Monday, March 7, 2011

Tolong ingatkan aku


Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita...


*Kadang masalah harus dibiarkan pergi...tolong ingatkan aku...


9 comment(s):

k.e.r.i. said...

#TolongIngatkanAku

encikReza said...

insyaAllah kita saling ingat mengingati k..

bukankosong said...

: )

Joey said...

eh nak tanya

jusco dkt rumah i tu baru buka library kan?


nama jusco tu au2 setiawangsa kan?

sila baca ni.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/3/7/mstar_berita/20110307164214&sec=mstar_berita

bukankosong said...

Yup,dh ada label actually nk bukak,lama dah.Cuma not sure bila bukak secara rasmi, but Mstar tu salah tulis alamat,Jusco au2,setiawangsa bukan Au3,wangsa maju. Dan lagi satu ko tau kan AF akan buat kat Jusco sini gak. Untuk diari dia mungkin akan buat kat centre court au2...jgn lepaskan peluang.Ni inform tak rasmi aku tau. But mcm dah conpirm.

Joey said...

maksud ko konsert di tengah taman pancutan airkah??

hihihihi.


p/s aku bukan apa. tak berapa suka orang salah tulis nama tempat. Jadi aku buat aduanla kepada 'pihak atasan' Jusco Au2. :P

kechixx said...

;)

bukankosong said...

Joey: typo kot atau mungkin salah maklumat. Utk AF tu bukan kat taman tp kat dalam,Centre Court Au2...

kechixx: :p

CintaZulaikha said...

lagu ni sgt banyak makna..