir cerita mmg ko tak bosan. Memang conpirm aku bagi A la... :P



Untuk Hikayat Merong Mahawangsa (tayangn 7.10pm), filem nih mmg bole menang d'Malaysia ok,luar? tak kot...he..he.. unik dan lain dengan CGI yg bole d'banggakan. Pengarahan yg baik dan jalan cerita yg bole tahan.

Lawak pun ada kata ko. Memang lucula watak Ying Ying tu. Aku yang kurang gemar cerita Melayu pun bole jatuh cinta jab ngn cerita arahan KRU nih. Cuma ada a few je perlu d'perbaiki, walau penggunaan bahasa pengantar yang spt byk owg pute nyer bahasa namun okla sebab itu aje cara nak berkomunikasi dengan watak-watak owg cina dan orang Rome.

Aku tengok cerita nih tak pentingkan pun jalan cerita. Aku just dtg tgk (jujur cakap) utk nak cari keunikan filem nih. Ada byk aku jumpa walau sederhana aje, but aku tetap bangga. Panggung pun penuh tadi. Tiket kul 9.30pm pun dah sold out since 3pm tadi k.

Oh ya, sekali sekala terdengar kejanggalan hero ( Stephen Rahman ) bertutur BM tp BI so fluent, plus ada sedikit unsur 18SX, aku tersenyum aje, nak kata kamera sengaja tertangkap atau memang d'rancang. Sape yg dah tgk mesti dia tau part mana kan? :P

CGI bole la...dengan budget RM8 juta apala bole d'buat sgt. Ada gak kantoi sana sini. But scene peperangan menjadi, extra actor pun ok sbb bole bg kerjasama.

Ramai yang dh ulas pasal cerita nih. So korang bole tahu flow dia macam ana. Btw Puteri Cina dengan Price Rome tu mmg cam pinang d'belah 2, sama cantik dan padan. Umi Nazeera pun terserlah bawa watak Embok dengan muka timur nyer yg unik tu. Dan Khir Rahman mmg menjadi bawak watak jahat.

Oh ya...satu lagi nak komen, better buang je scene lawan musuh guna cermin tu, tak logik bangat dan hampeh je. Entah apa-apa, buat cacat cerita je. Overall aku bagi B untuk cerita nih.

2 comment(s):

achik ezam said...

romentik komedi tader????

Anonymous said...

Nur Kasih tu...bakal kuar..takpun Cun!!?..InsyaAllah aku takkan layan dua muvie nih kat panggung, sbb bukan taste kawe :P