Sunday, September 30, 2012
Saturday, September 29, 2012
Cinta & bosan
Cepat jatuh cinta dan bosan.. tu bukan cinta, tu cuma crush
Kalau cinta, kau akan minat dia untuk satu jangka masa yang lama.
Posted by
bukankosong
at
10:28 PM
uniform
since company aku dah tukar kepada uniform balik ( untuk management team )
rasa senang sikit, hujung bulan tak perlu fikir untuk mencari kemeja baru & seluar baru
semuanya sudah tersedia
mungkin duit boleh jimat dan pakai untuk part lain yg lagi perlu
apa pandangan geng tentang uniform?
mungkin kesamarataan itu perlu untuk melambangkan imej company itu
cuma yg buruknya tak boleh bergayala
nak nak uniform yg entah apa apa entah
Posted by
bukankosong
at
6:00 PM
whole day
semalam the whole day keluar
jalan-jalan, shopping,cuci mata, jumpa ayah aku sekali
terperangkap dalam jem & melihat gelagat org
lama tak buat wei aktiviti ni ( bz bekerja katanya )
rindu masa muda yg owsem dulu
walau kadang keluar nih duit byk habis
tapi melihat & membeli sesuatu yg kita suka nih
adalah suatu nikmat
Posted by
bukankosong
at
10:24 AM
Friday, September 28, 2012
suara kanak-kanak pompuan
aku perasan kartun Melayu suka pakai suara kanak-kanak pompuan untuk suara kepada karekter utama
cth nya Boboyboy, upin ipin
lama dulu lagi dah buat macam ini
tak berapa paham strategy ini
aku lebih gemar suara Sin Chan, sampai skrg melekat alih suara kanak-kanak lelaki itu
nakal,seksi,menggoda & chumil
Posted by
bukankosong
at
1:36 PM
tutup kepala
aku masih ingat pesanan cikgu aku dulu
kalau masuk toilet sbb nak berak then duduk mencangkung tu kena tutup kepala
sebab takut setan berak atas kepala ko
then ko jadi bebal, mengaji tak pass & perangai buruk
smpai skrg jadi habit
siap ada member gantung 'gayung' / 'cebuk' kat kepala lagi
Posted by
bukankosong
at
2:34 AM
Wednesday, September 26, 2012
kaedah baru
aku nih jenis serabut sikit bila tengok makanan kucing dah nak habis
pasir kucing yg adanya nyawa-nyawa ikan
makanan hamster hujung botol
& kelengkapan rumah yg tak cukup
kadang tak sempat nak mintak duit share dengan housemate atau malu nak mintak, yala masing-masing bz keje
atau dekat hujung bulan tu, biasala wei gaji suntuk
so takkan kelengkapan kat atas tu tak nak beli plak?
karang meow & hamster kebulur
so kaedahnya, kami letak satu mangkuk chumil atas meja
hari-hari sorang dermakan RM2, campak dalam tu
so kirala berapa boleh dapat sampai hujung bulan
at least wang yg ada ini membantu membeli semua itu
if tak cukup pun, kami share share tambah aja sikit sowang
tak sedar sangat pun RM2 je hilang satu hari
bijak tak?
sikit sikit lama lama jadi bukit
ini idea bernas dari seseorang yg patut lama aku atau sape sape gunakan
Posted by
bukankosong
at
8:34 PM
Tuesday, September 25, 2012
Wallet baru
Saya ada wallet baru, RM5 je
Ko mampooo!
Serius aku suka beli menda yg murah tp nmpak mahal
Posted by
bukankosong
at
11:48 PM
scar Jo beranak 10
Scar Jo beranak sepuluh, yeay!
aku menantikan anaknya yg version tompok ala ala panda tuh
hope they all can survive smpai dewasa
dah trauma dengan ibu lana dey rey lepas yg makan semua anaknya
kini kami mengambil langkah berjaga-jaga supaya ibu scar jo nih plak tak baham anak sendiri
learn from past
mungkin ibu lana insecure kot, tu yg dia senang bunuh anak sendiri dari melepas ke tangan org lain
kini kami letak mana yg pregnant dalam sangkar besar
jaga pencahayaan dengan tudung sangkar, elak dari terdedah pada hamster lain
dan asing sangkar, letak tempat tinggi atau jauh
kami dah tak kacau anak dia ( dulu kacau sbb risau takut ada anak terlepas dari menyusu dan mati )
biar dia urus sendiri anaknya
Posted by
bukankosong
at
5:00 PM
rasa bersalah
oh, rasa bersalah masih berkesan dalam hati since semalam
gara-gara lupa tutup pili air
dan nak jadi cerita, kami keluar rumah selama 2 jam
terbaekkkkk!
orang skrg tengah sibuk nak jimat air, aku ngan selamba badak gi membazir air
bukan sengaja wei
betul betul lupa, 1st time, tak pernah jadi mcm tu, selalu je check tapi haram! hari ni lupa plak
bagusnya, pengajaran, next time tak buat dah
ni lah manusia, selagi tak jatuh tangga, mananya mau ingat
Posted by
bukankosong
at
11:00 AM
Monday, September 24, 2012
Hachi ( a dog's tale )
mungkin kalau di pandang secara kasar
ia hanya sebuah cerita biasa yg menghiasi dunia perfileman
tapi tiada siapa tahu, sebenarnya ia pernah terjadi & kisahnya benar ( berlaku di dunia nyata )
mungkin cerita ini simple
tetapi teladannya mendalam, even aku sendiri hampir menitis air mata melihat kesetiaan seekor anjing menanti & menyayangi tuannya sepenuh hati
ceritanya bermula apabila sebuah temple di Jepun,menghantar seekor anjing pada suatu keluarga ke US
tetapi entah macam mana, excident berlaku dan seekor anjing yg masih kecil terlepas
seorang lelaki menjumpainya dan membawanya pulang
asalnya isteri pada lelaki itu tidak menyukai binatang peliharaan, lama kelamaan redha dengan keakraban suaminya dengan anjing itu
Jalan cerita berlangsung perlahan, moment moment happy bersama anjing bernama Hachi sangat melekat dengan keluarga lelaki itu
sehingga si lelaki itu mendapat cucu, sejak kehadiran Hachi hidup si lelaki bersama isteri,anak & menantu bertambah baik & bahagia
mereka hidup gembira, sehinggalah suatu hari, Hachi menahan tuannya dari pergi kerja
everyday Hachi akan menemani tuannya untuk ke stesen keretapi bersama-sama dan menjemputnya setelah tuannya pulang dari kerja
saban hari itulah rutin kerja Hachi
hari terakhir yg amat sedih itu, anjingnya seperti menahan tuannya dari pergi ke stesen keretapi itu ( dia spt mengetahui sesuatu )
untuk pengetahuan, Hachi tidak pernah pandai untuk bermain 'menangkap bola' seperti anjing lain kat US tuh
tetapi entah macam mana hari itu, ia membawa bola untuk berjumpa tuannya
beria-ia menyakinkan tuannya supaya tuannya tidak pergi kerja & bersama dengannya
tetapi tuannya tetap meninggalkannya dengan rasa aneh
dengan penantian yg penuh harap macam biasa Hachi menunggu
sehingga malam, kelibat tuannya tidak kunjung tiba di stesen keretapi itu
sebenarnya tuannya telah meninggal dunia ketika mengajar di sebuah universiti ditempat kerjanya akibat sakit jantung beberapa jam selepas berjumpa Hachi di stesen tadi
* inilah Hachi yg diceritakan ( kisah benar ) yg menunggu tuannya selama 10 tahun itu
tanpa mengetahui apa-apa Hachi menanti tuannya hari ke hari di stesen itu
menanti sehingga sepuluh tahun lamanya
( oh my! ) moment ini sangat sedih, di tempat yg sama, di hadapan pintu stesen keretapi yg sama anjing yg bernama Hachi menanti tuannya saban hari dengan sabar
menunggu tanpa erti lelah, dia amat berharap akan berjumpa tuannya di situ, memandang pintu stesen kosong
menunggu tanpa rasa jemu
sehinnga orang sekeliling dan pengunjung stesen keretapi itu mengenali Hachi
begitulah kesetiannya, sehinggalah Hachi menghembuskan nafas teraskhirnya di situ
begitulah kesetiaan seekor haiwan terhadap tuannya
sedih ok layan cerita ini, hati keras pun boleh jadi cair
dahla haiwan haiwan comel nih cepat buat aku tersentuh
pengajarannya walau siapa pun kita, hargailah sesiapa sekeliling kita
kita tak tahu bila terakhir kali akan berjumpa dengan mereka
juga hargai & fahamilah haiwan, mereka juga semacam kita
sama-sama mewarnai perjalanan hari
Posted by
bukankosong
at
9:30 PM
Cili padi & Nik Fariz Nik Fadzil
btw aku tak mau bercerita perihal sayur
cili & padi semua org dah kenal
aku nak bercerita perihal komedi series 90an dulu
yg mana masa itu aku kecik lagi, ya benar!
sape yg dah familiar dengan cerita ini, maka aku tak payah ulas panjang
if korang tak tau pun, korang boleh google sendiri
zaman skrg google menyenangkan semua orang, sbb tu bebudak U nak buat assigment semudah 123
asal ada internet semua boleh jadi
oh ya, perihal pelakon drama ini, semua dah meningkat dewasa, ada yg dah tua, dah kahwin dan beranak pinak serta ada antaranya maintain muka sepesen dari kecik smpai besar mcm tu lah
haha
btw dalam banyak banyak scene tu, aku paling ingat satu episode yg mana Anne Ngasri (watak adik bongsu)
yg mana dia kena bungkus dalam bagasi
aku terkejut wei, muat muat je beliau masuk bagasi tuh
episode masa itu perihal penculikkan budak, serius lawak macam mana diaowg menjumpai balik adik diaowg
barisan pelakon aku tak yah intro sangat sbb ada yg masih femes hingga kini
antaranya Jaafar Onn, Anne, Tam, Malisa Saila tapi cuma ada sorang je yg menyepi kat persada seni
beliau ialah Nik Fariz Nik Fadzil aka Syafiq
watak adik montel yg comel dengan suara kanak kanak kiut tuh
haha, mana boleh lupa
perkembangan terbaru aku tak tahu sangat, beliau tak bergiat dalam bidang seni dah katanya dan menjalani kehidupan biasa macam kita kita yg lain
ni picture terbaru beliau
matured dah wei macam aku
Posted by
bukankosong
at
6:00 PM
fasa seperti ini
ada yg tidak berpuas hati sebab apa yg diidam tidak tercapai
yelah, hidup kan? bukan semua menda boleh kita dapat
Facebook lah jadi mangsa tempat luahan hati
blog plak kebanyakkan org muda je, jarang aku jumpa uncle uncle menapak kat situ
tapi hati-hati kat FB wei, sbb ramai yg baca, karang tak pasal pasal plak kelemahan engkau terdedah
aku buat entry nih pun sbb ada a few kawan yg tak berpuas hati dengan company kerana jasa yg dicurahkan tidak setimpal dengan reward yg company bagi
apa yg dikehendaki mereka tak maula aku cakap kat sini
tak mau detail sangat, karang jadi isu plak
aku tau antara mereka nih, semua hebat-hebat belaka, time awal awal dulu, mereka lah jaguh
cepat sangat naik, perjalanan karier mereka mantap sehingga usia muda mereka dah miliki apa yg dikehendaki
tapi kena ingat, zaman skrg dah mula zaman persaingan, anak anak generasi baru dah mula celik mata
kalau terleka sikit terus stuck gagal
kadang juga sebab rezeki
kita berusaha macam mana pun, tapi kalau tuhan tak izinkan dulu kita mendapat kejayaan itu
maka ia memang bukan milik kita
ini memang hakikat hidup
namun jangan dikesali & menyalahkan takdir, anggaplah belum masa & ada hikmah di sebalik semua itu
Allah swt dan tetapkan jalan cerita siap siap untuk kita
sesiapa akan melalui fasa ini, termasuk juga aku
maka cepat cepatlah kita bertapak kat dunia nyata
jangan diugut dengan kata-kata kesat kerana ketidak puasan hati ( memberontak )
ada juga yg mengugut mau meletakkan jawatan
berfikir dulu sebelum bertindak, di luar sana belum tentu lumayan menanti
aku rasa mana-mana company pun, pekerja pekerja akan tetap melalui fasa seperti ini
ye dak?
jangan mengalah, teruslah berjuang!
Posted by
bukankosong
at
11:06 AM
Sunday, September 23, 2012
poem
aku perasan ada a few blogger suka post entry berkias
maksud aku diaowg prefer menterjemah cerita diaowg dalam bentuk poem
selalunya sajak la
ada sesetengah tu harmoni bunyinya
ada maksud mendalam yg kadang sukar difahami
yg lelaki mungkin prefer sebegini sebab egonya sangat tinggi
tidak mahu ada sesiapa yg tersalah paham akan luahan hatinya
dan menganggap beliau jiwang, yala jiwang itu kadang 'buruk' untuk lelaki yg gagah perkasa
atau mungkin juga mereka ( lelaki ) senang begitu, biar ada yg paham setengah sahaja
kerana mereka tidak mahu semuanya dikhabarkan
biarlah yg di dalam luka atau gembira mereka, miliknya exclusive
terpulangla pada pembaca untuk menilai bagaimana
si hawa pula poem memang sinonim dengan mereka
luah direct ke? atau berkias ke? itu mmg permainan hawa
jiwa mereka sememangnya halus dan patut dibuai sebegitu
jika ada yg bertanya kenapa pun? mereka tidak kisah, kerana mereka adalah hawa yg berhati comel
* namun paham ajelah, poem yg disampaikan secara ringkas berkias maksudnya mungkin tidak kesampaian dan mungkin timbul pelbagai persoalan, tetapi terpulangla kepada pembaca untuk memikir, sebab sajak itu subjektif.
Posted by
bukankosong
at
11:01 PM
Jadi Pierre Andre
haha,
dalam hidup kalau ada identiti sendiri itu bagus
kalau nak copy cat itu naik kaki namanya
Malaysia kalau bidang perfileman, aku rasa kita masih lagi takat bawah
atau kata lain, masih banyak cerita kita yg ceduk idea luar
kalau ceduk dan modified lagi gempak takpe, ini tidak lemah sana sini
tgk sekali pun dah tau, kita copy cat orang lain punyer
aspek budget juga mungkin mainkan peranan
apatah lagi demand cerita org Malaysia akan susah nak forcast
sbb tu kot producer lebih suka buat cerita yg menjadi permintaan org ramai je ( comfort zone ), takut gagal
antaranya komedi film, seram & cinta
yg pakai CGI segala tuh, lambat lagi kot
hanya KRU team je yg berani sahut cabaran, itupun ada yg terbabas
btw kalau kita bijak, cur kita ambik contoh ( contoh je ye ) org timur tengah buat film
budget murah tapi berkualiti
sbb tu antara filem mereka dah boleh menang award kat luar
tak ke berbaloi tu? modal murah tp pulangan lumayan
mungkin kalau kita bijak mencari idea, maka terhasil lah filem yg bermutu
Posted by
bukankosong
at
12:31 PM
no plastik bag day 2.0
staff : Perlukan plastik beg?
Cust: Apasal lak?
staff : Hari ni Sabtu, kite caj 20 sen utk plastik beg
Cust: Isyh, tah apa2 tah korg ni. Suruh jimat cermat tp plastik kena beli
staff : Maaf en, kami pekerja hanya mengikut arahan org2 besar shj
Cust: Huh, yg besar tu cuma Allah shj, taw!
staff : ..... oh?
haha, aduiii...lawak pun ada
mungkin silap staff aku sbb jawab macam tu, actually ada cara tersendiri untuk menyelamatkan keadaan
fyi, plastik bag yg dibayar bukan menjadi sales company tetapi diguna untuk dana derma
mungkin culture kita belum terbiasa, sbb tu ada customer yg berbunyi
lagipun baik apa guna reusable bag, selain mampu hijaukan lagi bumi kita, juga elak kan penggunaan plastik merbahaya
even company ' staff sendiri ' everyday kalau beli barang tak dibenar guna plastik bag ( tak dapat plastik bag ) melainkan makanan basah
kami didik guna reusable bag
korang boleh bayangkan tak?
aku bawak balik bawang, ada tape sold , pegang pakai tangan then letak dalam bakul moto
sblm nak sampai moto tuh, mata ramai memandang dan sibuk bertanya
' hoi! masak pe wei! esok tapau utk aku!' - kawan
' jahanam! ' - aku
Posted by
bukankosong
at
1:18 AM
Saturday, September 22, 2012
gadis gadis
gadis gadis suka sangat post luahan perasaan kat FB
berlendir lendir dah statusnya
putus cinta la, i lap u la, sy miss awak la
then ejaan, nahuzibillah...mengeletisss wei
ejaan ' aku ' dah tukar jadi ' aqu '
sekali dua ok lagi, tiga kali dan empat kali aku dah mula meluat
nasib baik FB ko milik ko
dan nasib baik jugak butang unfriend milik aku
hoho
xdelah mcm tu pun, aku tak anti sangat dengan mereka
mungkin itu sahaja cara untuk mereka meluah isi hati, menarik perhatian dan mencari kasih syg yg kurang
mana tau si tercinta tertengok, terus makin membuak buak cintanya
kalau yg lelaki buat macam tuh, aku lempang!
FB nih kena hati-hati gak, banyak salah paham boleh berlaku kat situ
yg tidak tahu menahu pasal ko, terus boleh buat bahan mengumpat pasal ko nanti
Posted by
bukankosong
at
6:00 PM
sehingga saat ini
aku tidak sefemes mana pun
entri tak segempak mana pun
blog tak seberapa sangat
namun aku happy sbb dah mengumpul follower 400 dah
untuk saya yg biasa biasa ini, okla tu pencapaian saya
juga terharu sbb ada juga kawan-kawan blogger ( tetap ) yg berkunjung ke sini tanpa bosan
dan komen-komen entry saya
saya tak kisah sangat pasal pertambahan follower
tapi saya sangat terharu sbb viewer dah makin meningkat serta ramai yg sudi komen entry saban hari
InsyaAllah saya cuba memperbaiki kelemahan dekat blog ini
kengkorang jangan segan-segan bagi komen membina untuk kesejahteraan blog ini jugak
kadang bukan senang nak ada blog, juga bukan senang nak update blog saban masa
bukannya selalu ada idea pun
kadang isu aku utarakan pun boleh berulang tapi mungkin point of view berbeza
dulu selalu saya utarakan isu yg more to personal
tapi bila dah lama, mungkin boleh berubah dengan pandangan dan cerita entry entry perihal semasa
hiburan,sukan, gosip , review dan sebagainya
ok ka? haha
btw thanks 2 all yg sudi dan tak pernah lelah lelah untuk singgah
* ber SAYA SAYA plak aku ye...kah kah kah...
Posted by
bukankosong
at
10:35 AM
Friday, September 21, 2012
Shila Amzah juara Asian Wave
well done Shila Amzah, anda memang berbakat dan telah mengharumkan nama Malaysia kat China
mula-mula aku dengar dua video nih '' wow! '' superb la
beliau memang telah berjaya membawa lagu denga baik, even judge judge yg ada kat pertandingan Asian Wave tuh pun terpegun dengan kelunakkan suara shila
meremang aku dengar wei
selain Ct, penyanyi wanita lain aku tak berapa pandang sangat melainkan lagu lagu mereka best ( kekwat sgttt kannn...haha )
btw shila , ko owsem beb! bangga dengan kamu
aku bangga bukan apa, sbb beliau telah berjaya celikkan mata org luar bahawa kita juga punyai bakat yg terpendam yg tak boleh dipandang sebelah mata
selama nih, kita hanya jaguh kampung je & now i m proud of u shila
kamu dah matured dan sudah bersedia untuk terus maju ke depan dalam bidang nyanyian
paling bangga, kamu pakai hijab ( tudung ), chumil giler...sape yg pakai tudung actually seri dia naik sangat
walau perbezaan bahasa kat pertandingan tuh
nampak shila boleh managed keadaan dengan baik
btw congratss sekali lagi untuk beliau
* haha, aku paling suka part judges ternganga terkejut dengan kemerduan & kehebatan lontaran nyanyian shila
Posted by
bukankosong
at
5:00 PM
TAKPE
ada certain part, ada certain keadaan, aku main redah je
macam yg lain juga, hanya mampu pasrah tawakal dengan hasilnya nanti
mungkin ready kot kalau jatuh tersungkur
atau jauh di dasar hati masih mengharap keajaiban berlaku
memang rr, kadangkala bila berkali berusaha dan tak berjaya
ketika itu juga ' give up ' datang
kalau berusaha pun, main redah je dan nengokla nanti resultnya, ada rezeki adala katanya
kalau sebut " ada rezeki adala '' ramai yg marah, even mak ayah pun hot bila dengar
yalah berserah pada nasib semata-mata, usahalah dulu katanya,mana tau berjaya
kalau tak berjaya pun cuba lagi, sehinggalah ada puncak gemilangnya
tapi 'mak' kalau tak berjaya jugak? how? - tetap ada was was muncul
TAKPE
selamba ' mak ' jawab, kalau anak mak tak berjaya pun, tapi anak mak berjaya kutip pengalaman tu
pengalaman tu lah yg sebenarnya lagi penting untuk kita nak defend diri di masa kelak
yalah, pahit dah rasa kan
so kita akan jadi immune dan tabah
maka halangan di depan senang-senang ditempuh semudah 1 2 3
logik jugak ye
Posted by
bukankosong
at
11:00 AM
jgn guna pakai 'customer alwyz rite'
kadang malas nak cerita perihal keje sangat kat sini
sbb aku tahu, customer always rite
walau tadi muka aku dah merah giler menahan marah
mungkin juga sbb lapar, belum dinner lagi
tu lah sbbnya kalau customer yg tetiba rasa nak menang sangat, aku dah tak boleh tolak ansur sangat
sudah terang lagi bersuluh engkau yg salah, lagi mau cari pasal
complain untuk kebaikan takpe
ini kalau complain untuk mengambil kesempatan ' itu dah cam haram!'
sudah jelas kami tulis kat tanda harga tu, tertera dengan jelas, kalau dibaca & dieja betul-betul bahawa kalau beli barang A dan barang B campur maka harganya akan ada potongan / promotion
ini ko gi gatal ko** gi ambik barang A dan barang A memangla takde harga promotion malaun wei
gigih ketegak ngn aku kata kami tipu dia, sbb kat situ ( tanda harga tiada tunjuk )
harus aku bawak ke tempat kejadian itu (tempat tanda harga ) , malu la ko wei
then salah kan kami balik ( sbb nak menang kannn )
katanya 'saya sibuk shopping datang tengok harga je lah, mana tau ada promotion mcm tuh, barang nih dengan barang nih je ' muka kelat nak mampus nih, mcm pendeta gayanya
aduiii...aku gelak je wei, dalam hati aku cakap pandai plak ko ye
harga murah nak ( boleh nampak dengan jelas ) tapi kalau barang apa ( tak mo baca detail la plak )
tapi dia nih tetap nak menang wei, nak salahkan kami
aku sbb 'floor leader' no wei aku akan bagi ko harga murah tuh, never!
as long kami ada hak,dan tak menunjukkan kami cheating ko, aku takkan bagi!
so lepas lama pot pet pot pet ngn aku dan aku bertegas tak nak bagi, beliau ungkit hal hal lalu entah apa -apa entah
kata company kami banyak tipu beliau
plak dah wei!
anakharam, kisah lepas tu, takde kena mengena ngn aku
if aku entertain then company salah, aku tetap akan bagi harga murah
if kami salah lah
then kalau tau ko nak wat dajal , no wei!
ada ke patut dia wat contoh, katanya kat Australia kalau kes macam nih
mereka akan bagi harga murah barang tu then bagi lebih satu tau, sbb cheating customer
entah macam mana menyirap aku, aku jawab selamba
'ni malaysia yer puan'
'mintak maaf ye puan, saya tak boleh bagi harga tadi, sbb kami dan menerangkan dekat tanda harga tadi memang dua barang itu shj ada harga promotion'
agaknya dah tak larat, aku asyik menjawab aje
beliau mcm nak buat kata-kata penutup
'yelah, lain kali buat promotion betul-betul'
jangan tipu-tipu dan mengelirukan kami lagi
aku senyum aje dengar, senyum ada makna
senyum kemenangan
'padan muka tak dapat harga murah!' asshole!' ~ kata dalam hati je ye
well kesimpulannya aku paham, kadang kami ada terbuat silap
kadang ada staff kami yg termistake letak tanda harga di tempat yg salah atau terlupa tanggal
atau juga system yg bermasalah
namun kami dalam kes ini, jika ini menjadi kesalahan kami, kami mmg promise akan bagi harga yg murah
aku tak taula tempat lain atau dengan warga retail yg lain
tapi kalau dengan aku, if team aku yang salah mmg kami akui dan aku akan bagilah harga yg terendah
tapi actually kalau ada udang di sebalik mee, no wei!
jangan guna pakai 'customer always rite kat sini ! ok! '
pernah ada kes, ada customer bukak diskaun sticker tampal kat barang new arrival
sorry la wei, tak dapatla, sbb mostly staff boleh differentiate mana yg bukan promotion
skrg nih customer tu baru keluar ' jail '
Posted by
bukankosong
at
1:22 AM
Thursday, September 20, 2012
Beauty drink
Skrg nih dah macam macam
Zaman moden rite? Apapun bule jadi
Selain pakai make up, cucuk, botox, operate & susuk
Minum air pun boleh jd cantik, ada collagen lagi tuh
Teganglah kulit korang pah nih
Tidak dimamah usia lagi
Serius dekat pasar raya dah dijual air nih
Kalau brani beli la
Minuman awet muda tuh
Even jusco pun dah jual
Posted by
bukankosong
at
4:32 PM
menari bukan sekadar kaku
korang pandai menari tak?
ala ala Glee, ala ala High School Musical tuh or So you think you can dance
kalau menyanyi ramai yang boleh kot, sbb setiap masa asah bakat kat karoake
menyanyi memang boleh tapi harakahnya, key nya dan kemerduaannya sampai tak?
kalau semua tu tak sampai, baik lupakan aje hasrat anda
sbb tak mungkin anda boleh jadi segempak Ct Nurhaliza & sepopular Anuar Zain
kadang aku tengok realiti TV, ada certain certain yg pergi uji bakat tuh, ada berani marah juri
marah betul la sbb katanya juri tak pandai pilih & tak mahu baginya peluang,menanggis-nanggis lagi tuh, what the hell!
kita yg dengar & tengok sudah jelas lagikan bersuluh memang dia tidak boleh menyanyi,siap marah depan TV lagih tuh
kalau aku jadi mak ayah & sedara mara dia mesti malu yg amat
sbb anak ko over confident
sebut tang menari plak, ia lain berlainan suara sbb ia boleh dilatih
kalau selalu berlatih & komited InsyaAllah anda boleh berjaya ( namun ada certain juga bergantung pada bakat yg ada ) untuk membolehkan anda pergi jauh
kat Malaysia tak ramai yg komited, even nak pergi kelas menari pun tak ramai yg mampu, kalau mampu pun anak-anak orang kaya je
kalau anak orang kampung lagila, tak ke dipandang serong kalau disebut anak-anaknya duk KL dan kerja sebagai penari
aku tak taula, mungkin ada segenlitir mind set masih lagi macam tuh kot
namun kat Malaysia telah ada a few Universiti yg telah menawar bidang-bidang ini
even ada minor kos yg bagi peluang untuk mengasah bakat
mana tau kat situ, langkah pertama bermula
hari tuh, ada gak ternampak iklan-iklan untuk mengajak anak muda join team menari
bagus rr, Malaysia dah start keluar dari kepopong lama walau baru underground
walau bidang ini tak sebesar mana kat Malaysia lagi
mana tau anda popular dan gah sbb bakat anda itu
why not try? Sbb future kita tak tau Malaysia nih macam mana
hari tuh, ada gak ternampak iklan-iklan untuk mengajak anak muda join team menari
bagus rr, Malaysia dah start keluar dari kepopong lama walau baru underground
walau bidang ini tak sebesar mana kat Malaysia lagi
mana tau anda popular dan gah sbb bakat anda itu
why not try? Sbb future kita tak tau Malaysia nih macam mana
Posted by
bukankosong
at
10:32 AM
Wednesday, September 19, 2012
Iphone
beberapa tahun dulu, aku boleh tahan gak pengemar handphone
saban tahun aku tukar sehingga kadang-kadang byk nombor kawan-kawan hilang
marah sungguh mereka, bila mereka sms dan aku balas balik 'siapa nih?'
mmg rr kadang-kadang time transfer nombor ke hset baru kadang ada problem sana sini
nak nak yang kalau makin canggih
lepas pakai iphone 4, aku dah stop survey sebarang handphone, even kalau lalu kat booth booth hset aku tak jeling mana pun
yala, aku anggap hset yg dah ada nih dah cukup canggih
mana aku mau keluar duit lagi, ni pun dah beriban riban, boleh tahan ikat perutnya
walau ke depan ada iphone 4s & latest iphone 5
mana aku peduli sangat. Even application kat dalam iphone skrg nih aku pakai yg free free je, mantap je guna
kadang jarang gak aku download application baru sehingga kawan aku mengatakan iphone aku agak membosankan
bosan takpe wei tapi canggih, haha
aku tak macam mereka, gila game, gila latest application
aku pakai mana aku senang & minat je, actually takdela terkebelakang mana pun
whatsapp ada, instagram ada, tweet ada, FB ada dan even kekadang aku update blog pun pakai iphone aku kalau tak sempat update kat umah pakai laptop
nengokla teknologi masa kini, makin canggih hari ke hari kadang tak sempat nak terkejar
bagi aku apple team mmg stail hasilkan productnya walau kadang aku rasa applicationnya tak segempak samsung team
tp iphone ada unik tersendiri, yg mana mereka sendiri tak boleh pecahkan
belum sebut tentang xclusivenya
haha, kebanyakkan drama Hollywood skrg pun pakai Iphone untuk babak babak mereka, aku senggehkan aje pengguna samsung, haha bagi jelingan sindir jab
kih kih kih
Posted by
bukankosong
at
4:00 PM
macam pilih buah kat dusun
serius, aku tengah mencari blog blog yg best,simple & unik untuk dimasukkan ke dalam bloglist aku
aku nak banyakkan sampai 300 ratus lebih, mcm Wan cakap
biar kita boleh baca entry baru orang lain setiap masa, tidak mau blog yg sama shj
maklumla manusia nih cepat bosan
kalau tak takdela laki bini gaduh,BF GF masam muka dan kawan-kawan pulas kepala
tu antara simpton bosan asyik ngadap org yg sama
haha, jangan ambik hati ok, blog lama especially kwn baik, aku tetap layan
aku tak kesah pasal flow entry sangat
cerita merapu tapi ada isi dan kena dengan keadaan semasa aku layan gak
puisi puisi buatan korang pun aku layan, asal isi yg nak smpai tu buat kita semua berfikir
aku suka pegi blog popular, baca entry jab then klick sape-sape yg komen kat blog tu
memang mcm pilih buah kat dusun formula nyer rasa
sambil nyelam minum air la tu
btw, letak byk link blogger dalam bloglist kasi berat blog tak?
blog aku berat tak weh? Loading cepat tak?
Posted by
bukankosong
at
10:40 AM
Tuesday, September 18, 2012
tekan belakang
tekan belakang?
takde lain macam bunyinya melainkan ko pikir kuning ok
btw antara ubat relief lepas sakit belakang atau lengguh-lengguh bahu,badan atau sakit kepala mengundang
actually member U perkenalkan, lepas aku try resultnya boleh tahan mujarab
even kawan-kawan aku kalau lengguh badan mesti cari aku untuk tekan
tapi nak tekan kat belakang ada cara gak, tak boleh simply simply belasah je ikut suka ko
karang tulang belakang effect, tak pasal-pasal sense ko hancur!
untuk melakukannya, korang kena baring meniarap, tapi tangan dipeluk ke dada ( duk gaya kucing atas tuh ) tp kepala / muka ngadap lantai
then pihak kedua perlu menekan belakang dari pinggang hingga ke atas ( sampai tengkuk )
tekan ikut kesesuaian aje, orang yang menekan perlu menggunakan kedua tapak tangan dan menekan dengan seberhemah yg mungkin sehingga ada bunyi ' krek '
bukan bunyi patah ok, tp bunyi urat ko dibetulkan
sangat syok, lepas kena tekan tuh, rasa lega yg amat, hilang terus lengguh belakang tak payah pakai koyok atau minyak angin
namun tak boleh selalu sangatla, nanti ketagih
member aku cakap, ketagih tak berapa elok
actually kalau takde skill tak payah cuba, aku tak mau dituduh sebar ilmu songsang plak
Posted by
bukankosong
at
11:30 PM
mempelam muda
ubat aku time ngantuk & pening kepala
mujarab ye
actually asam tak sinonim sangat dengan lelaki, sbb tu time aku beli makan kat office ramai yang berasa aneh
'' berapa bulan shid?'' katanya
haha '' gua ngntuk rr, sbb tu beli wei '' itu je jawapan aku
tapi selamba mereka mintak satu, ceh!
makan dalam kete best
time tengah mengumpat pun best
dan melantak time jalan-jalan kat shopping complex pun bleh tahan
mempelam muda dengan gula pedas masam tu kira asam lah kan?
Posted by
bukankosong
at
9:31 PM
mangsa keadaan
dengan macam macam kes yg terjadi lately
dengan keberanian pencopek,perompak atau pencuri atau juga perogol
tiada siapa berani untuk menumpangkan sesiapa yg bukan kenalan
berhati-hati sungguh mereka
Malaysia yg dirasa aman belum tentu selamat
orang sanggup buat apa shj untuk mendapat habuan yg cepat,kaya segera dan kepuasan yg maksimum
kadang perempuan yg lemah la jadi mangsa
aku nasihatkan para perempuan, cepat-cepat belajar silat, basic pun tak pe lah
yg lelaki tu lain, kudrat jantan dia tetap dua kali ganda pompuan
serius, sejak dihidangkan dekat FB,blog & berita-berita semasa tentang perompak dan pencuri yg guna pendekatan baru untuk merompak rumah & kereta
dengan buat-buat tahan tepi jalanla kononya kereta dia rosak, senyap senyap mencuri masuk kereta time driver isi minyak, guna jampi bagi tuan rumah tertidur sbb nak masuk rumah merompak dan byk lagi lah idea mereka yg kadang tak terfikir dek akal
buat kita makin berhati-hati dan was-was dengan keadaan sekeliling
alih-alih yg betul-betul innocent kereta rosak tepi jalan pun tak mau dibantu sesiapa
oh men!
Posted by
bukankosong
at
4:00 PM
fallin in love
ia terasa di dalam
membakar & berkobar-kobar, berdegup kencang bila berhadapan
mendahagakan perhatian,sms & call
menatap gambar umpama menatap seluruh alam
lupa segalanya dan kadang gagal menjadi diri sendiri, angau gamaknya
sentiasa tersenyum,bahagia tuhan sahaja yang tahu
lalai mungkin, pentingkan diri sendiri mungkin
tidur makan,berlari, kerja & berak pun ingat dia
dasat rite penangan cinta?
aku sanggup pontong jari la wei kalau menda nih korang tak rasa time korang 'fall in love' !
haha, serius moment nih akan dilalui sesiapa sahaja bila tiba masa
oh? jgn ditanya tentang peritnya
Posted by
bukankosong
at
11:10 AM
Monday, September 17, 2012
SORE EYES = 5 DAYS OF MC hehehe (kill it before it lays eggs!)
video asal
video penghinaan
hoho, untuk memahami apa yg cuba disampaikan, korang wajib tonton dua video ini
tengok yg version asal dulu then baru yg seterusnya
btw, ni la faedahnya kalau post video bukan-bukan kat youtube
kalau nak femes cepat dengan kaedah nih, aku rasa tak berbaloi
karang jumpa kat luar, mau dimalukan, semua tengok dan memerli
tak mau lah
asalnya, aku tak tau isu nih
tetiba aje member tempat keje aku tergedik-gedik buat stail sore eyes & peace over over
hina sungguh aku tengok
ingat ko sailormoon!
actually byk lagi copycat si gadis yg ' dia rasa dia cute tuh '
semua berbentuk penghinaan balik
aduiii, lawak nak pecah perut
anda boleh search kat youtube, taip je tajuk entry aku
Posted by
bukankosong
at
8:53 PM
Sunday, September 16, 2012
16 September
oh lupa hari ni hari Malaysia
jangan ada yg conpius plak dengan 59 tahun kemerdekaan, tu hari Kemerdekaan negara
hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun
baru je diistihar kat Malaysia
sape yg keje kat company aku, bule dapat tripple pay lagi kalau keje on that day
to all Malaysian
Happy Malaysia Day ok!
jangan gaduh-gaduh, kita tengah aman nih, elokla dipelihara
btw aku paling suka duk Malaysia sbb boleh dengar ' orang Cina cakap dengan orang India guna Bahasa Melayu '
bangga jab jadi bangsa Melayu haha ( tetiber )
oh majmuknya kita....
Posted by
bukankosong
at
6:00 PM
buah keranji
sorong papan tarik papan,
buah keranji dalam perahu,
sambung sendiri pantun ni kawan,
saya sendiri kadang tak tahu.
well, dulu memasa kecil, femes gak sekejab buah keranji nih
gara-gara pantun 4 kerat
buah nih boleh tahan unik
setakat hari ni, aku belum jumpa lagi kat KL
ada yg kata hanya terdapat di Pahang,Kelantan & Terengganu
pantai timur je kot, even pokoknya aku tak pernah tgk lagi
my fren ada pesan kat aku hari tu, sebab ada sedaranya pesan, mengidam plak katanya ( perempuan mengandung )
Then bila balik Kelantan nak beli tak jumpa plak
tanya makcik kat pasar Siti Khadijah tuh, katanya buah nih dijual time musimnya aje,kalau takde susahla nak dapat
oh,plak dah
buahnya hitam legam actually
isi manis kalau dapat yg manis, ada juga yg masam kalau nasib terambil yg tak seberapa
sape pernah rasa? Not bad gakla...
kalau tgk Tv sambil rasa, mau habis satu bakul
Posted by
bukankosong
at
12:15 PM
Saturday, September 15, 2012
hak masing-masing
kesinambungan dari Ct upload gambar beliau kat Instagram
memasing punyer hak utk komen rite?
cuma hati-hatilah, jgn duk terus direct sangat, budi bahasa budaya kita
rasanya elok yusz_yusuf tuh simpan aje komen beliau dalam hati
kadang memang ada perkara negative terlintas dalam fikiran masing-masing, tapi janganla dishare kepada umum
karang mengundang ketidak enakkan, yg aman terus jadi huru hara,terus yg lain bergaduh buat dosa
asalnya dari seorang sahaja
cam mana la kita tidak bergaduh sesama sendiri?
btw ada jugak yg mempertikaikan English Ct, as usual isu nih akan kuar kalau Ct bergambar dengan mat salleh atau nyanyi lagu orang puteh
biasala tu kawan-kawan, mana la ada suma menda kita hebat
ct hebat tang nyanyi, ada gak tempat yg dia tidak pandainya
aku pun tidakla terrer sangat BI, boleh je survive ( cuma aku tak glame cam ct rr, so tak de orang pertikaikan )
ada yg tanya tu, pandai ke Ct cakap English? Pandai-pandailah dia, dia yg jumpa rite? Basic-basic tu bolehla kot
btw, tak tanya ke Kate boleh cakap Melayu tak?
mungkin lagi dasyat satu patah perkataan kita pun dia tidak tahu ( sek baik dia lagi mashur dari CT, so takdela orang utara kan isu ini )
okla bangsa kita nih belajar bahasa beliau, boleh juga bertutur kata & respon dengan beliau, takdela jadi macam itik dengan angsa
hebatla kita tuh boleh bertutur dwi bahasa
apepun tak mau la gaduh-gaduh, dahla dtg instagram orang buang tebiat duk komen yg negative
hak bersuara memang tidak dinafikan ada, cuma perlu berhati-hati lah ye
satu lagi, mesti ada yg datang blog nih, tergerak fikir negative dalam hati, peminat no.1 Ct la tuh sbb sokong Ct aje, dikatanya Ct perfect
haha, tak dela gitu pun,rasanya baik kita bersuara positif aje, tiadala bermusuh ketat nanti
detail sumber gambar & isu : bulan purnama blog
Posted by
bukankosong
at
10:55 PM
Subscribe to:
Posts (Atom)