Tadi masa tengah makan tengahari tetiba tertengok iklan cerita Hindustan untuk tatapan kul 2pm hari nih, biasala panggung Sabtu punyer cerita rr. Segmen yg tak penah miss kat TV3. Dulu rating cerita nih memang mencanak-canak.
Masa tu Mohabatein (betul ka eja? ), Kabhi Kushi Kabhi Ngam, Kuch Kuch Hota hai, Dil to Pagal Hai dan byk lagi la, yg menjadi pilihan warga Malaysia dan seantero lain la. Team Bollywood nih dulu kadang-kadang menutup material Hollywood jab. Mmg glame gilaks la diaowg, mostly owg demam Bollywood masa tu termasuk aku.
Pelakon-pelakonnya tak yah cakap rr, geng-geng Khan mmg mantap! Shahrukh Khan, Salman Khan dan Amir Khan mmg meletop-letop. Yang pompuan lak sape tak kenal Karisma Kapoor, Juhi Chola, Madhuri Dixit ( betul ka eja? ),Kajol dan a few lagi yg seksi seksi dan lawo-lawo.
Masing-masing ada trademark masing-masing specially aku paling ingat adalah Salman Khan, raja bukak baju tu. Then Shahrukh Khan King of Bollywood. Tup tup lepas tu plak Hrithik Roshan yg popular sbg Rohan masa tu tetiba meletup-letup selepas Ka Hona Pyar Hai.
Ada lagi....!!! Lagu-lagu diaowg, kalau cerita-cerita diaowg nih takde lagu mmg tak sah rr. Mesti ada lagu-lagu nyer yg kemudian pah tu mesti dapat sambutan semua. Siap jadi siulan lagi walau bahasa diaowg nih berbelit nak sebut. Yang penting actor and actress tu miming je, guna suara owg lain.Yang aku tau mereka semua suka guna suara Unit Narayanan dan Alka Yatnik.
Aku paling minat lagu-lagu dari filem Kabhi Kushi Kabhi Ngam, Mohabatein dan Ka Ho Na Pyar Hai. Kalau masa aku kat Kelantan, masih ingat lagi tiap-tiap umah kat Kg tu mesti ada lagu dari Cd Hindustan plus pasang kuat-kuat tanda bangga sape yg bole bukak pasang.
Kalau skrg bukak lagi aku baling je ngn kasut. Sekarang sape minat mesti di chop loser, aku pun tak tau nape.
Sekarang walau Bollywood nih dah agak malap kat sini, tp kenangan kemuncuk dulu tetap segar dalam ingatan. Macam dangdut gak, mereka tetap wujud hingga kini. Yala mana bole lupa tarian seksi para aktress mereka yg nampak pusat tu, yg lelaki plak bukak baju tayang body, then menyanyi plak kat tempat-tempat cantik dan menarik je. Sebab tu la tak semena-mena Shahrukh Khan dapat Datuk kat sini sbb katanya mempromosikan Malaysia.
Macam-macam....
* Owg kata Kuch Kuch Hota Hai lah yg mempopularkan filem-filem Bollywood nih.
3 comment(s):
yeah 1st!!! haha
suka gak bollywud tp sknk kalo suke bolliwud luma r kene nganjing ngn mmber... mentng2 dorg minat korea... :P hahaha..tp mmg kuch hota hai filem hindustan yg pertama aku tgk...hehe
dlu suka, skrg pon suka lagi
lantak drg la nak kata apa
zaman da blalu ker
apa ker...yg penting ada gak cter yg bawa manfaat
bukn sekadar citer cinta
hindustan pon da pandai wat siter ilmiah tau...kuikui
Kih..kih...minta atau tidak kita je yg tau kannn...
Post a Comment