Tuesday, January 4, 2011

cinta? Huh!



Mak saya selalu pesan, blaja rajin-rajin sampai pandai. Jangan nak berkapel macam orang lain. Saya dengar nasihat mak. Saya anak yang baik..

Tapi kehadiran awak telah merubah segalanya. Walaupun awak kelas paling curut, tapi kecantikan dan keayuan awak selalu jadi perhatian saya.

Kadang-kadang saya gunakan alasan nak ke tandas untuk lalu sebelah kelas awak. Saya tau, awak perasan yg saya selalu curi-curi pandang awak kan?

Saya dengar cerita daripada kawan kelas awak yg awak suka lelaki macho. Tak suka budak skema macam saya. Hampa hati saya dengar penyataan awak tu tau..

Saya ketepikan segala kesedihan. Saya cuba beranikan diri untuk bercakap dengan awak. Tapi awak kejam, awak tampar saya sebelum saya sempat cakap apa-apa..

Awak marah saya kuat-kuat. Awak suruh saya cermin diri dulu sebelum cuba nak ngorat awak. Awak kata awak alergik dgn budak skema cam saya.

Saya tersentak. Awak tau tak, 3 hari 8 malam saya terpaku lepas dengar awak cakap camtu. Saya tak sangka awak akan marah saya macam beruk betina hilang anak.

Masa tu baru saya sedar. Kalau kapel dengan awak pon mesti hari-hari saya kena maki camtu. Saya pon terus amik buku dan study utk exam esok. Lagi paedah.

Pagi esok tu saya nampak awak kat pintu pagar sekolah. Penjaga pagar exam kata awak tak boleh masuk sebab takde slip exam. Masa tu awak menangis teresak-esak sebab slip awak hilang.

Saya terus masuk dalam sekolah tanpa pedulikan awak. Sambil senyum sinis saya kata dalam hati:
"Semalam aku belum sempat bagitau slip exam kau jatuh, kau terus tampar aku. Sekarang, padan muka sama kau. Kehkeh"


~TaMMaT~

5 comment(s):

hans said...

hehehehe
macam2 hal

P/S : Belia Benci Kuliah Minggu Pertama!

░♥si lampu neon♥░ said...

HAHAHA PERASAN TAIK IDONG MASIN !
!



CHECK ENTRI MANTAP
# QQ RINGS DONUT !#
# JAYA JUSCO BARU, MAHKOTA CHERAS#
# FAILED PARKING KERETA#
# NUFFNANG BUAT BLOG LEMBAP#
#AWEK KHAIRUL FAHMI KENA SERANG#

bukankosong said...

Hans: tu la..

Neon: penah rasa taik idung ka?He...he..

achik ezam said...

girl.....


eh tetibe.

Hamsturger said...

Pengajaran #1: Lain kali dengar cakap mak.

Pengajaran #2: Lain kali dengar apa yang orang lain nk ckp..