Monday, March 28, 2011

Apa yang berlaku hari ni? Bola Tampar, AF dan karoake



Pagi tadi bangun semata-mata nak tgk diaowg(staff-staff Jusco) lawan bola tampar, anjuran Jusco dan diselaras aku ( bangga jab! ). Selain bekerja, ada gak aktiviti riadah mereka buat, dapat eratkan silaturrahim dan bina semangat berpasukan. Rasa bangga bila dapat tgk anak-anak buah happy sesama mereka. Mereka lawan kat padang belakang block aku(umah sy), Keramat Au3.

Then gi keje, aku keje petang hari ni.

Masuk je terus gi Meeting. Meeting yang menyentuh hal keje dan Akademi Fantasia yg bakal berlangsung kat tempat kami. Meeting habis cepat sebab nak join sidang akhbar yg tengah berlangsung kat Centre Court Au2. Depan cashier kaunter Jusco je.

Satu bilik kaca di bina kat tengah Centre Court Jusco Au2, so lepas nih kami bole layan Diari yg berlangsung dalam bilik kaca tu hari-hari. Live depan mata. Rasa bangga jab sbb tempat kami terpilih untuk event sebesar ini.

Tadi dapat tgk semua peserta AF live, tenaga pengajar, Ning Baizura, Aril dan Pak Nil live. Excited la gak. Tapi sayang aku terlupa ambil gambar lak. Apapun tak rugi pun sbb pah nih hari-hari bole tgk diaowg kat dalam bilik kaca tu.

Oh ya, jgn lupa Konsert AF ( Pre ) , 2hb April 2011 nnti, dari kul 9pm- 11pm, kat parking kereta atas sebelah taman Au2 Jusco. Hari tu mmg BZ giler, then aku keje ptg lak tu. Entah bole tgk diaowg ke tak? Dengar cerita ada a few artis popular nak dtg...sape? Tgk rr nnti. Tp Tok Ti tak dtg lak. Detail tekan >> sini <<

Kul 5pm , aku BZ ngn saringan akhir Karoke anjuran Jusco gak ( selarasan by me gak :P ), saringan utk pilih 8 yang terbaik untuk bertanding di final masa dinner company nanti.

Malam bz bekerja...

Itu je, nih kat bilik santai-santai sambil layan tenet dan TV...

9 comment(s):

CintaZulaikha said...

tak suka AF, camne ek?? heheh

Anonymous said...

Kak Ika: layanla Mentor...he..he..

Joey said...

wah. I see the places. Aku rasa Astro dah takde duitla. Sebab dah tak mampu nak sewa banglo besar..hihihihi


By the way, It might be cool to see them in person. I gotta tell my mum, my sister ...hahahaha

Anonymous said...

Joey: Ya ka tak mampu? hu..hu..nak wat kelainan kot maklumla AF last.

Joey said...

kelainan.. so kalau dorang nak pegi tandas bolehla aku tangkap gambar eh??

nampaknya nanti semua kena cover2 baik la ni..:)

Anonymous said...

ha..ha..tau xpe..

Joey said...

Hahaha..nampaknya kenala aku mengipas bos nyer...a.k.a Training Officer kat Au2 tu hihihihi

::FAIZ:: said...

wah bestnya blh tgk hari2

Anonymous said...

Faiz: A ah, tadi pun dah ada..diaowg tgh belajo tu...